Thursday, December 2, 2010

Shell Beanie Hat...

Pertama kali ternampak paten shell beanie hat ni kat Youtube beberapa hari lepas, hati aku dah berkobar-kobar untuk cuba buat. Refer kat sini... http://www.youtube.com/watch?v=LfCjVZOxMgc . Tutorial by Teresa neh memang tak pernah menghampakan aku. Aku sangat sukakan shell stitch neh tapi tak pernah cuba cara nak buat. Tengok je corak yang terhasil tu... uhhhhh...I really love it! Tersusun dengan keindahannya yang tersendiri...wakaka...

Aku tak la follow 100% tutorial dalam video tu sebab aku yakin, beanie yang terhasil nanti musti kecil. Jadi, aku besarkan pada row ke 7. Dan hasilnya, memang muat la kepala aku...harharhar. Mulanya memang aku nak buat untuk aku pakai, tapi suami aku tegur lak. Dia kata warnanya terlalu garang untuk aku...hahaha. Sabar je la... Jadi aku akan hadiahkan untuk anak sedara aku nanti.

Terdetik lak nak letakkan bunga kat beanie tu. Jadi aku adaptasi (muahaha) springtime flower coaster tu kepada bentuk bunga. Aku follow 1st row dan olah 2nd row. Instead of dc, aku tukar kepada sc. Kemudia aku hanya chain 3 kat belakang dan sc, 2dc, 2tr, 1qc, 2tr, 2dc and 1sc sebanyak 6 kali untuk hasilkan kelopak tu. Simple jek. Kemudian aku letakkan manik di tengahnya...hehehe




So, this is my first beanie. Kira ok la tu...wakaka

8 comments:

nonie said...

lela, x ada model ke? :)

Aku_tulip said...

su...cantik..sangat cantik...bole cuba ni

Sulela said...

Nonie, model2 kat rumah neh tanak mukanya masuk dalam internet...hahaha



Aku_tulip, cantik kannn...hahaha. Bila dah buat nanti, letak kat blog ekkk...hehehe

MamaDaniel said...

haha.. kalo yang cantik ni kena bagi kat orang.. kena la akak buat satu lagi.. utk diri sendiri.. hehe.. :D
bunga tu delicious la kak.. :)

therosputih said...

nak model nak model!!! hahaha...nice lah...tak penah try paten shell mcm ni...

Sulela said...

MamaDaniel, muahaha...nak kene pegi carik benang yang wananya seswai untuk orang dah banyak umo cam kak ni la...Lepas dah jumpa, gerenti nak buat satu lagik and of course...tanpa bunga...harharhar



'ain, meh la 'ain jadi model kak...wakaka. Jom la try buat, 'ain. Buat beg pon cantik guna paten neh...hehehe

A.K.U.D.O said...

sangat suka lah yg ini

Sulela said...

Akudo, hehehe...jom la try buat...;D