Isnin, 24 Mei 2010

More Grannies To Share...

Buat masa ni aku masih belum mulakan sebarang projek crochet aku. Jadi, aku perkenalkan dulu gambar granny squares yang ada dalam simpanan aku. Hmmm...aku dah fikirkan projek apa yang aku nak buat nanti dengan grannies ni tapi masa masih belum mengizinkan...huhuhu...

Framed Afghan Square...

Mula-mula baca paten untuk granny neh, rasa macam susah jugak. Tapi bila dah buat dan faham arahan dia, rupanya senang jek...hehehe... Paten yang simple untuk projek yang simple juga...



Granny Square Pucker Purse...

Granny neh sebenarnya untuk buat purse. Bila difikirkan balik, aku neh jenis yang tak pakai purse. Jadi, aku terfikir untuk guna granny neh untuk buat projek lain. Aku sangat sukakan patennya. Tak sabar nak mulakan projek aku guna granny ni tapiiii...kene tunggu giliran la. 'To-do' list aku panjang suda...wakaka


Cluster Flower Afghan Square...

Paten neh aku dah pernah guna untuk buat crochet bag...ekeke. Tapi aku masih berkira-kira untuk buat satu projek guna granny neh... Cantik, bukan? hehehe



Puff Flower Afghan Square...

Link untuk pattern ni sama dengan link untuk pattern kat atas. Aku dah pernah guna untuk buat bearghan haritu tapi warnanya tak berapa menyerlah sebab bearghan tu besar...hehehe



Flower Granny Square...by Ambar E.Alcala

Aku dah lupa kat mana aku dapat pattern ni...huhuhu. Granny ni kecil tapi cantik. Betul2 nampak macam bunga yang diapit dengan daun... Sebenarnya pattern neh sama dengan traditional granny square, cuma warnanya fixed dan rownya hanya 3 jek...hehehe

Tiada ulasan: