Memaparkan catatan dengan label stitch. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stitch. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2020

New Project In My Mind...

Pkp...pkpb...pkpp... buatkan aku malas nak update blog...huhuhu...

Seperti dinyatakan...aku sharekan video untuk crochet stitch yang aku buat dalam entry aku sebelum ni. Aku edit video ni sebab video asal dia sangat panjang...


Dalam video ni ditunjukkan cara nak crochet stitch tu tapi ianya dilakukan dalam continuous round. Korang boleh buat beg, sarung bantal atau apa saja yang dikait dalam bentuk bulatan. 

Tapi, kalau korang kait dalam bentuk mendatar...contoh untuk buat afghan... corak stitch ni akan berubah kepada bentuk:-

Memandangkan lebihan benang aku masih banyak lagi...aku nak buat afghan...insyaAllah... 

Ini corak pertama aku...yeahhh...

Khamis, 1 Februari 2018

Primrose Stitch Crochet Pouch...

 Ini pouch yang siap aku buat menggunakan Primrose Stitch. Dalam dia aku lining dengan kain dan letakkan zip...
 Ini pandangan dari dekat primrose stitch yang aku cuba buat. Hmmmm...nampak macam tak sama macam dalam gambar yang disertakan dengan cara nak kait stitch ni tapi... nampak la jugak bentuk rosenye tu kan....huhuhu
Bagi sesiapa yang nak cuba... ni instruction dia...

Ahad, 3 Ogos 2014

My First Baby Dress...

 Tahukah korang...berapa lamakah masa yang aku perlukan untuk crochet dress neh? Tiga bulan tuuuuu...ayyodeh...heh heh heh



 Aku ikut pattern neh untuk buat bahagian skirt... Dan aku tambah panjang skirt neh ikut kesesuaian baby aku by repeating the pattern...
Untuk bahagian badan, aku ikut pattern neh tapi aku tambah ikut besar badan baby aku...
 Kalau korang perhatikan betul2... pattern bahagian leher dress neh berbeza dengan yang bawahnya... Yang ni aku guna Antique Pineapple Stitch yang aku jumpa secara tak sengaja semasa mencari pattern untuk buat baby booties...Tak jadi pon baby booties yang aku buat tu sebab kecik...huh! Kalau korang nak tengok link dia...kat sini ekkk...
http://hubpages.com/hub/Crochet-Baby-Shoes-Free-Pattern

Aku sangat2 sukakan stitch tuh... jadi aku abadikan kat bahagian leher dress neh. So unique and so easy to crochet. Ni ada satu lagi link untuk gambaran yang jelas sket tentang stitch neh...
http://freevintagecrochet.com/how-to-crochet/pineapple-stitch


 Butang cute yang aku jumpa kat kedai jahitan di tempat aku. Ok laaa...mungkin korang dah pernah jumpa yang lagi cute kan... Duduk kat kampung neh... susah nak carik benda2 cute camni tau...hahaha!



Wallah!,,,, Next project tatau lagi la nak wat ape...ekeke...

Khamis, 13 September 2012

My Hdc And Tapestry Crochet Bag...


Ini percubaan aku untuk buat tapestry crochet bag dengan corak yang aku saje2 reka. Mmmm...taklah menyerlah sangatkan corak dia...hehehe. Dah jemu dengan single crochet, aku cuba buat half double crochet lak sebagai asas beg neh.

Dan entah kenapa, tersuka lak ngan wana coklat. Dah tua kot...hahaha. Itu yang adik2 aku cakap suatu masa dulu. Iyeke orang tua suka wana coklat? Adehhh...

Kat bahagian dalam ni aku buat lining dengan kain wana hitam. Selamat dah jadi beg raya aku tahun neh...heh heh heh...

Khamis, 15 September 2011

Bullion Grannies...

Bullion Stitch... tak dapat nak cakap la cemana sukanya aku dengan stitch neh...hehehe. Tempoh hari aku dah post tentang crochet bullion flower, jugak bullion stitch dalam projek embroidery aku. Kali ni aku abadikan dalam bentuk granny squares lak...yiihhaaa...

Aku jumpa paten2 neh secara tak sengaja sebenarnya. Kusyuk membaca blog Dana Beach yang crochet A Granny A Day untuk 365 hari. Interesting sungguh blog beliau. Kat situ la dia sharekan link free pattern untuk grannies neh...

