Monday, April 19, 2010

Filigree Bowl Yang Dah Siap...

Ini rupa Filigree Bowl aku yang telah siap dikeringkan. Cantik jugak...ekekeke... Bagi aku, sesuai juga kalau nak dijadikan sebagai hadiah cenderamata...




Aku tak gunakan fabric stiffener seperti yang disarankan. Mana nak carik pun aku tatau...wakaka. Jadi aku masak je tepung ubi dengan sedikit air. Masak sampai pekat. Dah sejuk sket, aku rendamkan keseluruhan mangkuk yang telah siap aku kait dan buangkan lebihannya...

Kemudian aku carik saiz mangkuk yang aku agak sesuai dan regangkan mangkuk kait aku tu macam dalam gambarajah. Kemudian aku jemur sampai dia kering. Aku kene lumurkan lagi gam tu beberapa kali untuk dapatkan kekerasan yang sesuai. Bila dah kering, aku keluarkan perlahan-lahan dari mangkuk acuan tu. Melekat gak...kene buat hati-hati...huhuhuuu...



Inilah hasilnya! Aku letakkan bunga potpourri ke dalamnya. Wangi ruang tamu rumah aku...hehehe...

Projek siap! Hehehe...

10 comments:

'ainrahimin said...

wah...dah siap dah mangkuk dia...cantik jugak...menarik...mesti nnti kalau ada tetamu, mangkuk ni dapat perhatian lebih sket...

nonie said...

ingat ke nak mkn mi sup dlm mangkuk tu...hehehe...warna purple ke pink ek lela?...cantik la... lps ni projek apa lak lela...express rakyat betul la awak lela...hahaha...

Aisyah Helga said...

Cantik! Sy ada jumpa pattern utk buat bowl ni kat Raverly tp takut nk cuba. Memandangkn Su dah cuba,sy pun nk buatlah!

Sulela said...

'ain, kalau ada tetamu, kak bawak masuk dalam bilik. Malu laaaa...harharhar



nonie, mangkuk tu wana pink gelap tapi lepas dah kene ngan gam tu, dia jadi cerah lak...hehehe. Kat dalam list ni ha banyak benda yang saya nak cuba buat tapi masa tak berapa nak ada neh. Sekarang tengah dok kait coaster tapi saya nak ubah jadikan alas penutup. Tatau jadi ke tak...hehehe. Dah siap nanti saya post...



Aisyah, kat Ravelry ekkkk... Masa memula nampak mangkuk neh, saya mesti nak buat jugak. Blog orang yang saya kunjungi tu buat tempat letak buah. Adoiaiii...cantik gile! Nanti post kat blog ek bila Aisyah dah buat...;)

Aku_tulip said...

Su....cantik laaaaa...klu isi buah..lagi cantik....mesti org tanya, beli kat mana..@ macam mana buat menda ni....hehehe, betol x...
Su laju betol la awak buat....

Sulela said...

Aku_tulip, saiz mangkuk neh tak besar. Tapi ada gak berkira-kira nak buat yang besar punya nanti...wakaka. Kene tunggu giliran la. Banyak benda yang nak dicuba neh...eheheheeee. Kalau orang tanya, saya suruh dia refer blog...harharhar

mamai said...

lela yang ini memang cantik la lela..

Sulela said...

mamai, iyekeni...akupun rasa yang ni cantik jugak...ekeke

MamaDaniel said...

kreatip btol la akak nih... hehe.. mcm buat recycle project time sekolah dulu.. guna gam buat sendiri.. nice work...! love it!

Sulela said...

MamaDaniel, masa kat skola dulu, cikgu suruh buat pasu/bakul guna suratkhabar lama yang direndam dengan gam neh...wakakaka