Memaparkan catatan dengan label I sew. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label I sew. Papar semua catatan

Ahad, 3 Ogos 2014

My First Baby Dress...

 Tahukah korang...berapa lamakah masa yang aku perlukan untuk crochet dress neh? Tiga bulan tuuuuu...ayyodeh...heh heh heh



 Aku ikut pattern neh untuk buat bahagian skirt... Dan aku tambah panjang skirt neh ikut kesesuaian baby aku by repeating the pattern...
Untuk bahagian badan, aku ikut pattern neh tapi aku tambah ikut besar badan baby aku...
 Kalau korang perhatikan betul2... pattern bahagian leher dress neh berbeza dengan yang bawahnya... Yang ni aku guna Antique Pineapple Stitch yang aku jumpa secara tak sengaja semasa mencari pattern untuk buat baby booties...Tak jadi pon baby booties yang aku buat tu sebab kecik...huh! Kalau korang nak tengok link dia...kat sini ekkk...
http://hubpages.com/hub/Crochet-Baby-Shoes-Free-Pattern

Aku sangat2 sukakan stitch tuh... jadi aku abadikan kat bahagian leher dress neh. So unique and so easy to crochet. Ni ada satu lagi link untuk gambaran yang jelas sket tentang stitch neh...
http://freevintagecrochet.com/how-to-crochet/pineapple-stitch


 Butang cute yang aku jumpa kat kedai jahitan di tempat aku. Ok laaa...mungkin korang dah pernah jumpa yang lagi cute kan... Duduk kat kampung neh... susah nak carik benda2 cute camni tau...hahaha!



Wallah!,,,, Next project tatau lagi la nak wat ape...ekeke...

Sabtu, 2 Ogos 2014

Mesin Jahit Tepi Singer Model 14N655...

Ok...baru dapat beli mesin jahit tepi ni tahun lepas. Tapi baru nak berjinak2 menggunakannya tahun ni sebab tahun lepas aku pregnant...hahaha...

Gambar2 ni aku ambil supaya aku tak lupa setting asalnya. Mana la tau...tangan aku neh boleh tahan jugak...suka pomen sana sini...wakaka...

Tahun ni aku guna mesin jahit tepi ni untuk buat baju raya anak2 dara aku...ekeke. Seronok wehhhh...







Jumaat, 19 Oktober 2012

Seluar Dan Invisible Zipper...

Mmmm... tak ada mood nak bercrochet sejak kakak kesayangan aku telah pergi buat selama-lamanya sebulan lepas. She was my sifu in crochet. Al-Fatihah... 

Ini adalah projek raya Aidilfitri haritu. Aku telah berjaya belajar cara2 nak jahit seluar baju melayu dengan pinggang getah yang penuh di bahagian belakang. Tak la begitu susah rupanya... ;)
Dan dalam waktu yang sama, aku tanya cikgu jahit aku cara2 nak jahit seluar wanita. Lebih kurang sama caranya dengan seluar baju melayu cuma aku terjumpa pulak the best part about zip... Invinsible zipper yang best sangat untuk dijahit. Seluar wanita ni aku jahit guna zip tu. Sweet! Tak perlu nak buat flies...easy and simple...

Ramai yang dah tahu pasal invisible zipper ni, kan? Aku baru tahu jek masa sibuk menggoogling sana sini. Gambar kat sebelah tu adalah invisible zipper yang aku rembat dari google images. Hanya sebagai nota untuk diri aku la...kot2 aku terlupa lak cemana rupa zip tu nanti. Lepas tu aku terjumpa this awesome video yang buat tutorial on how to sew this invisible zipper. Link dia kat sini...


Senang nak ikut dan tak perlu tapak zip yang khas untuk jahit zip jenis ni... Next, nak belajar jahit simple blouse...;)

Khamis, 17 Mei 2012

Seluar Slack...

 Tak sangka aku dah boleh jahit seluar slack neh...heh heh heh. Dah 2 minggu siap tapi aku tak berani nak letakkan kat dalam blog aku neh sebab belum tunjuk pada cikgu jahit aku...wakaka.








Aku buat ukuran ikut saiz anak bujang aku. Banyak step nak kene buat tapi sangat seronok.

Sekarang aku tengah belajar buat seluar baju melayu dengan getah di bahagian belakang pulak. Ikut pada apa yang cikgu aku cakapkan tadi...errrmmm...agak susah...haiyyoh! Tapi takpela...cikgu aku akan menunaikan umrah minggu depan. So, kelas jahit aku akan ditunda selama 3 minggu. Within that period, aku nak cuba siapkan projek crochet aku lak...hehehe...

Khamis, 29 Mac 2012

Projek Jahitan...;D

Well, kelas jahitan aku sedang ditangguhkan selama sebulan. Cikgu aku bercuti...huhuhu. Terbengkalai sementara pelajaran aku untuk buat seluar slack... Tapi tadappa laaaa... aku proceed dengan to-do-list aku untuk bahagian sewing...ekeke...
Baju melayu butang lima untuk anak bujang aku...hehehe. Ni untuk sekolah agama rakyat la... Aku telah berjaya mendapatkan ukuran yang sesuai untuk kolar dan saiz baju dia...yeay!

Aku gunakan pola seluar slack yang aku tengah belajar sekarang untuk jahit seluar neh. Untuk pingggangnya, aku jahitkan getah jek sebab aku masih belum habis belajar untuk jahit zip...harharhar

Dan kain sampingnya yang aku cuba buat ikut ukuran kain samping lama anak aku...

Lepas neh...buat projek crochet lak...;D

Sabtu, 14 Januari 2012

Baju Kurung Pesak Gantung...

Rasa besalah sebab dah lama tak update blog...wakaka. Ok, pardon me sebab gambar yang kurang memuaskan neh. Aku tukar handphone dengan suami aku yang nyatanya camera dia sungguh tak best...huhuhuuuu...

Baju kurung pesak gantung... serius aku tatau wujudnya baju kurung jenis neh sampai la aku nampak kakak aku pakai. Cantik gak sebab dia kembang kat bahagian bawah dan nampak macam ada pinggang. Lepas googling... aku jumpa cara nak buat baju kurung neh kat sini...
http://homesolehah.blogspot.com/2008/12/nota-baju-kurung-pesak-gantung.html. Kalau nak cuba buat, buleh jek refer kat situ. Tapi bagi aku yang baru je nak berjinak2 dengan mesin jahit...(hehehe)... terpaksa la aku tanya cikgu jahit aku...ekekeke... Tu versi baju kurung pesak gantung aku...

Lepas dah siap buat, baru la aku tahu kat mana bezanya dengan baju kurung biasa tu... pesak dan kekeknya bercantum dan tergantung kat bahagian pinggang. Untuk bahagian kain, aku buat cara yang sama dengan baju kurung biasa tapi kakak aku kata lebih cantik kalau buat kain jenis lipat batik.... Huuuuu...tengah belajar la neh...wakaka....




p/s: projek crochet is otw... besar sangat sampai sakit tangan den nak kait...huhuhuuuuu

Rabu, 14 September 2011

Baju Melayu Cekak Musang...Hehehe...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin untuk korang semua. Lama wehhh aku tak update blog aku neh...muahaha.

Sebelum raya haritu, sempat jugak la aku belajar cara nak jahit baju melayu cekak musang butang 5 ni dari cikgu kelas jahit aku. Khas untuk suami terchenta...hehehe. Tak la perrrrfect macam kat butik tu tapi baju tu aku jahit dengan penuh kasih-sayang...hahaha...

Bagi korang yang nak cuba jahit baju melayu cekak musang neh, sila ke blog Sebatang Jarum Emas untuk download pdf format tutorial ekkk... Terima kasih tak terhingga untuk yang empunya blog. Mungkin boleh bagi gambaran kat korang tentang alatan jahitan, cara2...etc. Tapi aku nasihatkan korang yang baru berjinak2 dengan mesin jahit gittew untuk dapatkan khidmat tunjuk ajar daripada seseorang yang teror. Takut tersilap langkah, rugi kain wehhh...hehehe...

Bila dah pandai buat baju melayu cekak musang butang 5, boleh la cuba jahit baju melayu kolar manderin yang butangnya cuma 3 sahaja...hehehe. Ok, done! Lepas ni aku nak belajar jahit baju lain lak...wakaka...

Isnin, 11 Julai 2011

Great And Fun Tute...

Jom share tutorial2 neh...easy, cheap and sooo fun to make...hehehe

Jar Pincushion... yang susahnya nak buat jar pincushion neh hanyalah cara nak tebuk lubang kat penutupnya. Nyaris tak 'makan' tangan tuh. Ok la...tu versi aku yang tak berapa nak pandai la... Aku guna botol mayonis size terbesar...ekeke. Dalam botol tu aku isi zip2 kain yang akan aku gunakan tak lama lagi. Tutorial dia ada banyak tapi aku ikut yang ni... kat sini... http://thecottagehome.blogspot.com/2010/01/mason-jar-pin-cushion-tutorial.html


Muahaha...macam kenal jek ropa bentuk kain yang aku guna untuk buat Box Pouch neh,kan? Yolah...aku guna lebihan kain buat beg haritu. Untuk zip dia...aku buat ke tepi sket...taknak kat tengah2. Dan aku gunakan 2 keping zip yang saiznya pendek. Mmmm...ntah...takde sebab yang konkrit pun cuma aku suka camtu...hehehe. Tutorial untuk projek neh aku amek kat sini... http://modernquiltlove.wordpress.com/2009/07/14/perfect-box-pouch-tutorial/


Dan ini adalah baju kurung aku yang pertama. Errr...actually, yang ke 3 tapi the first two tu...satu aku buat ikut tutorial kat dalam internet. So, main buat je la. Yang lagi satu tu, mak mentua aku yang ajar. Dan yang ni, aku belajar dengan cikgu jahitan aku. Belajar teknik dan cara yang betul la neh...hehehe. Aku guna kain cotton murah jek untuk percubaan aku. But then, it turned out to be just ok...hehehe






Kerana kelas jahitan yang ala2 chipsmore gittew, aku belajar buat jahitan karipap dan 'rumah butang' kat sini... http://senijahitan.com/blog/video-seni-tikaman-leher-siri-1-2-jahitan-karipap/

Dan sekarang aku tengah belajar buat baju melayu... yiiihhhaaaaa....hehehe...

Projek crochet lak is on the way...ekeke

Khamis, 21 April 2011

I'm Stitching And Sewing...

I'm cross stitching...

Learn how to do Hand Embroidery Line Stitches & Bands... Aku jumpa site neh yang sangat2 terujakan aku. Macam2 tutorial tentang stitching aku jumpa kat sini including videos to show you 'How To'... Here's the link... http://www.needlenthread.com/ . Bagi korang yang minat dengan stitching dan beginner macam aku, try explore this site. Amazing site that is!

And finishing my sewing lesson on baju kurung moden. Tu baju kurung moden aku yang pertama la tuh...wakaka. Tak la cantik tapi aku tengah belajar la neh...ekeke

Ahad, 3 April 2011

Sewing Bags...

Hehehe...entry aku kali ni takde sangkut-paut langsung dengan crochet. Saje nak share apa yang aku buat sejak belajar menjahit...;D



Aku dapat tutorial untuk buat shoulder bag ni dari sini... http://tinyhappy.typepad.com/tiny_happy/2006/06/shoulder_bag_tu.html. Excited gile bila shoulder bag ni dah siap. Terus aku bawak jenjalan ke Pantai Remis haritu...wakaka. Bahagian dalamnya aku buatkan satu poket dan guna kain interfacing jenis keras sket tuh...



Tote bag ni lak aku buat lepas dah tahu cara buat shoulder bag tuh. Cara yang sama cuma bentuk je yang berbeza. Aku guna fabrik yang sama sebab terbeli banyak lak haritu...hehehe. Bahagian dalamnya aku letakkan jugak kain interfacing dan 2 poket...hehehe...

Dan untuk menghabiskan kain tu, aku buatkan lagi pyramid bag neh untuk dihadiahkan kepada anak sedara aku. Done!

Selasa, 22 Mac 2011

Pyramid Bag...Sew And Crochet...

Salam bersiaran kembali...wakaka. Rasanya aku nak tambah satu label untuk aktiviti menjahit aku yang tak berapa sangat neh...ekeke. Masa jenjalan kat alam maya, aku tergoogle pasal pyramid bag ni yang pada mata kasar aku...sangat menarik! Berkobar-kobar di jiwa aku nak share kat blog...hihihi. Ini cubaan aku versi guna mesin jahit. Kain aku guna perca kain langsir yang agak tebal. Kira orait la tuh...hehehe



Bila dah tahu cara nak buat, aku cuba versi crochet lak...tadaaaaaaaa!!!





Dengan zip terbuka...








Kali ni aku tak guna benang 4 ply tapi aku guna benang yang orang buat untuk jahit jala tu...harharhar. Sangat keras, tebal, licin dan aku sukakan hasilnya! Mungkin kerana benang ni keras, jadi hasil kaitan aku nampak kemas...ekeke...

Aku guna pattern tiffany block yang pernah aku perkenalkan dulu masa buat sarung kusyen...;). Sungguh aku suka pattern ni...



Akhir sekali, pandangan sisi... Lupa lak... untuk tutorial pyramid bag neh, korang boleh baca kat SINI ye...