Posie... Patennya boleh dapat kat sini. Kalau gunakan crochet hook jek, susah jugak bagi aku nak buat bullion stitch tu. Jadi aku ikut cara Theresa. Berkesan gittew...

April Dawn... paten boleh jumpa kat sini. Sangat menarik dan aku sedang usahakan untuk buat satu projek guna granny neh...

Lacy Bullion Heart...paten untuk ni boleh dapat kat sini.

Tapi aku buat versi aku lak. Kat dalam gambar tu adalah bentuk hati yang kita kena crochet dulu. Mengikut patennya, bentuk hati tu perlu dijahit ke atas granny square yang dicrochet secara berasingan. Tapi aku terus buat tali air ikut belakang bullion stitch yang dah siap tu dan crochet cara traditional granny square as I go along.

Lepas ni nak buat projek crochet lak...ekekeke

Rabu, 6 April 2011

Crochet Bullion Flower...

Pheewwww...memang mencabar betul la nak buat crochet bullion flower neh! Aku masih ikut tutorial orang yang sama...Teresa. Link untuk video dia ada kat sini... http://www.youtube.com/watch?v=eCGrDyrxkcM.

Bullion Stitch tu...kalau tak silap aku ada yang gelar jahitan ulat. Selalu orang guna untuk buat embroidery...kot. Ada juga orang yang buat jahitan kemasan leher baju kurung guna stitch neh. It's ok...I'll get myself to that very soon. Aku akan explore dunia internet neh untuk info or making it...wakaka...

Untuk versi crochet Bullion Flower neh, Teresa akan ajar kita cara mudah untuk get it done dengan menambah tapestry needle kat hook kita. Dalam gambar tu cara aku. Untuk lekatkannya aku guna tiub oksigen akuarium ikan aku...hahaha. Janji lekat. Aku dah cuba buat tanpa tapestry needle tu dan hasilnya memang menghampehkan! It's fun learning new tricks camni taw....hehehe...

Dan aku abadikan crochet bullion flower neh pada trinity hot pad aku... Cun la tu...hehehe

Selasa, 5 April 2011

The Trinity Stitch Crochet...

Trinity Stitch neh memang dah lama ada dalam 'to-do' list aku. Tapi...yelah... tak boleh nak kata aku sibuk lak sebab aku memang rambang mata bila nampak benda2 menarik...nak je cuba buat..wakaka.

So, I came across my file yesterday and picked this stitch to be my next project. Tengok strukturnya...tersusun dan kemas. Tutorial untuk trinity stitch neh korang boleh dapat kat Youtube... Ni link dia... http://www.youtube.com/watch?v=K6ZmQ_KoNm8. Still tutorial by Teresa. Aku peminat dia tawww...hehehe... She's like a teacher to me...ekekeke...

Bila dah tahu buat, aku gunakan double yarn dan crochetkan hot pad for my sister. Rasanya kalau nak buat bags atau pencil holder guna this stitch pon ok gak...hehehe... Ok done...;D

Ahad, 8 Ogos 2010

Stripe...

Mmmm...buat masa ni projek aku tak siap lagi. Banyak kali tergendala dengan bermacam2 hal yang aku tak dapat elakkan...huhuhuuu. Maklumlah...nak puasa dah kannn. Bulan puasa nanti, aku akan bertambah sibuk...hehehe.

Kali ni aku nak share dengan korang cara nak tukar warna benang untuk buat stripe macam tu. Tutorial by Teresa neh korang boleh tengok kat SINI. Sepatutnya aku nak buat topi... Tajuk kat video tu pun ialah Stripe Crochet Beanie Cap Hat. Tapi aku stopkan lepas dah tahu cara nak tukar2 warnanya. Sangat menarik! Jimatkan masa dan benang...ekekeke. Bagi yang berminat, boleh cuba...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa....;)

Sabtu, 10 Oktober 2009

Tiffany Block...

Aku terjumpa pattern ni masa google kat tenet. Sangat senang nak buat dan ianya menghasilkan pattern yang amat menarik bila dah siap. Sila klik SINI kalau nak tahu step nak buat pattern ni ye. Sangat mudah...pecaya la cakap aku...hehehe. Aku tengah buat projek guna pattern ni tapi masih dalam progress. Aku guna dua warna, biru dan putih. Dah siap nanti aku post ek...

