Memaparkan catatan dengan label crochet basket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label crochet basket. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Januari 2011

Tapestry Crochet Spiral Basket...

Tapestry crochet...sesuatu yang amat baru untuk aku. Sedang seronok menggoogle, aku terjumpa lak cerita pasal tapestry crochet neh. Semakin aku baca, semakin berminat lak aku nak cuba buat. Google punya google, aku terjumpa free pattern untuk buat Tapestry Crochet Spiral Basket neh. Korang boleh cuba buat jika berminat...hehehe...

Ini adalah projek tapestry crochet aku yang pertama. Baru aku tahu macam mana cara nak crochet dua benang sekali gus. Hanya single crochet saja yang digunakan. Mulanya agak susah tapi lepas dah cuba beberapa kali, you'll get the idea. Memang seronok. Aku juga dah cuba tengok kat Youtube. Boleh refer kat sana jika nak tahu lebih lanjut tentang tapestry crochet neh.

Yang amat mengujakan...you can design your own motifs on graph paper! How cool can that be? hehehe...

Isnin, 15 November 2010

Colourful Crochet Basket...


Aku crochet basket neh ikut pattern beg warna-warni haritu. Banyak sangat lebihan benang yang ada dalam simpanan aku huhuhu. Simple dengan single crochet jek. Aku tak buatkan tangkai sebab aku suka bentuk dia macam tu je. Ok la tu ek...ekeke...


Pandangan belakang basket...hehehe. Suami aku sarankan aku buat topi guna paten neh. Aku bantai gelakkan dia...harharhar. Rasa macam tak seswai jek...wakaka...

Lepas dah siap, aku isikan barang-barang crochet aku. Senang aku nak angkut pegi memana. Kekadang aku letak atas riba aku jek. Aku tengah cuba siapkan projek aku guna benang halus putih tu. Lagi 40% nak siap tapi makan masa lorrr...huhuhuuuu...

Ahad, 30 Mei 2010

Small Simple Crochet Basket...

Pernah tak korang kait benda kecik2...banyak2... lepas tu hilang lak sebab bekas yang korang letakkan benda yang kecik2 dan banyak2 tu berlubang... huhuhuuuu. Sebab malas nak mencari balik benda yang dah hilang tu, aku kaitkan bakul kecik ni untuk aku letakkan benda2 kecik tu...ekekeke. Senang je sebenarnya. Aku hanya gunakan simple single crochet untuk keseluruhan bakul neh.

Ini dia benda yang kecik2 dan banyak tu. Perggghhh!!! Amat sakit hati bila kene carik balik kat mana jatuhnya...wakaka. Sekarang, senang sikit aku nak teruskan projek aku kali neh. So, tunggguuuu... hehehe

Sabtu, 20 Mac 2010

Crochet Basket...

Aku teringin nak cuba buat crochet basket dan terjumpa patennya di SINI lepas google beberapa lama...ekekeke. Korang boleh download cara nak buat crochet basket yang senang sangat neh dalam bentuk pdf. Yang paling seronok, kita boleh kait sebesar manapun basket yang kita nak... Menarik sungguh walaupun patennya pretty simple...

Ini crochet basket yang dah aku siapkan sepenuhnya tadi.

Aku kait flower and leave applique neh dan attached kat badan basket...

Ribbon pun aku kait dan attachedkan sekali...hmmmmm...kira oraitlah tu ek...

Enjoy the pattern guys! ;)