Memaparkan catatan dengan label bottle case. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bottle case. Papar semua catatan

Khamis, 18 Februari 2010

Bottle Case Dan Manik...Hmmmm...

Projek aku tergendala sebab benang dah habis...warrrggghhh!!! Dah dua kali aku ke kedai benang tapi tutup lak. Masih beraya sakan agaknya si tokey kedai tu. Jadi aku singgah kat kedai lagi satu...kedai melayu. Kat tempat aku ni, satu-satu kedai menjual jenama-jenama benang yang berlainan. Ternampak lak manik-manik cantik neh... Apa lagi, aku rembat 3 bungkus walaupun aku tak pasti lagi nak buat apa...harharhar...

Masa nak bayar harga benang Ondori merah garang dan manik-manik tersebut, kakak penjaga kedai tu mintak aku buatkan bottle case untuk anak perempuan dia yang comey guna wana benang yang aku beli tu...hehehe. Terus-terang aku kata kat dia yang aku tak penah buat tapi aku boleh cuba buatkan...ecehhhh...

Mula la misi aku mencari paten yang sesuai kat dalam dunia internet neh. Setelah beberapa jam meneroka dengan jumlah bukaan komputer yang ntah berapa kali, aku jumpa paten cool neh. Refer kat SINI... Tak susah nak buat cuma perlukan perhatian yang tinggi...ekekeke...

So, this is my version... Patut takde tangkai, tapi aku buatkan atas permintaan kakak tu...hehehe. Aku besarkan sikit sebab kalau ikut 100% step by step yang diberi, saiz bottle case tu kecik...huhuhu. Jadi ni kali kedua la aku buat. Yang kecik tu boleh jadikan pouch duit syiling...wakaka. Aku suka teknik yang digunakan untuk buat bottle case neh. Single stitch, half double crochet, double crochet, slip stitch, shell, back loop crochet semua digunakan. Mencabar beb...wakaka. Lepas dah siap, aku selitkan pansy flower yang aku buat haritu... Kat tengah2nya aku letakkan manik. Pretty cool, don't you think?...harharhar