Memaparkan catatan dengan label amigurumi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amigurumi. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2011

Amigurumi Mushroom...Again...

Nampaknya aku semakin ketagih crochet amigurumi mushroom neh...hehehe. This time, by request from my son yang nakkan mushroomnya bewarna biru. Mulanya aku crochet mushroom yang comel tu. But then, dia nak besar lak. Jadi, aku buat double yarn guna jarum besar. Maka jadilah amigurumi mushroom besaiz hampir 12cm tinggi tu...wakaka.

Next project, tunggu la...hehehe

Selasa, 4 Januari 2011

Amigurumi Mushroom...

Kiut tak? wakaka... Ini percubaan aku yang petama kali untuk buat amigurumi mushroom neh. Terima kasih bebanyak untuk tuan punya blog, Suziyana yang sudi berkongsi free patternnya kat SINI. Aku nak buat lagi nanti...hehehe...

Sabtu, 30 Mei 2009

Amigurumi Cacti...

Amigurumi cactus ni aku belajar dari en.Google. Saje terjah2 blog orang-ramai yang kebanyakannya mat salleh dan baca apa yang mereka buat. Terus-terang aku kata la, bukan senang nak belajar benda2 baru camni tapi aku bertekad sesangat sebab terlalu teringin nak memiliki benda ni untuk diri aku sendiri...hehehe. Jadi, inilah hasilnya...

My First Amigurumi...

Amigurumi...patutnya benda ni adalah pokok kaktus. Jadi wana yang sepatutnya wana hijau la. Tapi aku takde benang hijau, aku bantai buat ngan benang kuning. Bunga kat kepala tu dan bentuk love tu aku buat ikut daya imaginasi.



Amirugumi ni setakat yang aku tahu la, berasal dari hasil kraftangan Jepun. Ada macam2 bentuk daripada bentuk binatang ke tumbuh-tumbuhan, dari permainan ke anak patung. You name it.