Memaparkan catatan dengan label crochet bag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label crochet bag. Papar semua catatan

Ahad, 10 November 2019

Tapestry Crochet Sling Bag...




Tiga sling bag ni aku buat menggunakan teknik tapestry crochet. Banyak video tutorial kat youtube yang korang boleh tengok. Terlalu banyak pattern yang korang boleh ikut. Hanya taip tapestry crochet dan korang akan dihidangkan dengan berpuluh-puluh video tutorial. Aku prefer video tutorial by Carol Ventura. Senang nak ikut dan mudah nak faham. Terus-terang aku katakan yang aku sangat-sangat kagum dengan hasil kerja beliau. Dan pattern ni aku dapat guna encik google. Tak dapat nak save dalam handphone aku...jadi aku lukis semula atas kertas graf anak aku...ekeke...

Jadi... projek aku dah siap. Next nak buat apa pulak ekk...

Rabu, 9 Oktober 2019

More Crochet Backpack...





Pattern yang sama dengan post aku sebelum ni cuma warna yang berbeza...

Selasa, 24 September 2019

Crochet Backpack...

Crochet backpack ni aku kait based on tutorial video dalam post aku sebelum ni. Tapi aku besarkan saiz dia ikut keselesaan anak bongsu aku yang sekolah tadika...

Disebabkan dalam simpanan aku ada banyak lebihan benang dari projek-projek aku sebelum ni, jadi aku gunakan aje yang mana ada. Sebab tu la backpack ni warna-warni...hehehe

Ok done...!


Khamis, 13 September 2012

My Hdc And Tapestry Crochet Bag...


Ini percubaan aku untuk buat tapestry crochet bag dengan corak yang aku saje2 reka. Mmmm...taklah menyerlah sangatkan corak dia...hehehe. Dah jemu dengan single crochet, aku cuba buat half double crochet lak sebagai asas beg neh.

Dan entah kenapa, tersuka lak ngan wana coklat. Dah tua kot...hahaha. Itu yang adik2 aku cakap suatu masa dulu. Iyeke orang tua suka wana coklat? Adehhh...

Kat bahagian dalam ni aku buat lining dengan kain wana hitam. Selamat dah jadi beg raya aku tahun neh...heh heh heh...

Ahad, 24 Julai 2011

Crochet Bags...

Crochet drawstring backpack... aku dah pernah crochet backpack ni tempoh hari cuma kedudukan talinya saje yang berbeza. Yang lain semuanya sama... Aku masih gunakan double yarn with size 5 crochet hook jenama Tulip.

Susunan bunga yang terlintas di fikiran aku. Mulanya aku nak buat ala2 embroidery gittew cuma... aku nak expresskan dalam bentuk crochet. Tapi... mmmmm... susahlah pulok. Kene praktis lagi neh...hehehe...

Aku gunakan kerusi makan aku sebagai model untuk sangkut beg neh...hehehe. Pening jugak nak fikir macam mana nak sangkutkan talinya kat bahagian belakang beg ni tapi... I've got an idea... Camni...








Dengan menggunakan benang keras (yang orang buat jahit jala tu...hehehe), aku chain 12 atau ikut besar mana korang nak la...

Next, aku attachedkan benang warna hitam, still double yarn ye... do single crochet keliling benang jala tadi... sambungkan...
Wallah... Jahitkan kat belakang bag untuk sangkut tali backpack dengan kemas... hehehe...

Siap...



Yang ni lak crochet blue tote bag... Aku guna double yarn with size 3 crochet hook jenama Tulip... Done! Aku akan hantar pada tuan yang empunya next week... InsyaAllah...

Selasa, 22 Mac 2011

Pyramid Bag...Sew And Crochet...

Salam bersiaran kembali...wakaka. Rasanya aku nak tambah satu label untuk aktiviti menjahit aku yang tak berapa sangat neh...ekeke. Masa jenjalan kat alam maya, aku tergoogle pasal pyramid bag ni yang pada mata kasar aku...sangat menarik! Berkobar-kobar di jiwa aku nak share kat blog...hihihi. Ini cubaan aku versi guna mesin jahit. Kain aku guna perca kain langsir yang agak tebal. Kira orait la tuh...hehehe



Bila dah tahu cara nak buat, aku cuba versi crochet lak...tadaaaaaaaa!!!





Dengan zip terbuka...








Kali ni aku tak guna benang 4 ply tapi aku guna benang yang orang buat untuk jahit jala tu...harharhar. Sangat keras, tebal, licin dan aku sukakan hasilnya! Mungkin kerana benang ni keras, jadi hasil kaitan aku nampak kemas...ekeke...

Aku guna pattern tiffany block yang pernah aku perkenalkan dulu masa buat sarung kusyen...;). Sungguh aku suka pattern ni...



Akhir sekali, pandangan sisi... Lupa lak... untuk tutorial pyramid bag neh, korang boleh baca kat SINI ye...

Selasa, 7 Disember 2010

Black And Pink Tote Bag & Towel Topper...


Aku baru jek selesai siapkan tote bag neh untuk adik bongsu aku. Dah lama dia minta aku buatkan tapi aku agak sibuk lak...huhuhu. Aku anggarkan yang aku boleh siapkan masa aku balik KL haritu tapi aku silap. Bila dah berkumpul reramai, nak pegang jarum kait pun malas...wakaka. Di bahagian tengahnya aku kaitkan 2 layers of star stitch pattern. Harap dia suka la...hehehe...


Terlanjur dah balik KL tu, teringin lak nak hadiahkan kakak sulung aku dengan towel neh. Aku masih gunakan star stitch pattern yang aku suka sangat tuh...ekeke. Aku tak ikut mana2 tutorial untuk towel topper neh. Hanya ikut gerak hati dan ingat balik tutorial yang Teresa ajar dulu. Ok, done! Aku nak sambung projek alas kerusi aku yang masih berbaki 2 set...hehehe...

Selasa, 7 September 2010

Blue Crocheted Tote Bag...

Hehehe... Raya dah dekat dah neh. Sempat gak la aku crochet tote bag neh untuk kegunaan aku masa raya nanti. Simple jek... Dari mula sampai akhir aku kait guna single crochet jek dengan warna favorite aku...blue...hihihi. Bahagian atas sekali, aku kait guna dua campuran benang warna biru...;)

Poket bahagian dalam, aku kait guna basket weave pattern. Selain daripada star stitch, aku suka juga dengan pattern ni...hehehe.



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin...;D

Jumaat, 20 Ogos 2010

Stripe Crochet Bag...

Aku kait beg neh untuk Shakinna. Aku harap dia suka...hehehe...


Bentuk beg neh masih sama macam crochet backpack yang aku dah buat haritu. Cuma kaler yang wana-wani tu requested by her. Agak cuak gak aku mulanya tapi it turn out to be quite beautiful...kan kan kannnnn...ekeke...

Ni rupa bag dengan talinya aku jerut...



Ni lak tanpa jerutan tali. Aku gunakan double yarn untuk kait beg neh supaya tebal...



Aku kaitkan small pocket kat bahagian dalam beg neh. Stripe jugak...hehehe...





Bunga2 neh aku ikut tutorial Teresa cuma tak 100% la. Aku ubah bunga neh kepada 2 layer jek. Jenuh gak la aku fikir cemana nak susun bunga2 dan daun2 neh...huhuhuuuu...

Ok, done. Aku dah courierkan pun petang tadi. Next project, hehehehe...kene tunggu lama sket la...harharhar

Sabtu, 31 Julai 2010

Crochet Backpack...

Ekekeke...nama beg neh sepatutnya la 'crochet backpack'. Tapi tali dia aku kait macam beg biasa je...sandang kat bahu. Itu atas permintaan anak perempuan aku. Instructions can be found at lionbrand.com. Korang kene la login untuk dapatkan free pattern for this bag.


Tapi aku tak ikut 100% instructions yang diberi. Aku besarkan sikit lagi, ikut lebar dan panjang buku teks sekolah anak aku. Warnanya juga aku ikut sesedap mata aku yang memandang. Ni kes nak habiskan sisa benang yang banyak terdapat dalam simpanan aku...wakaka...



Bahagian dasar beg ni bulat. Idea asalnya beg ni direka seperti beg bunjut. Aku sukakan patternnya. Dari awal sampai akhir hanya guna single crochet jek. Senang gile!




Aku guna benang acrylic 4 ply untuk projek kali ni. Tapi aku doublekan benang tu. Maknanya aku kait dua benang sekali gus guna jarum crochet no.6. Aku nak dapatkan ketebalan yang sesuai untuk anak aku isi buku2 tuition dia. Sampai sakit tangan wooooo...huhuhuuuu. Dan aku selitkan manik pada tali jerutnya, saje nak bagi lawa sket...ekeke...



Bahagian dalam beg. Aku kaitkan satu saku kecil untuk anak aku letakkan tisu muka dia. Ok, done! Aku kene rehatkan tangan aku untuk beberapa hari sebelum mulakan projek baru. Sakit betul tangan aku...wargghhhh!

Khamis, 1 April 2010

Crochet Bag...Akhirnya...

