Aku rasa amat seronok masa petama kali terlihat daisy granny square ni masa aku google images. Sejak tu aku berusaha mencari cara-cara ianya dibuat. Mesti la free pattern punya...hehehe. Lepas tu aku terjumpa kat blog Mary Ellen ni. Terus aku ikut step by step cara-caranya menggunakan lebihan-lebihan benang yang ada dalam simpanan aku. Excited betul!...hehehe
Aku teringatkan projek beg yang sedang aku usahakan sekarang neh dan aku cuba sesuaikan pattern ni mengikut permintaan warna. Kakak aku minta aku gabungkan warna oren pekat dengan warna peach. Hmmmm...aku mengaku, gabungan warna2 ni memang menarik! Kadang-kadang aku terfikir...setiap orang punyai pandangan yang berbeza terhadap warna dan disebabkan keunikan itu, aku sendiri peroleh sedikit ilmu dalam penyesuaian warna...hehehe
Dan untuk bahagian tepi dan bahagian bawah beg tersebut, aku sambungkan dengan tradisional granny square sebab aku tak mahu kelopak bunga yang bewarna putih tu rosak atau kotor...
Dan inilah hasilnya. Bentuk masih sama dengan beg2 yang aku pernah kait sebelum ni atas permintaan kakak aku sendiri cuma patternnya aku tukarkan....
Dan aku selitkan tali dengan 2 kuntum bunga kat kedua-dua belah bahagian tepi beg tu. Ikut suka la nak laraskan besar mana bahagian tepi beg tu. Di bahagian tengah bunganya aku letakkan manik....hehehe....
Siap! Ada lagi satu projek beg dan kali ni juga aku nak gunakan pattern yang berlainan. Aku jemu la kait pattern yang sama jek...wakakaka....
8 ulasan:
weh lawa la kaler tu mengancam...
Kan...ekekeke. Mata akupun rasa terancam masa kait beg tu...wakakaka. Tapi betul kan Mamai...cantik wana dia...hehehe
comey la warna tu...tapi tentu jenih nak habiskan mengait kan..silau!!hehehe
Fizah...ekekeke. Betol la tu. Kene kait kat tempat yang redup jek...harharhar
waa.. pandainye.. teringin nak buat.. tapi memng jari2 ni keras.. takda seni. heheheh..
-fizA-, terima kasih sebab sudi singgah sini. Saya masih belajar...hehehe...
cantik !
cuma sy tak konfiden pakai warna terang .
Akudo, akupun rasa cuak pakai wana2 terang. Tambah2 kalau jenis yang ada bling bling gittew...ekekekeke...
Catat Ulasan