Memaparkan catatan dengan label motif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motif. Papar semua catatan

Ahad, 14 Januari 2018

Crochet Alas Meja...Projek Yang Lama Terbengkalai...

Lama dah aku mulakan projek buat alas meja ni. Aku dah pernah post pasal pattern ni cuma aku tukar warna dia je. Sebelum ni aku buat satu warna...pink cair. Yang ni aku buat pink pekat dan kelabu. Aku guna benang halus Minlon Polly dengan saiz jarum 1.3mm. Saiz jarum kesukaan aku bila buat projek guna benang halus.

 Siap dah alas meja enam kerusi aku. Alhamdulillah...
Tapi aku rasa sangat terkilan pasal warna benang ni. Untuk menyiapkan projek alas meja ni aku gunakan tiga jenis warna benang pink yang berbeza dan dijual dengan nombor benang yang sama. Warna kelabu tu pon sama. Aku guna dua jenis wana benang kelabu yang sedikit berbeza warnanya yang dijual dengan nombor benang yang sama. Kenapa ekkk??

Mungkin sekali imbas tak perasan sangat perbezaan warnanya tu tapi aku hairan kenapa camni? Sebagai crocheter yang juga menggunakan benang bulu kambing.. aku hadapi masalah yang sama jugak. Nombor sama tapi warna berbeza. Sangat frust bila jadi camni.
Kalau korang tengok bebetul...bahagian first row dari bawah tu nampak perbezaan warna benang dia. Ini salah satu sebab kenapa projek alas meja aku ni terbengkalai. Last sekali aku redho...guna ajelah benang yang ada. Aku cuba selang-selikan agar tak berapa ketara di pandangan. Sebuku benang Minlon Polly ni RM8.50 tau...Aduhaiii...












Bagi yang nak cuba buat pattern neh... aku sekalikan pattern dia. Aku sangat-sangat sukakan pattern ni. Korang sendiri akan tahu kenapa bila korang dah cuba buat nanti..

Next project...tunggu nak beli benang dulu... ekekekeke












Sabtu, 4 Februari 2012

Spiral Doily...

Ini projek yang sedang aku usahakan sekarang...huhuhuuuu. Terlalu besar sampai aku tak cukup masa nak siapkan. Jadi aku perkenalkan dulu motif yang aku guna neh...

Spiral Doily... satu motif yang sangat2 menarik untuk dicuba. Bagi aku, motif neh perfect. Doily ni tak besar. Lebih kurang 14sm jek. Untuk siapkan satu doily ni, aku perlukan masa lebih kurang 2 jam...warrrggghhh!!! For your information, this doily crocheted in a continual round. Jadi kene kira dengan berhati2 ye puan2. Yang aku suka, aku tak perlu buat single crochet pada round terakhir sebab semuanya included. You'll know what I meant when you try making it!

Aku terjumpa paten neh masa sedang google images. Mungkin korang pernah nampak. Patutnya paten ni bersambung2 dan terdiri daripada 2 motifs...but I edited it to show you the main motif. Sweet!



p/s: bila la projek neh buleh siap ekkk...hehehe

Selasa, 25 Januari 2011

Motifs To Share...


This motif is called Pineapple Square. Hmmmm... pattern neh aku dapat kat Celt's Vintage Crochet site tapi too bad...lepas google baru aku dapat tahu site tu dah close pulak...sayangnyaaa... huhuhu





Motif yang ni aku dapat dari SINI. Link dia memang aku ada letak kat bahagian free patterns dalam blog aku...hehehe







Yang ni pun sama jugak. Pattern aku jumpa kat SINI. Banyak free patterns menarik ada kat link tu...hehehe...







Pattern neh nama dia Governor's Lady Crochet for tables actually...wakaka. Rasanya kalau buat table runner neh, cantik la kot... Tapi link tu kalau korang nak beli pattern dia la sebab site untuk free pattern dah ditutup...huhuhu...




Hmmmm...let see... pattern mana yang aku nak guna untuk buat alas meja aku neh...

Jumaat, 17 Disember 2010

Pinwheel Tablecloth Motif...

Motif neh dah lama aku cari sebenarnya. Baru semalam aku jumpa cara nak buat...hehehe. Aku rasa tertarik dengan pusaran pinwheel tu sejak ternampak kat dalam blog orang ramai yang aku terjah. Tak susah pun. Boleh refer kat SINI kalau nak cuba buat ekkk. Aku memang nak buat projek guna motif neh tapi kene hold dulu la. Banyaknya yang aku nak kene buat neh...wakakaka

Ahad, 26 September 2010

My First Crochet...

Rasanya setiap orang punya pengalaman yang berbeza masa mula2 belajar buat crochet, kan? hehehe. Yang aku tak boleh lupakan apabila aku diketawakan oleh bekas bos aku bila dia melihat cara aku pegang crochet hook. Katanya aku pegang jarum tu macam pegang cangkul. Beberapa bulan lepas, aku google tentang crochet hook neh. Pehhhh...terjumpa lak cara omputeh pegang crochet hook. Refer kat sini ye... http://www.wikihow.com/Hold-a-Crochet-Hook . Di situ tertulis 2 cara memegang crochet hook neh. Cara pertama, pencil method dan cara kedua, knife method. Dan aku selesa pegang crochet hook tu cara kedua, iaitu cara knife method... Tak salah la cara aku tu kannnn...ekeke. Kekok tangan aku masa cuba first method...wakaka...

Ini paten pertama yang berjaya aku kait lepas belajar dengan kakak aku beberapa tahun dahulu. Sungguh aku tak tahu apa yang aku kait masa tu. 100% aku hanya ikut apa yang kakak aku suruh aku buat...harharhar... Jadi, aku buat alas tv guna paten neh.

Hari raya beberapa tahun yang lepas, ramai sepupu suami aku datang ke rumah. Salah seorang daripada mereka memang master la dalam buat crochet neh. Dia tegur aku, katanya alas tv aku tu aku letak terbalik. Hmmmm...





Boleh tak korang nampak perbezaan antara kedua2 gambar neh? Sepupu suami aku kata gambar pertama tu adalah cara yang betul dan gambar kedua tu dah kira terbalik. Dan kakak aku kata pulak, gambar kedua adalah cara yang betul dan gambar pertama tu lak yang terbalik. Jadi, aku google jugak pasal benda neh. Dan aku dah jumpa jawapannya.

Biasa tak korang baca 'right side' dan 'wrong side' masa baca crochet instruction? Itulah maksud dia... Gambar pertama tu adalah 'right side' dan gambar kedua tu adalah 'wrong side'. Tapi itu semua based on what we see. Kalau nampak yang 'right side' tu cantik, kita guna yang 'right side' tu dan kalau nampak yang 'wrong side' tu cantik, kita gunakan aje. Tak ada salahnya. Itu pendapat2 yang aku baca masa google pasal benda neh. Dan sungguh kakak aku tetap menyatakan yang 'wrong side' tu lebih cantik sebab aku nampak semua alas kat rumah dia diletakkan cara terbalik masa aku beraya kat rumah dia hari raya lepas...ekekeke.


Projek aku sekarang neh, aku tengah siapkan beberapa keping lagi Rising Sun Doily ni untuk Kak Ina. Yang ni aku dah siapkan masa bulan puasa haritu. Projek lain aku hold dulu...hehehehe ;)





Jumaat, 27 November 2009

Aku Jumpa Paten Neh...Hehehe...

Aku jumpa paten-paten yang menarik neh semasa sedang seronok menggoogle. Jadi, aku give it a try. Cantek gak. Buleh la aku bagi kat kakak aku esok...wakakaka... Aku sedang berkira-kira untuk gunakan paten-paten neh dalam my next project. Tungguuuuu...muahahaha. Paten-paten neh aku dapat kat tempat yang sama... SINI . Jom try test buat...ekekeke







Khamis, 5 November 2009

Bloem Patroon Flower...

Eheh...aku agak sibuk kebelakangan ni dengan projek2 beg yang akan aku bawak balik KL hujung bulan 11 ni nanti. Satu dah siap, dan aku dah hantar by post. Jenis yang sama seperti yang aku dah tunjukkan sebelum neh. Jadi, takyah la aku display...ekekeke. Lagi dua masih dalam progress. Jadi aku uploadkan pattern ni dahulu sementara aku nak siapkan projek aku tu. Kang tak siap kang, ada lak yang baling aku dengan kasut tumit tinggi...ahahaha.

Ni first time aku cuba kait pattern menggunakan gambarajah. Berpinau bijik mata mak, nyahhhh. Adoi la. Tapi kalau dah tahu caranya, aku rasa senang je nak buat...kan kan kannnn...ekekeke.



Gambar tu, versi aku. Ok la tu...ekekeke. Bila aku tenung2 balik dan compare gambarajah dengan gambar asal, sebenarnya line 4 tu terdouble. Patut skip line 4 tu. So, inilah projek aku lepas raya haji nanti...muahahaha... Ooopppssss...lupa lak. Pattern tu aku dapat kat SINI