Memaparkan catatan dengan label granny square. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label granny square. Papar semua catatan

Khamis, 15 September 2011

Bullion Grannies...

Bullion Stitch... tak dapat nak cakap la cemana sukanya aku dengan stitch neh...hehehe. Tempoh hari aku dah post tentang crochet bullion flower, jugak bullion stitch dalam projek embroidery aku. Kali ni aku abadikan dalam bentuk granny squares lak...yiihhaaa...

Aku jumpa paten2 neh secara tak sengaja sebenarnya. Kusyuk membaca blog Dana Beach yang crochet A Granny A Day untuk 365 hari. Interesting sungguh blog beliau. Kat situ la dia sharekan link free pattern untuk grannies neh...

Posie... Patennya boleh dapat kat sini. Kalau gunakan crochet hook jek, susah jugak bagi aku nak buat bullion stitch tu. Jadi aku ikut cara Theresa. Berkesan gittew...

April Dawn... paten boleh jumpa kat sini. Sangat menarik dan aku sedang usahakan untuk buat satu projek guna granny neh...

Lacy Bullion Heart...paten untuk ni boleh dapat kat sini.

Tapi aku buat versi aku lak. Kat dalam gambar tu adalah bentuk hati yang kita kena crochet dulu. Mengikut patennya, bentuk hati tu perlu dijahit ke atas granny square yang dicrochet secara berasingan. Tapi aku terus buat tali air ikut belakang bullion stitch yang dah siap tu dan crochet cara traditional granny square as I go along.

Lepas ni nak buat projek crochet lak...ekekeke

Ahad, 8 Mei 2011

Grannies Again...

Aku masih belum mulakan sebarang projek buat masa ni. Jadi aku hanya cuba crochet beberapa granny squares yang ada dalam to-do-list aku...hehehe...


Pattern for this stunning sunflower square can be found here. Ntah la...nak buat projek apa ek guna sunflower square neh? hahaha...






Pattern ni lak aku jumpa kat sini. Zinnia Square... Nice...hehehe








Pattern ni lak aku jumpa kat sini. Pattern ni untuk buat cover pillow sebenarnya... Copenhagen Pillow. Cantik gak...hehehe








Kaleidoscope blossom... Pattern boleh tengok kat sini... Saiznya agak besar... Buat afghan ok la kot...hmmmm...







And last but not least, Four Way Coaster by Doni Speigle... Aku hanya ada pdf pattern untuk square ni.Cara nak buat, sama la kalau korang nak buat tapestry crochet. Nice but too small... hehehe...




Till then... banyak nota jahitan yang aku nak kene buat neh...adoi laaaa...

Jumaat, 22 Oktober 2010

African Flower...

Aku tahu aku musti cuba buat African Flower neh selepas ternampak paten dia kat SINI. Mula la otak aku rancak berfikir, apa yang patut aku buat ngan paten neh...hehehe. Gambar di atas adalah African Flower yang aku cuba buat tadi. Altogether 6 petals... Tapi aku prefer bentuknya macam granny squares yang aku cintai itu...hahaha. Takde hal la...google lagi kat dalam internet...hehehe

Perrrggghhhh!!! Terjumpa lak this 8 petals of African Flower...wahaha. Really love it! Pattern can be found HERE. Yang paling aku salute sekali pada si pereka paten neh... she turned this lovely African Flower into a square...yiiihhhaaaa.... Like my dream had come true...hihihi...

Ini African Flower in square yang aku cuba buat tadi. Uuuhhhh... aku kene siapkan 1 more set of alas kerusi untuk kak Inna. Lepas tu aku nak guna paten neh untuk create something...chow...hehehe

Rabu, 14 Julai 2010

Log Cabin Crochet...

Sekarang aku tengah menyiapkan projek aku menggunakan paten granny squares. I really love granny squares. Easy to crochet and so much easier for me to turn it into a simple yet adorable projects...hehehe...

Dalam sibuk2 mencari paten di internet, aku ternampak paten log cabin neh. Puaslah sudah aku mencari kot2 ada la free pattern yang boleh aku ikut. But noooo...huhuhuuu... Di laman web Lion Brand Yarn ada la free pattern untuk buat log cabin neh tapi guna single crochet lak dalam pdf format. Aku nak pattern yang lebih kepada granny squares. Cari punya cari, aku jumpa jugak... Korang google images kalau nak tengok ekkk...hehehe. Cantik gile afghan yang dia buat guna pattern log cabin neh... tapi takde free instruction...huhuhuuu...

