Memaparkan catatan dengan label benang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label benang. Papar semua catatan

Rabu, 23 November 2011

Mahalnya Benang!...

Aku ada ambil tempahan crochet dari seorang pelanggan tempoh hari. Kerana warna benang yang tak mengikut kehendak beliau, maka beliau telah membatalkan lebihan tempahannya walaupun warna tersebut telah dipersetujui pada mulanya. It's ok. Aku tak kisah sebab lepas ni aku taknak ambil mana2 tempahan daripada mana2 pelanggan jua adanya...huhuhuuuu....

Jadi lebihan benang yang banyak ni aku gunakan untuk projek aku. Mmmmm...mungkin ambil masa yang lama jugak sebab saiznya besar...hehehe...

Tadi aku ke kedai benang yang terletak di Seri Manjung. Aku beli benang yang sama tapi dengan harga yang tak sama...adoi laaaa... RM8.50 untuk satu buku tu jek. Sebelum ni RM8.00 untuk satu buku dan dulu...tak berapa lama dulu... RM5.50 je laaaa... Kenapa? Mengapa? Why? huhuhuuuuu... Jatuh rahang den...

Sabtu, 12 November 2011

Twin Sea Shell Doily...

Masa mula-mula nampak gambar twin sea shell doily ni...aku dah tak sabar sangat nak cuba buat. Sangat unik dan menarik pada pandangan mata aku...hehehe. Aku nampak gambar doily neh masa sedang google images. Aku tak pasti sama ada aku boleh letakkan image tu kat dalam blog aku sebab aku takut ianya maybe subject to copyright... huhuhuuu... So, this is my twin sea shell doily version...wakaka...

Aku guna benang halus jenama Minlon Polly untuk projek kali ni. Well, nak kata benangnya halus tu...tak la jugak. Struktur benangnya agak tebal dan jari aku rasa selesa masa pegang benang ni. Macam biasa, aku masih gunakan jarum jenama tulip 1.3mm...

Next project...mmmm...tatau lagi la...hehehe

Ahad, 8 Ogos 2010

Stripe...

Mmmm...buat masa ni projek aku tak siap lagi. Banyak kali tergendala dengan bermacam2 hal yang aku tak dapat elakkan...huhuhuuu. Maklumlah...nak puasa dah kannn. Bulan puasa nanti, aku akan bertambah sibuk...hehehe.

Kali ni aku nak share dengan korang cara nak tukar warna benang untuk buat stripe macam tu. Tutorial by Teresa neh korang boleh tengok kat SINI. Sepatutnya aku nak buat topi... Tajuk kat video tu pun ialah Stripe Crochet Beanie Cap Hat. Tapi aku stopkan lepas dah tahu cara nak tukar2 warnanya. Sangat menarik! Jimatkan masa dan benang...ekekeke. Bagi yang berminat, boleh cuba...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa....;)

Ahad, 18 Julai 2010

Benang Halus Jenama Ondori...

Ini benang halus jenama Ondori yang aku kirim dari tuan punya kedai kat Pantai Remis tempoh hari. Malangnya, tempahan benang dari kedai tersebut memakan masa yang lama sebab tuan punya kedai kene tunggu taukeh Ondori neh datang ke kedai dia...warggghhh!!! Jadi, aku jenjalan kat Sri Manjung. Baru jumpa satu kedai, kat belakang Maybank yang jual benang jenama neh...hehehe. Harga, ermmmm...mahal la sket. Tapi apa ada hal, kan kan kannn... Janji lepas raya neh aku nak mulakan projek guna benang2 neh...hehehe. Aku pernah guna benang halus jenama Minlon tapi rasanya kualitinya tak sama. Aku prefer guna benang ni. Mmmmm...masing2 punya pendapat...hehehe

p/s: projek aku baru 40% siap...kehkehkeh

Khamis, 29 Oktober 2009

Loretta's Starburst Hotpad...

Pertama kali melihat hasil paten ni di blog Sandy's Hook, aku dah jatuh hati. Dan sejak itu pula aku tertanya2 bagaimana ianya dibuat. Kemudian aku refer kat SINI. Link ini aku dapat dalam blog Sandy jugak...hehehe.

