Memaparkan catatan dengan label tapestry crochet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tapestry crochet. Papar semua catatan

Ahad, 10 November 2019

Tapestry Crochet Sling Bag...




Tiga sling bag ni aku buat menggunakan teknik tapestry crochet. Banyak video tutorial kat youtube yang korang boleh tengok. Terlalu banyak pattern yang korang boleh ikut. Hanya taip tapestry crochet dan korang akan dihidangkan dengan berpuluh-puluh video tutorial. Aku prefer video tutorial by Carol Ventura. Senang nak ikut dan mudah nak faham. Terus-terang aku katakan yang aku sangat-sangat kagum dengan hasil kerja beliau. Dan pattern ni aku dapat guna encik google. Tak dapat nak save dalam handphone aku...jadi aku lukis semula atas kertas graf anak aku...ekeke...

Jadi... projek aku dah siap. Next nak buat apa pulak ekk...

Khamis, 13 September 2012

My Hdc And Tapestry Crochet Bag...


Ini percubaan aku untuk buat tapestry crochet bag dengan corak yang aku saje2 reka. Mmmm...taklah menyerlah sangatkan corak dia...hehehe. Dah jemu dengan single crochet, aku cuba buat half double crochet lak sebagai asas beg neh.

Dan entah kenapa, tersuka lak ngan wana coklat. Dah tua kot...hahaha. Itu yang adik2 aku cakap suatu masa dulu. Iyeke orang tua suka wana coklat? Adehhh...

Kat bahagian dalam ni aku buat lining dengan kain wana hitam. Selamat dah jadi beg raya aku tahun neh...heh heh heh...

Ahad, 30 Januari 2011

Flat Tapestry Crochet...

Thanks to Suziyana who generously shared with me THIS wonderful site! Memang aku sedang mencari chart yang boleh aku gunakan untuk membuat tapestry crochet neh tapi yang aku jumpa, patternnya susah la pulok...hehehe. Aku gunakan chart for flower 11 kat dalam site tu tapi aku olah sket sebab aku nak cuba belajar buat jek...

Sepatutnya chart neh lagi besar tapi aku amek sebahagian jek. Aku lukis guna pen atas kertas buku matematik anak aku...wakaka... dan aku warnakan ikut benang yang nak aku gunakan nanti. Semua sekali aku gunakan 4 jenis warna benang. Mengikut tutorial yang Carol Ventura beri, untuk buat flat crochet yang menghasilkan gambar yang cantik, kita kene crochet dari kanan ke kiri guna tangan kanan dan sambung dari kiri ke kanan guna tangan kiri. Itulah masalahnya! Puas aku cuba tapi tangan aku kekok gile. Jadi aku crochet row by row dari kanan ke kiri. Tiap kali sampai ke hujung, aku kena potong benang2 aku tu dan sambung balik dari mula. Payah! huhuhu...

Bila dah siap, aku dapat idea lak nak tampalkan aje kat tote bag yang aku dapat percuma masa beli barang beberapa tahun dulu. Alaaaa... kan ada dorang cop nama syarikat dorang kat beg percuma yang dorang bagi tu. Itu yang aku nak sorokkan.




Maka jadilah beg aku seperti gambar di sebelah...ekeke

Selasa, 18 Januari 2011

A Perrrrfectly Wonderful Tapestry Crochet Kitty Bag...

Satu lagi projek tapestry crochet yang sempat aku belajar sejak beberapa hari lepas...hehehe... Lama jugak la aku carik free pattern yang melibatkan tapestry crochet neh tapi tak banyak yang aku dapat. Sila kongsi ngan aku kalau korang tahu kat mana nak dapatkan free pattern untuk tapestry crochet ekkk...;D

I've found this wonderful pattern designed by Carol Ventura kat SINI. Semua design dia cantik gile! Terdetik jugak la hati aku ni bertanya... berapa lama masa yang dia perlukan untuk menyiapkan projek cun tak hengat tu. Siap guna banyak warna lak tuh. Salute habissss...


Meooooowwwwww....!!!!....hehehe...

Jumaat, 14 Januari 2011

Tapestry Crochet Spiral Basket...

Tapestry crochet...sesuatu yang amat baru untuk aku. Sedang seronok menggoogle, aku terjumpa lak cerita pasal tapestry crochet neh. Semakin aku baca, semakin berminat lak aku nak cuba buat. Google punya google, aku terjumpa free pattern untuk buat Tapestry Crochet Spiral Basket neh. Korang boleh cuba buat jika berminat...hehehe...

Ini adalah projek tapestry crochet aku yang pertama. Baru aku tahu macam mana cara nak crochet dua benang sekali gus. Hanya single crochet saja yang digunakan. Mulanya agak susah tapi lepas dah cuba beberapa kali, you'll get the idea. Memang seronok. Aku juga dah cuba tengok kat Youtube. Boleh refer kat sana jika nak tahu lebih lanjut tentang tapestry crochet neh.

Yang amat mengujakan...you can design your own motifs on graph paper! How cool can that be? hehehe...