Setelah beberapa hari memerah otak dengan melihat afghan yang dah siap tu, akhirnya aku berjaya jugak mengait pattern yang membuatkan aku tak tido malam neh. Itu kombinasi warna yang aku main rembat jek masa nak try buat tu. Kalau kene dengan kombinasi warnanya, perggghhhh!!! Jadi, aku nak gabungkan paten log cabin neh dengan projek aku sekarang...wakaka...

Isnin, 24 Mei 2010

More Grannies To Share...

Buat masa ni aku masih belum mulakan sebarang projek crochet aku. Jadi, aku perkenalkan dulu gambar granny squares yang ada dalam simpanan aku. Hmmm...aku dah fikirkan projek apa yang aku nak buat nanti dengan grannies ni tapi masa masih belum mengizinkan...huhuhu...

Framed Afghan Square...

Mula-mula baca paten untuk granny neh, rasa macam susah jugak. Tapi bila dah buat dan faham arahan dia, rupanya senang jek...hehehe... Paten yang simple untuk projek yang simple juga...



Granny Square Pucker Purse...

Granny neh sebenarnya untuk buat purse. Bila difikirkan balik, aku neh jenis yang tak pakai purse. Jadi, aku terfikir untuk guna granny neh untuk buat projek lain. Aku sangat sukakan patennya. Tak sabar nak mulakan projek aku guna granny ni tapiiii...kene tunggu giliran la. 'To-do' list aku panjang suda...wakaka


Cluster Flower Afghan Square...

Paten neh aku dah pernah guna untuk buat crochet bag...ekeke. Tapi aku masih berkira-kira untuk buat satu projek guna granny neh... Cantik, bukan? hehehe



Puff Flower Afghan Square...

Link untuk pattern ni sama dengan link untuk pattern kat atas. Aku dah pernah guna untuk buat bearghan haritu tapi warnanya tak berapa menyerlah sebab bearghan tu besar...hehehe



Flower Granny Square...by Ambar E.Alcala

Aku dah lupa kat mana aku dapat pattern ni...huhuhu. Granny ni kecil tapi cantik. Betul2 nampak macam bunga yang diapit dengan daun... Sebenarnya pattern neh sama dengan traditional granny square, cuma warnanya fixed dan rownya hanya 3 jek...hehehe

Selasa, 4 Mei 2010

Frilly Granny Square...

Wow!!! Itu yang mulut aku cakap masa mula-mula nampak Frilly Granny Square neh kat Youtube. Macam biasa, aku sangat suka follow tutorial by Teresa. Boleh refer kat SINI bagi sesiapa yang nak cuba buat...;)

Aku sangat sukakan granny squares. Seboleh mungkin aku nak cuba crochet mana-mana granny squares yang menarik minat aku...

Untuk frilly neh, aku dah dapat idea nak buat apa... Kene tunggu la...aku agak sibuk sekarang neh...heh heh heh

Selasa, 23 Februari 2010

Granny Spiral...

Projek aku baru siap 30% jek. Aku mudah bosan bila crochet benda yang saiznya besar...wakaka. Jadi, aku luangkan masa mencari paten baru di internet...hehehe...

Aku terjumpa paten Granny Spiral neh. Agak menarik pada pandangan mata aku dan aku sudah berkira-kira untuk masukkan dalam 'to-do-list' aku...harharhar. Pengsan la...semua nak dibuat neh... One step at a time la bak kata omputeh. Kumpul paten banyak-banyak, kemudian baru la fikirkan projek apa yang paling best untuk dibuat...kan kan kannnn...ekekeke. Ni saje la nak share ngan korang...huhuhu...

Selasa, 19 Januari 2010

Lacy Flower...


Hehehe...sejak habis buat seraphina shawl untuk mak aku haritu, aku stop crocheting kejap. Saje lepak2 kat rumah dan bercampur dengan orang2 kampung. Semangat kejiranan yang wujud dalam diri masing2 amat mengharukan aku.

Sebelum ni aku penah google pattern neh kat dalam internet. Aku print cara nak buat lacy flower neh dan simpan dalam file aku. Malam kelmarin baru aku cuba buat dan itulah hasilnya... Menarik. Sepatutnya aku kene buat 20 keping dan sambungkan. Lepas tu baru nampak bentuk bunga dia. Ni kira aku teruja la nak perkenalkan paten ni kat sini...wakaka. Tadappaaaa...boleh refer kat SINI kalau nak tengok gambar yang dah siap. Aku ingat nak buat alas meja. Dah siap nanti baru aku tempek gambar...hehehe. Mungkin amek masa gak untuk aku siapkan. Wa manyak busy loooo....ekekekeke

Isnin, 23 November 2009

Cluster Flower Afghan Square...

