Memaparkan catatan dengan label afghan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label afghan. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Februari 2011

Granny Square Afghan...

Phewwww...lamanya aku tak update blog aku yang terchenta neh...huhuhu. Lepas2 ni aku terpaksa kurangkan aktiviti crochet aku akibat kesibukan yang melanda...warrrgghhh!!!

Ini projek terbaru aku. Pattern untuk projek aku kali ni by Darla J. Fanton of Red Heart Yarn. Korang boleh download this free crochet pattern at www.allfreecrochet.com.

Aku tak ikut 100% tutorial yang diberi untuk buat afghan ni sebab aku tak berapa suka cara mencantum granny squares tersebut dengan cara menjahit. Jadi aku tambah satu lagi row dan cantumkan as aku crochet. Dan hasilnya, aku sangat2 puas hati...hehehe... Granny jenis camni boleh bantu korang habiskan lebihan benang yang banyak dalam simpanan korang.

Done! Next project, hmmmm...

Ahad, 25 Julai 2010

Blue Orange Bearghan...

Pheewwwww!!! Akhirnya siap jugak bearghan untuk adik bongsu aku neh. Dalam banyak2 warna, dia pilih biru campur oren. Hah! Amek aku! Aku perlukan beberapa hari untuk fikirkan cemana nak gabungkan kedua2 warna neh. Dan hasilnya... Tadaaaaaaa...! Aku dah pernah post tentang bearghan ni sebelum ni. Cuma warna dan corak je yang berlainan...hehehe.

Mari aku perkenalkan corak2 yang ada kat bearghan aku kali ni...ecehhhh... Bahagian tengahnya, aku guna paten Granny Square Pucker Purse. Instead of 4 colors, aku guna 2 kombinasi warna pilihan adik bongsu aku tu. Dua corak bahagian atas, kiri dan kanan...aku guna paten Flower Granny Square. Dua corak bahagian bawah, kiri dan kanan...aku guna paten Log Cabin yang baru je aku perkenalkan haritu. Aku suka sangat la ngan paten log cabin neh. Kalau kene dengan susunan coraknya, masyaAllah! Banyak cantiklah! Amacam? Cantik tak paten2 yang dah aku perkenalkan neh? hehehe...


Cara nak buat bahagian lain, korang dapat tengok kat link yang dah aku letakkan tempoh hari. And the rest is up to your imagination dan creativity...

Next project, I'm going to start it asap...hehehe

Selasa, 16 Mac 2010

Bearghan...

Ini projek yang baru aku siapkan pagi tadi. Bearghan aka selimut...wakaka. Terima kasih kepada Pat Liles yang sudi berkongsi paten. Boleh refer kat SINI bagi sesiapa yang ingin cuba membuatnya. Tapi aku tak copy 100% la. Yang mana aku rasa tak sesuai, aku skip. Lama jugak masa yang aku perlukan untuk menyiapkan projek aku kali ini. Tapi hasilnya memang berbaloi. Anak lelaki aku got over excited masa aku tunjukkan kat dia...ekekeke...


Sorry sebab gambar kurang memuaskan. Aku tangkap guna handphone cikai jek. Selimut ni lak agak besar, kena lak aku panjat sofa untuk dapatkan sudut yang clear...harharhar...

Untuk makluman...chewahhhh...aku kait guna lebihan benang Ondori yang banyak terdapat dalam simpanan aku. Jadi, hasil selimut tu wana-wani la...wakaka. Seronok bila tengok bekas simpanan benang aku semakin susut. Boleh beli lagi...ekeke...

Jumaat, 4 Disember 2009

Round Ripple Afghan...

Aku bertekad untuk cuba membuat Round Ripple Afghan neh sejak pertama kali ternampak imejnya yang amat menarik kat dalam internet. Bagi aku, kalau kombinasi warnanya sesuai, semuanya akan nampak menarik, kan?...hehehe. Mungkin warna yang aku pilih ni agak gelap. Aku buat eksperimen ni... Tapi semua ahli keluarga aku kat KL kata cantik. Pandangan seseorang tentang warna tak semuanya sama...hehehe.. Pattern neh aku dapat kat SINI...

Jadi, ni projek aku lepas Raya Haji haritu. Ada gak aku cuba letakkan manik-manik bergantungan kat sekeliling bucu dia tu tapi pada pandangan mata aku neh, mmmmmm...tak cantiklah. Biarkan ia secara semulajadi...ekekeke
Mula-mula aku ingat nak buat alas meja sofa tapi rasanya tak sesuai lak...huhuhuu...

Pandangan dekat sket. Coraknya simple jek...
Jadi aku buat alas meja bulat. Meja yang paling banyak berjasa pada aku tiap-tiap kali aku nak buat keje2 kerastangan aku...hehehehe...