Jumaat, 19 Oktober 2012

Seluar Dan Invisible Zipper...

Mmmm... tak ada mood nak bercrochet sejak kakak kesayangan aku telah pergi buat selama-lamanya sebulan lepas. She was my sifu in crochet. Al-Fatihah... 

Ini adalah projek raya Aidilfitri haritu. Aku telah berjaya belajar cara2 nak jahit seluar baju melayu dengan pinggang getah yang penuh di bahagian belakang. Tak la begitu susah rupanya... ;)
Dan dalam waktu yang sama, aku tanya cikgu jahit aku cara2 nak jahit seluar wanita. Lebih kurang sama caranya dengan seluar baju melayu cuma aku terjumpa pulak the best part about zip... Invinsible zipper yang best sangat untuk dijahit. Seluar wanita ni aku jahit guna zip tu. Sweet! Tak perlu nak buat flies...easy and simple...

Ramai yang dah tahu pasal invisible zipper ni, kan? Aku baru tahu jek masa sibuk menggoogling sana sini. Gambar kat sebelah tu adalah invisible zipper yang aku rembat dari google images. Hanya sebagai nota untuk diri aku la...kot2 aku terlupa lak cemana rupa zip tu nanti. Lepas tu aku terjumpa this awesome video yang buat tutorial on how to sew this invisible zipper. Link dia kat sini...


Senang nak ikut dan tak perlu tapak zip yang khas untuk jahit zip jenis ni... Next, nak belajar jahit simple blouse...;)

2 ulasan:

therosputih berkata...

kak lela...takziah...alfatihah untuk arwah...=(

Sulela berkata...

Terima kasih, 'ain...