Thursday, October 29, 2009

Loretta's Starburst Hotpad...

Pertama kali melihat hasil paten ni di blog Sandy's Hook, aku dah jatuh hati. Dan sejak itu pula aku tertanya2 bagaimana ianya dibuat. Kemudian aku refer kat SINI. Link ini aku dapat dalam blog Sandy jugak...hehehe.

Sepatutnya, aku kene guna benang cotton 4 ply untuk paten neh tapi puas dah aku carik kat Seri Manjung, Sitiawan dan Pantai Remis. Semuanya kata dorang tak penah dengar benang jenis macam tu. Aku silap keh? Jadi, untuk melunaskan rasa keinginan yang membuak2, aku kait guna 100% acrylic yarn yang ada dalam simpanan aku. Hmmm... aku hanya jumpa benang jenis tu aje kat sini. Dan itulah hasilnya. Namun aku tak puas hati. Aku minta kakak aku kat KL untuk cari benang cotton 4 ply tu sementara aku merisik kat orang2 yang aku tahu pandai buat crochet kat sini. Tapi jawapan yang aku dan kakak aku terima sama jugak. Dorang tak penah dengar wujudnya benang jenis tu...hmmmmm...

Masih tak puas hati, aku pergi ke kedai yang menjual peralatan jala...ekekeke. Mana tau kot2 ada lak benang camtu...wakaka. Tapi hampeh. Aku hanya jumpa benang ni je. Strukturnya agak kasar, 3 ply dan ada sedikit campuran kapas. Orang guna benang ni untuk kait jala...harharhar. Jadi la... tapi sakit tangan aku mengait guna benang neh sebab keras...huuuuuuu...
Menurut nyonya kedai tu, benang ni bukan 100% kapas tapi ada la peratusan campuran dia tu. Harganya RM3.50 sebuku. Mahal beb! Lepas kait, inilah hasilnya...cantik jugak...hahaha...
Kedua2 jenis benang menghasilkan hampir 6 inci starburst hotpad neh.

15 comments:

mamai said...

macam bunga teratai ajerkan...

A.K.U.D.O said...

wah boleh post kat aku nih..

sehati sejiwa said...

waa..cantek gak guna benang tuh! memang kasar giler benang tuh..tak luka ke jari cik lela? muahaha..fizah cuba gak tanyer area sini benang cotton 4 play tuh tapi hampeh...kot kat luar negeri jer kot ader..hahah..

Sulela said...

Mamai, ha'ah...buat alas meja guna motif tu pon ok gak rasanya...hehehe



Akudo, bagi alamat ko...ekekeke



Fizah, jari tak luka tapi bengkak...harharhar. Nak kait benda lain pun kene buat pelan2...takleh nak speed dah. Tu saya guna jarum no.1. Len kali nak try guna jarum crome yang no.6 tu...hehehe. Susahkan Fizah je tanya kat area sana...hehehe. Saya pon rasa benang tu ada kat luar negara jek. Jenuh dah dok google neh. Takde jumpa pon benang ni kat Malaysia...wakaka. Time kasih ye Fizah...;)

Natrah Norlin said...

benang yang awak nak cari tu mungkin ada kat sg wang plaza jetsun handicraft atau kat subang parade lily handicraft...try la

Sulela said...

Natrah, thanks for the info ya. Akhir bulan 11 nanti nak balik KL. Boleh la pegi carik...thanks again...;)

A.K.U.D.O said...

dtg kl, bagitahu lah, nanti bole jumpa n bagi benda tu..

Sulela said...

Akudo, ko nak jenis benang mana?

c-idah said...

akkkkkk...
napelah akk rajin sangat ni..

cntek2 belaka.....

A.K.U.D.O said...

lela..tp benda tu nak buat apa ya..

Sulela said...

Idah, kak saje mencuba waktu tengah free...hehehe



Akudo, tu tempat alas pinggan panas kat atas meja makan...huhuhu

suzi said...

uniknye. boleh tempah tak?

Sulela said...

Suzi, nak tempah? Suzi ada kat mana?

Ann said...

Jumpa kat internet, klu tak silap ada juga kedai benang kat Ipoh. Salah satu caw Mayfair / Lily... ke.. kedai lain :P Klu jumpa boleh le bgtau.

**Susah betul nk cari benang cotton kan...

Sulela said...

Ann, thanks for the info. Memang susah nak carik benang cotton neh. Yang sedihnya, orang kedai pandang kita semacam jek bila kita kata nak carik benang 100% cotton. Haiyyoh!

I've visited your cool blog and I'm following it. Got over excited bila tengok your cropped cardigan. Teringin nak buat tapi takde skill...hehehe

Thanks sebab sudi singgah sini...;)