Ini projek terakhir aku sebelum balik KL Raya Haji neh. Request by adik ipar aku yang nakkan aku gabungkan warna putih dan maroon. Gabungan warna yang menarik pada pandangan aku...hehehe. Aku dah jemu guna pattern tradisional granny square. Jadi aku google kat tenet dan jumpa pattern neh.

Pattern ni aku dapat kat SINI... Bahagian tengahnya nampak macam bintang...perrrgghhh!!!

Ni pandangan dari dekat...





Ini hasil beg yang aku buat. Masih mengekalkan bentuk yang sama by request. Len kali aku nak cuba kait beg jenis lain lak...ekekeke...

Jumaat, 13 November 2009

MaryEllen's Easy Daisy Granny Square...

Aku rasa amat seronok masa petama kali terlihat daisy granny square ni masa aku google images. Sejak tu aku berusaha mencari cara-cara ianya dibuat. Mesti la free pattern punya...hehehe. Lepas tu aku terjumpa kat blog Mary Ellen ni. Terus aku ikut step by step cara-caranya menggunakan lebihan-lebihan benang yang ada dalam simpanan aku. Excited betul!...hehehe



Aku teringatkan projek beg yang sedang aku usahakan sekarang neh dan aku cuba sesuaikan pattern ni mengikut permintaan warna. Kakak aku minta aku gabungkan warna oren pekat dengan warna peach. Hmmmm...aku mengaku, gabungan warna2 ni memang menarik! Kadang-kadang aku terfikir...setiap orang punyai pandangan yang berbeza terhadap warna dan disebabkan keunikan itu, aku sendiri peroleh sedikit ilmu dalam penyesuaian warna...hehehe



Dan untuk bahagian tepi dan bahagian bawah beg tersebut, aku sambungkan dengan tradisional granny square sebab aku tak mahu kelopak bunga yang bewarna putih tu rosak atau kotor...




Dan inilah hasilnya. Bentuk masih sama dengan beg2 yang aku pernah kait sebelum ni atas permintaan kakak aku sendiri cuma patternnya aku tukarkan....

Dan aku selitkan tali dengan 2 kuntum bunga kat kedua-dua belah bahagian tepi beg tu. Ikut suka la nak laraskan besar mana bahagian tepi beg tu. Di bahagian tengah bunganya aku letakkan manik....hehehe....

Siap! Ada lagi satu projek beg dan kali ni juga aku nak gunakan pattern yang berlainan. Aku jemu la kait pattern yang sama jek...wakakaka....

Selasa, 8 September 2009

Wool Eater by Sarahlondon...

Aku terjatuh suka pada paten ni pertama kali aku nampak kat SINI... Jadi aku cuba buat, ikut step by step instruction yang ditulis oleh penulis wordpress ni.

Permulaannya, aku agak kekok sikit sebab paten ni menggunakan teknik tripple crochet, backpost, single crochet dan slip stitch. Aku start belajar buat dari lepas Isyak sampai la ke pukul 12.00 tengah malam. Tapi bila dah dapat tangkap cara dia, aku rasa seronok nak buat. Yang lebih menyeronokkan, aku boleh guna lebihan benang yang banyak terdapat dalam simpanan aku. Paten ni sesuai dibuat blanket, as suggested by the owner of this pattern. Sila jenguk ke http://sarahlondon.wordpress.com untuk melihat hasil kreativiti beliau. Memang cantik!


Ini hasil wool eater aku yang masih belum siap sebab aku masih belum fikirkan apa yang aku nak buat dengan paten ni. Tapi for sure la aku tak buat blanket. Cuaca panas neh, nak pakai blanket apanya plak...harharhar

Khamis, 28 Mei 2009

My first Granny Squares...

Aku google tentang benda yang bernama "Kait Jarum Satu' ni. Dan nasib aku memang baik, rupa-rupanya dekat dalam Youtube ada banyak video yang menunjukkan cara untuk buat benda ni. Aku follow step by step video yang di postkan oleh seorang user bernama Bethintx1. Cara dia ajar memang best. Senang nak faham dan dia tunjukkan slow motion setiap kaitan benang yang difikirkan akan mengelirukan orang macam aku. Aku suka dengar dia bercakap. Suara dia unik.

Aku cuba ikut setiap apa yang dia ajar. Dan inilah hasilnya...


Dan aku sambungkan buat beg untuk anak aku...hehehe...