Memaparkan catatan dengan label table cloth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label table cloth. Papar semua catatan

Ahad, 14 Januari 2018

Crochet Alas Meja...Projek Yang Lama Terbengkalai...

Lama dah aku mulakan projek buat alas meja ni. Aku dah pernah post pasal pattern ni cuma aku tukar warna dia je. Sebelum ni aku buat satu warna...pink cair. Yang ni aku buat pink pekat dan kelabu. Aku guna benang halus Minlon Polly dengan saiz jarum 1.3mm. Saiz jarum kesukaan aku bila buat projek guna benang halus.

 Siap dah alas meja enam kerusi aku. Alhamdulillah...
Tapi aku rasa sangat terkilan pasal warna benang ni. Untuk menyiapkan projek alas meja ni aku gunakan tiga jenis warna benang pink yang berbeza dan dijual dengan nombor benang yang sama. Warna kelabu tu pon sama. Aku guna dua jenis wana benang kelabu yang sedikit berbeza warnanya yang dijual dengan nombor benang yang sama. Kenapa ekkk??

Mungkin sekali imbas tak perasan sangat perbezaan warnanya tu tapi aku hairan kenapa camni? Sebagai crocheter yang juga menggunakan benang bulu kambing.. aku hadapi masalah yang sama jugak. Nombor sama tapi warna berbeza. Sangat frust bila jadi camni.
Kalau korang tengok bebetul...bahagian first row dari bawah tu nampak perbezaan warna benang dia. Ini salah satu sebab kenapa projek alas meja aku ni terbengkalai. Last sekali aku redho...guna ajelah benang yang ada. Aku cuba selang-selikan agar tak berapa ketara di pandangan. Sebuku benang Minlon Polly ni RM8.50 tau...Aduhaiii...












Bagi yang nak cuba buat pattern neh... aku sekalikan pattern dia. Aku sangat-sangat sukakan pattern ni. Korang sendiri akan tahu kenapa bila korang dah cuba buat nanti..

Next project...tunggu nak beli benang dulu... ekekekeke












Jumaat, 9 Mac 2012

Dining Table Cloth...

Pheeewww... Ini projek aku yang terbaru...yang baru je aku siapkan tadi. Dining Table Cloth...or should I say...my masterpiece in crochet...hehehe. Lama jugak masa yang aku amek untuk siapkan projek kali ni. Hampir 4 bulan tuuuu...huhuhu...

Saiz table cloth neh adalah 118cm X 184cm. Besar tak? Terkejar2 aku nak siapkan projek neh sebab projek sewing aku banyak yang terbengkalai...ekeke...

Motif untuk table cloth ni aku dah perkenalkan in my last post. Seperti yang aku nyatakan haritu, table cloth ni tercantum daripada 2 motif berbeza... Yang besar ni main motif dia...aku kene buat 96 keping...


Yang ni lak motif kecil dia... Semua sekali aku kene buat 88 keping kot...


Okay, siap. Lepas ni aku nak siapkan sewing project aku lak. Tapi ada beberapa crochet item yang menggoda aku untuk cuba buat. Tengok la nanti...hehehe...


p/s: gambar kurang memuaskan la...puas dah aku edit tu...tapi still blur jek. Sabor je la...

Ahad, 20 Jun 2010

Alas Meja...

Ini dia projek aku yang telah aku siapkan petang tadi. Kali ni aku guna benang halus as requested by Kak Ruby. Harap Kak Ruby suka...hehehe

Gambar penuh. Semua sekali 74 keping. Masa aku kait benda ni, suami aku bagi cadangan kat aku yang corak ni amat sesuai dibuat langsir...hehehe. Idea la tuh. Sungguh aku setuju. Jadi, malas la aku nak belajar buat filet crochet...wakaka...

Gambar dekat sket. Hmmmm...kamera h/p aku tak berapa clear lak...huhuhu...

Next project...on the way...hehehe...;)

Jumaat, 12 Februari 2010

Projek Lacy Flower Aku...

Hohoho!!! Lama Sungguh aku tak hupdate pape dalam blog crochet aku neh ropanya...wakaka. Wokehhh...ini dia projek lacy flower yang telah aku siapkan pagi tadi. Jenuh gak aku marathon sebab nak pegi masak untuk lunch...ekeke. Alhamdulillah...siap jugak...

Altogether aku buat 60 keping. Kemudian baru aku sambungkan satu persatu. Kira oraitlah tu ekkk...hehehe

Paten yang terbentuk ni yang aku kata macam bunga bila dah dicantumkan. Makcik suko...ekekeke

Tengok dekat sket...


Pandangan memanjang dan melebar lacy flower aku yang dah selamat jadi alas meja sofa...wakaka...

Next project...hmmmm...nak crochet apa lak ye?...hehehe

Jumaat, 11 Disember 2009

Projek Baru Siap Semalam...

Aku gunakan paten ni untuk projek aku kali ni. Paten yang sama dari Jessica Tromp.







Bila dah dicantumkan, maka terbentuklah imej seperti di dalam gambar...hehehe. Wujud di kepala otak aku untuk buat alas rak bertingkat yang masih belum beralas di ruang tamu rumah aku...huhuhu. Tapi macam ada yang tak kene jek dengan bahagian tepi dia. Macam kosong je kan? ekekeke



Jadi aku kait bentuk bunga kat bahagian tepi dia tu. Siap sudah alas untuk satu daripada rak tingkat aku. Lagi 3 is on the way. Mungkin akan ambil masa lama sikit untuk aku update projek lain dalam blog aku ni... Tunggu je la ekkk...ekekeke

Close up bahagian tepi yang aku kait. Kira ok la tu. Len kali aku cuba buat projek lain lak...wakakaka

Jumaat, 2 Oktober 2009

Projek Lama Dulu...

Fuhhhhh...lama sungguh aku tak update blog neh...hehehe. Hari raya punya pasal, semua kerja dan projek aku tergendala. Jadi aku postkan gambar stitches yang dah lama aku siapkan ni untuk tatapan pengunjung semua sementara aku siapkan projek yang sedang aku buat sekarang ni. Gambar kurang memuaskan sebab aku snap guna handphone ...hehehe.

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...

Selasa, 25 Ogos 2009

Penutup Peti Ais...

Ini rupa penutup peti ais yang telah siap aku buat. Lama gak masa yang aku ambil untuk menyiapkannya tapi aku puas hati lepas dah siap.



Untuk projek ni, aku gunakan benang Nona. Saje cari pengalaman mengait gunakan benang ni. Lagipun ada sorang rakan blogger, Paul yang kata dia suka mengait guna benang ni. Setelah mencuba, aku rasa not bad at all. Memang benangnya lembut...


Aku gunakan puff stitch untuk projek aku ni. Banyak guna benang tapi sangat cantik bila dah siap...hehehe...





Blog orang-ramai menggunakan puff stitch neh untuk baby blanket. Tapi aku rasa penggunaan paten neh bukan sekadar untuk itu. Tak cuba, tak tahu, kannnn...hehehe




Maka siaplah penutup peti ais aku yang tak pernahnya berpenutup neh...huhuhuuuu






Kalau diperhati betul2, bahagian tepinya aku abadikan paten daisy star stitch. Aku suka sangat ngan paten neh....

Jadi, aku dah praktikkan penggunaan puff stitch dan daisy star stitch untuk projek kali ni...hehehe