Memaparkan catatan dengan label bookmark. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bookmark. Papar semua catatan

Selasa, 2 Oktober 2012

Bookmarks...

 Pattern neh aku jumpa kat facebook. Sungguh aku tak tahu apa yang aku patut buat dengan paten2 neh tapi ianya sangat menarik! Kebetulan pulak aku perlukan banyak bookmarks, jadi aku abadikan paten2 neh untuk tujuan tuh.

Untuk paten yang pertama dan ketiga tu, aku rasa agak senang. Hanya follow dengan hati2 diagram yang diberi tapi aku hadapi sedikit masalah dengan paten yang kedua. Agak keliru dengan cara nak sambungkan 'motif kipas' yang kedua.  

Gambar kat bawah ni adalah hasil crochet aku...

 
Satu lagi paten yang aku jumpa di facebook. Agak menarik pada pandangan mata aku...

 Dan ini adalah versi aku...hehehe...

Isnin, 30 April 2012

Top-aktuelles Terracotta...

Muahahaha...nama doily yang aku tatau nak sebut cemana. Bahasa apa pun aku tatau tapi aku panggil Pineapple Doily la ekkk... Doily ni bentuk dia bujur tapi kecil. Yang aku paling suka, bentuk tengah2 dia tu...macam nanas kan kan kannn...

Aku guna benang halus untuk projek ni dengan jarum 1.3mm. Tak susah nak crochet doily ni cuma aku keliru dengan langkah ke-11nya.


 

Aku ikut pattern ni. Gambar ni aku dapat masa google images. Aku tak tahu jika image ni are subject to copyright tapi aku nak share jugak...hehehe




Dannnn...untuk menambahkan koleksi bookmark aku... aku crochet pineapple bookmarks ni for my own use. Aku suka biru, jadi semua bookmark ni aku buat warna biru. Ribbonnya je aku guna 5 warna yang berlainan...hehehe




Ahad, 16 Mei 2010

Butterfly Bookmark...

Aku terjumpa Butterfly Bookmark free pattern yang menarik neh kat SINI. Aku masih gunakan benang 100% acrylic jenama Wina dengan jarum 1.10mm. Compare dengan benang kecik neh, aku lebih selesa mengait guna benang bulu kambing 4 ply sebenarnya. Selain senang nak tengok kat mana aku nak masukkan jarum, saiz benang 4 ply yang besar tu buatkan projek aku cepat siap...wakaka.

Mungkin korang akan rasa keliru masa baca paten yang diberi tapi bila korang dah start buat, sebenarnya senang jek...hehehe

Isnin, 29 Mac 2010

Pineapple Bookmarks...

Saje jenjalan kat tenet...jumpa lak paten nak buat bookmark ni kat SINI. Pretty Pineapples Bookmark nama diberi. Jadi, aku cuba buat menggunakan benang jenama Wina yang aku baru beli neh...nice...hehehe...
Klik punya klik...terklik cara nak buat bookmark ni lak. Namanya Pineapple & Ribbon Bookmark. Cara nak buat ada kat SINI. Aku suka bookmark jenis ni. Menarik dengan hiasan rebennya...kan kan kannn...hehehe

Isnin, 8 Mac 2010

Fan Bookmarks...

Hehehe...projek besar tak siap lagi tapi aku sibuk pulak explore something to crochet kat dunia maya neh. Terjumpa pulak fan bookmark neh masa tengah google image. Dan tiba-tiba jek tangan aku mencapai jarum dan benang. Musti nak cuba buat jugak...wakaka. Ni fan bookmark versi aku yang baru belajar...ekekeke...

Kira orait lah tu ek...hehehe...

Tengok gambar dekat sket... I likeeeee...wakakaka...

Oooopppssss...lupa lak. Pattern can be found HERE...;)

Jumaat, 24 Julai 2009

Flowerpot Bookmark 2...


Ini yang aku buat menggunakan benang minlon yang aku beli haritu. Cantik. Tapi terlalu kecil untuk aku lihat kesan warnanya. Aku masih mencari pattern yang sesuai dengan benang neh. InsyaAllah aku akan post kat sini bila dah siap...hehehe

Sabtu, 30 Mei 2009

Flowerpot Bookmark...

Aku cuba buat benda ni...tapi aku pendekkan tangkainya dari yang asal.
Aku amek kat sini... http://dishclothdiaries.blogspot.com/2008/11/flower-bookmark-wpot-materials-us-size.html