Sunday, January 14, 2018

Crochet Alas Meja...Projek Yang Lama Terbengkalai...

Lama dah aku mulakan projek buat alas meja ni. Aku dah pernah post pasal pattern ni cuma aku tukar warna dia je. Sebelum ni aku buat satu warna...pink cair. Yang ni aku buat pink pekat dan kelabu. Aku guna benang halus Minlon Polly dengan saiz jarum 1.3mm. Saiz jarum kesukaan aku bila buat projek guna benang halus.

 Siap dah alas meja enam kerusi aku. Alhamdulillah...
Tapi aku rasa sangat terkilan pasal warna benang ni. Untuk menyiapkan projek alas meja ni aku gunakan tiga jenis warna benang pink yang berbeza dan dijual dengan nombor benang yang sama. Warna kelabu tu pon sama. Aku guna dua jenis wana benang kelabu yang sedikit berbeza warnanya yang dijual dengan nombor benang yang sama. Kenapa ekkk??

Mungkin sekali imbas tak perasan sangat perbezaan warnanya tu tapi aku hairan kenapa camni? Sebagai crocheter yang juga menggunakan benang bulu kambing.. aku hadapi masalah yang sama jugak. Nombor sama tapi warna berbeza. Sangat frust bila jadi camni.
Kalau korang tengok bebetul...bahagian first row dari bawah tu nampak perbezaan warna benang dia. Ini salah satu sebab kenapa projek alas meja aku ni terbengkalai. Last sekali aku redho...guna ajelah benang yang ada. Aku cuba selang-selikan agar tak berapa ketara di pandangan. Sebuku benang Minlon Polly ni RM8.50 tau...Aduhaiii...












Bagi yang nak cuba buat pattern neh... aku sekalikan pattern dia. Aku sangat-sangat sukakan pattern ni. Korang sendiri akan tahu kenapa bila korang dah cuba buat nanti..

Next project...tunggu nak beli benang dulu... ekekekeke












No comments: