Memaparkan catatan dengan label cover. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cover. Papar semua catatan

Khamis, 23 Januari 2020

Apa Yang Korang Buat Dengan Lebihan Benang?


Lebihan benang kait aku dah penuh satu beg...huhuhu


Aku terjumpa pattern yang sangat menarik untuk dicuba. Sorry sebab aku tak dapat sharekan nama stitch ni sebab aku tengok video yang dishare di facebook sekali lalu aje. Mungkin aku boleh cuba tulis pattern ni atau share videonya lain kali. 


Ok...ni hasil yang aku dapat. Sarung bantal peluk yang bewarna- warni...wakaka...

Khamis, 15 Februari 2018

Alas Kabinet Tv...

Aku guna pattern neh untuk buat alas kabinet tv aku. 


 View dari dekat...

Gambar keseluruhan...

Isnin, 15 Ogos 2011

Alas Kerusi...Something New...

Selamat berpuasa untuk korang... dah nak raya dah neh...adoi la...

Ini projek bulan Ramadhan aku untuk kak Inna... Benang dah semakin mahal ek sekarang neh. Terkejut gak aku masa beli benang untuk buat projek neh harituh.

Still same old pattern but new in arrangement of colors. Ini idea kak Inna sendiri dan aku amat suka akan hasilnya... hehehe...

Jumaat, 26 November 2010

Alas Kerusi... Lagi...

Hehehe...blog aku neh senyap seketika sebab aku sibuk menyiapkan projek alas kerusi neh untuk kak Inna. Masih bentuk yang sama dengan warna yang berbeza. Aku hanya dapat siapkan 2 set je dulu. Lagi 2 set akan aku siapkan nanti. Motif yang kecil dengan saiz yang besar perlukan masa kannnn...wakaka...


Close up sket. Tak aku nafikan...aku pon dah jatuh suka dengan motif neh...muahaha...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Alas Kerusi...

Kali ni projek aku besar sket...hehehe. Atas permintaan kak Inna, aku telah berjaya siapkan first set alas kerusi ni petang semalam. Semua sekali aku kene kait 115 keping motif bunga tu. Lepas dah sambungkan, lebar alas ni sepanjang 20 inci dan panjangnya 28 inci.

Paten untuk alas ni aku dah pernah perkenalkan. Sekarang ni aku tengah kait 2nd set alas kerusi ni. Aku guna benang halus jenama Ondori dengan saiz jarum 1.5mm. Tapi sayang, benang jenama ni akan pupus tak lama lagi sebab pengeluarannya telah dihentikan. Hmmm... kilang benang tu bankrupt kot...huhuhuuuu... Sebab tu la jugak aku terkial2 nak carik benang jenama ni kat tempat aku. Haiyyoh! Sabar je la...hehehe

Isnin, 17 Mei 2010

Frilly Pillow Cover...

Ini yang aku buat dengan Frilly Granny Square yang telah aku perkenalkan haritu. Mulanya aku agak ragu-ragu andai sarung bantal yang terhasil nanti akan nampak terlalu sarat dengan ropol dari setiap frilly granny square yang aku cantumkan. Tapi lepas dah siap, aku rasa kira orait la tu ekkk...hehehe...
Aku dah cuba kait guna warna maroon tapi rasanya tak sesuai la. Warnanya gelap sangat. Ropol frilly granny square tu tak berapa kelihatan sebab tenggelam dalam warna gelap maroon tu...huhuhu

Gambar dekat sket... Aku guna cantuman cara jahitan. Masih mengekalkan penggunaan benang Ondori acrylic 4 ply dengan saiz jarum 5. Aku suka paten neh....heh heh heh... Done!


Next project...lambat sket la kot. Aku nak rehat beberapa hari sebab tangan aku terasa sakit sudaaaaa... Terlalu sangat mengait dalam 4 ke 5 hari neh...huhuhuuuuu

Jumaat, 7 Mei 2010

Granny Spiral Pillow Cover...

Paten neh aku dah pernah perkenalkan haritu. Memang aku dah jatuh chenta dengan paten neh...hehehe. Makan masa sikit la sebab untuk satu kotak tu je dah kene guna 4 jenis warna benang. Kemudian aku mengalami masalah sikit untuk mencantumkannya. Sebelum neh aku hanya guna single crochet untuk cantumkan setiap granny yang aku dah buat tapi kali neh, cara macam tu seperti tak berkesan. Last sekali baru aku jumpa caranya...jahitkan saje...wakaka... Kalau diperhatikan betul-betul, boleh nampak gabungan warna maroon dan ungu bagi setiap 4 grannies. Itu yang aku cuba ketengahkan...



Bila dah buat yang kecik-kecik, teringin lak nak cuba buat granny spiral yang besar...harharhar. Itu hasilnya. Nampak macam senget tapi sebenarnya tak. Memang bentuknya terhasil macam tu sebab spiralnya. Uhhhh...
sungguh aku suka...hehehe


Next project, wait and see...hehehe

Sabtu, 24 April 2010

Pinwheel Coaster...

Banyak kali percubaan yang aku kene buat untuk hasilkan pinwheel coaster neh. Mmmm... sebenarnya aku keliru dengan instruction yang diberi. Tapi lama-lama, aku dah boleh faham...wakaka... Sila rujuk kat SINI untuk patternnya ekkk...

Ni pinwheel coaster aku yang dah siap. Simple tapi menarik. Sepatutnya coaster neh kecik tapi aku gandakan saiznya... Kira ni double size la neh...

Errrr...ini bukan topi taw...harharhar. Aku dah bertekad untuk create something useful with this coaster kalau aku berjaya ikut instructionnya. As aku crochet along, aku ingat nak buat penutup bekas simpanan air mineral aku. Jadi, aku teruskan dengan single crochet dan sambung dengan star stitch yang aku suka sangat tu...

Ini dia penutupnya. Berjaya jugak aku siapkan penutup neh. Asyik tergendala dengan bermacam-macam perkara... makcik sukoooo...yiiihhhaaaaa...

Next project...nak crochet apa ekkk...hehehe

Selasa, 13 Oktober 2009

My Tiffany Block's Project Finished...

Tadaaaa....hmmmm...takde la cantik sangat kot pilihan warna untuk projek aku neh. Aku hanya guna lebihan benang yang banyak terdapat dalam simpanan aku. Tak baik membazir kan kan kannn...ekekeke. Bahagian tepi dia aku kait ala2 ropol gitu tapi kecik la. Tu pun ngam2 je benang aku habis...muahahaha.
Kiranya aku buat sarung bantal la neh. Kat bahagian atas bantal ni aku letakkan zip. Aku ingatkan ada la zip panjang dalam stok aku. Ropanya takde lak. Jadi aku combinekan 2 zip pendek. Jadi laaa...asal buleh tutup...hehehe...

Close up sikit. Bila dah siap, sarung bantal ni jadi tebal. Aku ingat nak letak la gambar ikan ke apa ke tapi aku tak habis belajar lagi la. Next time la kot. Tak sabar nak hupload gambar dalam blog punya pasal...kahkahkah...

Pandangan sisi. Ropol atas tu kelihatan tebal sebab aku letak zip...hehehe...

Khamis, 9 Julai 2009

Basketweave Pattern...;)



Aku belajar buat pattern ni melalui Youtube instructed by Teresa. Aku suka sangat tengok cara dia ajar orang buat crochet. Terang, jelas dan nyata. URL kat Youtube tu... http://www.youtube.com/watch?v=EWu2zXz8gdQ


Ini hasilnya bila dah siap. Tapi aku tak tahu nak letak kat mana lak sebab paten ni sesuai untuk buat scarf . Jadi aku crochet bahagian tepinya dan buat penutup mesin pembakar roti. Nampak cantik...hehehe