Memaparkan catatan dengan label bowl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bowl. Papar semua catatan

Isnin, 19 April 2010

Filigree Bowl Yang Dah Siap...

Ini rupa Filigree Bowl aku yang telah siap dikeringkan. Cantik jugak...ekekeke... Bagi aku, sesuai juga kalau nak dijadikan sebagai hadiah cenderamata...




Aku tak gunakan fabric stiffener seperti yang disarankan. Mana nak carik pun aku tatau...wakaka. Jadi aku masak je tepung ubi dengan sedikit air. Masak sampai pekat. Dah sejuk sket, aku rendamkan keseluruhan mangkuk yang telah siap aku kait dan buangkan lebihannya...

Kemudian aku carik saiz mangkuk yang aku agak sesuai dan regangkan mangkuk kait aku tu macam dalam gambarajah. Kemudian aku jemur sampai dia kering. Aku kene lumurkan lagi gam tu beberapa kali untuk dapatkan kekerasan yang sesuai. Bila dah kering, aku keluarkan perlahan-lahan dari mangkuk acuan tu. Melekat gak...kene buat hati-hati...huhuhuuu...



Inilah hasilnya! Aku letakkan bunga potpourri ke dalamnya. Wangi ruang tamu rumah aku...hehehe...

Projek siap! Hehehe...

Jumaat, 16 April 2010

Filigree Bowl...

Filigree Bowl...wakakaka... Kali ni kita crochet mangkuk lak. Tapi yang ni tak siap sepenuhnya lagi. Aku nak kene gunakan fabric stiffener untuk keraskan dia. Kene jemur lak sampai kering. Gambar tu adalah bowl yang aku baru kait tadi. Secara tak sengaja terjumpa imej Filigree Bowl ni masa main-main google image. Got the pattern from HERE. Korang kene carik la balik ek sebab aku download guna pdf format.

Gambar kiri tu pandangan dari atas dan gambar kanan tu pandangan lepas aku tangkupkan mangkuk tu. Takde rupa mangkuk sangat la pun. Tadappaaaa... tunggu hasilnya lepas aku keraskan dia...wakaka...