Memaparkan catatan dengan label hat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hat. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Januari 2011

Easy Cool Crochet Cap...

Aku jumpa pattern untuk buat cap neh kat sini. Memang dah lama aku cari pattern untuk buat cap jenis macam ni. Banyak yang dah aku jumpa tapi bila dah siap, semuanya kecik macam cap untuk baby lak...huhuhu. Terpaksa la bukak balik...cheh.

Lepas dah cuba pattern neh, aku rasa sangat2 seronok. Aku boleh besarkan dan kecikkan saiznya ikut suka hati aku. Lepas tu aku panjangkan sket sebab nak lipatkan dia dan buat stripe putih.

Projek kali ni aku guna double yarn sebab aku nak cap aku neh tebal. Aku guna jarum kait saiz 4.5mm dan untuk bahagian lipatan cap tu aku guna jarum saiz 5.0mm. Anak lelaki akupun dah seronok menggayakan cap ni tadi tapi tanak gambarnya diambil...wakaka. Ok done! ;D

Khamis, 2 Disember 2010

Shell Beanie Hat...

Pertama kali ternampak paten shell beanie hat ni kat Youtube beberapa hari lepas, hati aku dah berkobar-kobar untuk cuba buat. Refer kat sini... http://www.youtube.com/watch?v=LfCjVZOxMgc . Tutorial by Teresa neh memang tak pernah menghampakan aku. Aku sangat sukakan shell stitch neh tapi tak pernah cuba cara nak buat. Tengok je corak yang terhasil tu... uhhhhh...I really love it! Tersusun dengan keindahannya yang tersendiri...wakaka...

Aku tak la follow 100% tutorial dalam video tu sebab aku yakin, beanie yang terhasil nanti musti kecil. Jadi, aku besarkan pada row ke 7. Dan hasilnya, memang muat la kepala aku...harharhar. Mulanya memang aku nak buat untuk aku pakai, tapi suami aku tegur lak. Dia kata warnanya terlalu garang untuk aku...hahaha. Sabar je la... Jadi aku akan hadiahkan untuk anak sedara aku nanti.

Terdetik lak nak letakkan bunga kat beanie tu. Jadi aku adaptasi (muahaha) springtime flower coaster tu kepada bentuk bunga. Aku follow 1st row dan olah 2nd row. Instead of dc, aku tukar kepada sc. Kemudia aku hanya chain 3 kat belakang dan sc, 2dc, 2tr, 1qc, 2tr, 2dc and 1sc sebanyak 6 kali untuk hasilkan kelopak tu. Simple jek. Kemudian aku letakkan manik di tengahnya...hehehe




So, this is my first beanie. Kira ok la tu...wakaka