Memaparkan catatan dengan label baju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baju. Papar semua catatan

Ahad, 3 Ogos 2014

My First Baby Dress...

 Tahukah korang...berapa lamakah masa yang aku perlukan untuk crochet dress neh? Tiga bulan tuuuuu...ayyodeh...heh heh heh



 Aku ikut pattern neh untuk buat bahagian skirt... Dan aku tambah panjang skirt neh ikut kesesuaian baby aku by repeating the pattern...
Untuk bahagian badan, aku ikut pattern neh tapi aku tambah ikut besar badan baby aku...
 Kalau korang perhatikan betul2... pattern bahagian leher dress neh berbeza dengan yang bawahnya... Yang ni aku guna Antique Pineapple Stitch yang aku jumpa secara tak sengaja semasa mencari pattern untuk buat baby booties...Tak jadi pon baby booties yang aku buat tu sebab kecik...huh! Kalau korang nak tengok link dia...kat sini ekkk...
http://hubpages.com/hub/Crochet-Baby-Shoes-Free-Pattern

Aku sangat2 sukakan stitch tuh... jadi aku abadikan kat bahagian leher dress neh. So unique and so easy to crochet. Ni ada satu lagi link untuk gambaran yang jelas sket tentang stitch neh...
http://freevintagecrochet.com/how-to-crochet/pineapple-stitch


 Butang cute yang aku jumpa kat kedai jahitan di tempat aku. Ok laaa...mungkin korang dah pernah jumpa yang lagi cute kan... Duduk kat kampung neh... susah nak carik benda2 cute camni tau...hahaha!



Wallah!,,,, Next project tatau lagi la nak wat ape...ekeke...

Jumaat, 9 Mei 2014

Baby Skirt...


pandangan keseluruhan skirt
Pattern sebenarnya bukan untuk skirt pon. Sepatutnya paten ni untuk baby dress. Sebab dah lama sangat projek aku ni terbengkalai dan kadang-kala jek dapat sentuh, baby aku pun dah besar...ekekeke. Lari habis ukuran dia. Jadi aku buatkan sebagai skirt la...huhuhuuu... 
bahagian dalam skirt
Aku guna benang halus Polly 100g 100% Acrylic jenama Minlon untuk buat skirt ni, guna jarum 1.3mm. Aku rasa benang 4 ply tu terlalu tebal untuk buat baby dress atau skirt...




Sesiapa nak cuba buat, boleh follow paten yang aku letak neh. Senang je nak ikut...hehehe

Ahad, 23 Februari 2014

Baby Sweater...

Hmmmm...susah nak bercrochet sekarang ni sebab dah ada baby...hehehe. Tapi baru2 ni aku dah berjaya siapkan crochet sweater untuk baby aku... nak pergi Cameron Highlands punya pasal...hehehe

Tutorial untuk baby sweater ni aku dapat kat Youtube by Yolanda Soto Lopez. Senang nak ikut dan instruction dia clear gile!


Jadi, ni versi aku bila dah siap crochet tapi belum dicantumkan untuk menjadi baju. Bahagian depan sweater aku tak ikut seratus peratus sebab baby aku dah besar...

Ni sweater yang dah siap. Ok la tuh kot...hehehe