Fuhhhh!!! Lega bila beg neh dah siap aku kait malam tadi. Terlalu kusyuk sampai sakit kepala beb...ekeke. Mata ke TV, tengok cite Wolf...tapi tangan tetap mengait. Bila dah salah, kene bukak balik...wakaka.
Aku dah pernah perkenalkan paten neh. Walau apapun warnanya, tetap menarik kan kan kannnn...blue...I likeeeeee...hehehe...

Aku kait ikut permintaan kakak aku yang nak hadiahkan beg neh untuk ustazah anaknya. Aku tader hal. Hmmmm...dah lama dah dia nak tapi masa aku neh terhad. Kait ikut masa lapang jek... Lega bila dapat siapkan.

Next projek aku mungkin akan amek masa yang lama. Harap dapat siapkan awal...hehehe

Isnin, 23 November 2009

Cluster Flower Afghan Square...

Ini projek terakhir aku sebelum balik KL Raya Haji neh. Request by adik ipar aku yang nakkan aku gabungkan warna putih dan maroon. Gabungan warna yang menarik pada pandangan aku...hehehe. Aku dah jemu guna pattern tradisional granny square. Jadi aku google kat tenet dan jumpa pattern neh.

Pattern ni aku dapat kat SINI... Bahagian tengahnya nampak macam bintang...perrrgghhh!!!

Ni pandangan dari dekat...





Ini hasil beg yang aku buat. Masih mengekalkan bentuk yang sama by request. Len kali aku nak cuba kait beg jenis lain lak...ekekeke...

Jumaat, 13 November 2009

MaryEllen's Easy Daisy Granny Square...

Aku rasa amat seronok masa petama kali terlihat daisy granny square ni masa aku google images. Sejak tu aku berusaha mencari cara-cara ianya dibuat. Mesti la free pattern punya...hehehe. Lepas tu aku terjumpa kat blog Mary Ellen ni. Terus aku ikut step by step cara-caranya menggunakan lebihan-lebihan benang yang ada dalam simpanan aku. Excited betul!...hehehe



Aku teringatkan projek beg yang sedang aku usahakan sekarang neh dan aku cuba sesuaikan pattern ni mengikut permintaan warna. Kakak aku minta aku gabungkan warna oren pekat dengan warna peach. Hmmmm...aku mengaku, gabungan warna2 ni memang menarik! Kadang-kadang aku terfikir...setiap orang punyai pandangan yang berbeza terhadap warna dan disebabkan keunikan itu, aku sendiri peroleh sedikit ilmu dalam penyesuaian warna...hehehe



Dan untuk bahagian tepi dan bahagian bawah beg tersebut, aku sambungkan dengan tradisional granny square sebab aku tak mahu kelopak bunga yang bewarna putih tu rosak atau kotor...




Dan inilah hasilnya. Bentuk masih sama dengan beg2 yang aku pernah kait sebelum ni atas permintaan kakak aku sendiri cuma patternnya aku tukarkan....

Dan aku selitkan tali dengan 2 kuntum bunga kat kedua-dua belah bahagian tepi beg tu. Ikut suka la nak laraskan besar mana bahagian tepi beg tu. Di bahagian tengah bunganya aku letakkan manik....hehehe....

Siap! Ada lagi satu projek beg dan kali ni juga aku nak gunakan pattern yang berlainan. Aku jemu la kait pattern yang sama jek...wakakaka....

Selasa, 14 Julai 2009

Kulihat Hijau...

Projek 7:

Projek terakhir aku yang sempat aku siapkan semalam untuk adik bongsu aku yang meminati warna hijau. Jadi, ketujuh2 projek aku telah siap sepenuhnya untuk aku bawa balik ke KL nanti, Alhamdulillah.

Lepas ni aku kene siapkan satu projek bag untuk kawan aku. InsyaAllah, minggu depan aku cuba siapkan...hehehe

Ahad, 5 Julai 2009

Kombinasi Warna Yang Memikat...Hehehe...

Projek 6:

Kombinasi warna requested by my 6th sister. Mulanya dia nak warna cream combine dengan warna coklat. Tapi kat tempat aku ni takde lak benang warna cream. Jadi aku tukar dengan warna kuning cair. Nampak menarik gak sampai aku lak yang jatuh hati dengan kombinasi warna-warna ni. Masih mengekalkan teknik traditional granny squares, as requested. Aku rasa traditional granny ni lebih senang dibuat untuk combinekan warna dan nampak menarik.

Selepas dicantumkan, inilah hasilnya.

Penutup beg tu aku gunakan teknik seperti tangkai beg hitam projek ke-3 aku. Dan tangkai beg ni aku guna teknik half double crochet. Tebal sikit...








p/: tinggal satu aje lagi projek beg yang aku kene buat sebelum balik KL tengah bulan neh...yiiihaaaaa!!!