Gambar dari dekat tapi tak berapa clear lak. Kira ok la tu ek...tangkap gambar ngan handphone cikai, memang la camtu...huhuhuuu...

Gambar pattern guna benang wana biru...

Gambar jarak jauh. Menarik kan? hehehe...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Projek Lama Dulu...

Fuhhhhh...lama sungguh aku tak update blog neh...hehehe. Hari raya punya pasal, semua kerja dan projek aku tergendala. Jadi aku postkan gambar stitches yang dah lama aku siapkan ni untuk tatapan pengunjung semua sementara aku siapkan projek yang sedang aku buat sekarang ni. Gambar kurang memuaskan sebab aku snap guna handphone ...hehehe.

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...

Selasa, 25 Ogos 2009

Penutup Peti Ais...

Ini rupa penutup peti ais yang telah siap aku buat. Lama gak masa yang aku ambil untuk menyiapkannya tapi aku puas hati lepas dah siap.



Untuk projek ni, aku gunakan benang Nona. Saje cari pengalaman mengait gunakan benang ni. Lagipun ada sorang rakan blogger, Paul yang kata dia suka mengait guna benang ni. Setelah mencuba, aku rasa not bad at all. Memang benangnya lembut...


Aku gunakan puff stitch untuk projek aku ni. Banyak guna benang tapi sangat cantik bila dah siap...hehehe...





Blog orang-ramai menggunakan puff stitch neh untuk baby blanket. Tapi aku rasa penggunaan paten neh bukan sekadar untuk itu. Tak cuba, tak tahu, kannnn...hehehe




Maka siaplah penutup peti ais aku yang tak pernahnya berpenutup neh...huhuhuuuu






Kalau diperhati betul2, bahagian tepinya aku abadikan paten daisy star stitch. Aku suka sangat ngan paten neh....

Jadi, aku dah praktikkan penggunaan puff stitch dan daisy star stitch untuk projek kali ni...hehehe

Isnin, 24 Ogos 2009

Daisy Star Stitch...

Jalan-jalan kat Youtube, aku terjumpa lak dengan paten Daisy Star Stitch ni. Agak sama dengan star stitch yang aku buat pada handphone case tu tapi kalau dilihat dengan teliti, memang ada perbezaannya. Di bawah ni aku sertakan contoh yang dah aku buat... Macam biasa, aku ikut tutorial yang telah diajar oleh Teresa kat Youtube...hehehe


Gambar ni paten star stitch...paten yang sama aku guna untuk buat bekas handphone tu...



Yang ni pulak adalah Daisy Stitch atau Star Stitch... Memang ada perbezaannya dan aku teramat suka dengan kedua2 paten ni. Cantik dan tersusun bila dah siap... Aku abadikan paten Daisy Star Stitch ni pada penutup peti ais aku...

Nanti aku buat entry...

Sabtu, 1 Ogos 2009

Puff Stitch...

Dah lama aku cuba buat paten ni. Aku masih tercari-cari apa yang boleh aku buat menggunakan puff stitch ni. Paten ni aku dapat dari Youtube. Siapa yang berminat, boleh selongkar kat sana ye...ekekeke. Aku masih suka follow tutorial yang diajar oleh Teresa. Sangat terang, jelas dan nyata...ekeke. Gambar ni hanya percubaan je. Aku dah berikan pada kakak aku untuk reference dia dan what do you know...dia dah siapkan alas tvnya menggunakan paten ni. Ni yang aku jeles tahap gaban neh...ahahaha

Khamis, 9 Julai 2009

Basketweave Pattern...;)



Aku belajar buat pattern ni melalui Youtube instructed by Teresa. Aku suka sangat tengok cara dia ajar orang buat crochet. Terang, jelas dan nyata. URL kat Youtube tu... http://www.youtube.com/watch?v=EWu2zXz8gdQ


Ini hasilnya bila dah siap. Tapi aku tak tahu nak letak kat mana lak sebab paten ni sesuai untuk buat scarf . Jadi aku crochet bahagian tepinya dan buat penutup mesin pembakar roti. Nampak cantik...hehehe