Sepatutnya, aku kene guna benang cotton 4 ply untuk paten neh tapi puas dah aku carik kat Seri Manjung, Sitiawan dan Pantai Remis. Semuanya kata dorang tak penah dengar benang jenis macam tu. Aku silap keh? Jadi, untuk melunaskan rasa keinginan yang membuak2, aku kait guna 100% acrylic yarn yang ada dalam simpanan aku. Hmmm... aku hanya jumpa benang jenis tu aje kat sini. Dan itulah hasilnya. Namun aku tak puas hati. Aku minta kakak aku kat KL untuk cari benang cotton 4 ply tu sementara aku merisik kat orang2 yang aku tahu pandai buat crochet kat sini. Tapi jawapan yang aku dan kakak aku terima sama jugak. Dorang tak penah dengar wujudnya benang jenis tu...hmmmmm...

Masih tak puas hati, aku pergi ke kedai yang menjual peralatan jala...ekekeke. Mana tau kot2 ada lak benang camtu...wakaka. Tapi hampeh. Aku hanya jumpa benang ni je. Strukturnya agak kasar, 3 ply dan ada sedikit campuran kapas. Orang guna benang ni untuk kait jala...harharhar. Jadi la... tapi sakit tangan aku mengait guna benang neh sebab keras...huuuuuuu...
Menurut nyonya kedai tu, benang ni bukan 100% kapas tapi ada la peratusan campuran dia tu. Harganya RM3.50 sebuku. Mahal beb! Lepas kait, inilah hasilnya...cantik jugak...hahaha...
Kedua2 jenis benang menghasilkan hampir 6 inci starburst hotpad neh.

Selasa, 25 Ogos 2009

Penutup Peti Ais...

Ini rupa penutup peti ais yang telah siap aku buat. Lama gak masa yang aku ambil untuk menyiapkannya tapi aku puas hati lepas dah siap.



Untuk projek ni, aku gunakan benang Nona. Saje cari pengalaman mengait gunakan benang ni. Lagipun ada sorang rakan blogger, Paul yang kata dia suka mengait guna benang ni. Setelah mencuba, aku rasa not bad at all. Memang benangnya lembut...


Aku gunakan puff stitch untuk projek aku ni. Banyak guna benang tapi sangat cantik bila dah siap...hehehe...





Blog orang-ramai menggunakan puff stitch neh untuk baby blanket. Tapi aku rasa penggunaan paten neh bukan sekadar untuk itu. Tak cuba, tak tahu, kannnn...hehehe




Maka siaplah penutup peti ais aku yang tak pernahnya berpenutup neh...huhuhuuuu






Kalau diperhati betul2, bahagian tepinya aku abadikan paten daisy star stitch. Aku suka sangat ngan paten neh....

Jadi, aku dah praktikkan penggunaan puff stitch dan daisy star stitch untuk projek kali ni...hehehe

Selasa, 14 Julai 2009

Benang Minlon...

Ramai juga yang guna jenama benang ni untuk tujuan buat crochet berbanding dengan jenama lain. Kadang-kadang aku terjah blog orang-ramai yang mempunyai minat yang sama dengan aku dan bila aku tengok jenis benang yang dorang guna, musti aku akan nampak benang jenama ini. Jadi, tadi aku ke kedai benang yang terletak di Sitiawan. Agak jauh dari rumah aku tapi tadi aku ada hal lain kat situ. Jadi kata orang, sambil menyelam, sambil minum air...hehehe.

Dalam blog2 luar negara, aku nampak mereka mengait guna benang warna-warni ni. Aku cuba carik kat Kl tapi tak jumpa. Mungkin salah tempat kot. Tadi, tukang kedai tu yang promote kat aku. Punyalah bersyukurnya aku rasa sebab memang dah lama aku carik benang jenis ni. Harganya mahal sikit. RM4 untuk segulung tu je. Tak kesah la...janji dapat...hehehe. Aku tengah tercari-cari, paten apa yang aku nak buat guna benang neh. Nantikan je la...muahahaha...

Benang hitam putih ni lak aku beli kat Pantai Remis. Saja nak try test guna benang neh. Tekstur dia halus. Aku masih mencari apa paten yang sesuai dengan benang neh...hehehe

Khamis, 28 Mei 2009

Benang Kait...

Selalu aku guna benang jenama Ondori neh. Tatau la nak cakap cemana sebab aku tak penah lagi guna benang jenis lain. Bagi aku, benang dia tahan dengan harga yang berpatutan kat tempat aku ni. Tapi rasanya tak ada beza kot dengan benang2 jenama lain. Janji boleh mengait, sudah...hehehe