Isnin, 29 Oktober 2012

Just Wanna Share With You Guys...

I think I have found these lovely free patterns from facebook. Just wanna share them here with you guys... ;)











Jumaat, 19 Oktober 2012

Seluar Dan Invisible Zipper...

Mmmm... tak ada mood nak bercrochet sejak kakak kesayangan aku telah pergi buat selama-lamanya sebulan lepas. She was my sifu in crochet. Al-Fatihah... 

Ini adalah projek raya Aidilfitri haritu. Aku telah berjaya belajar cara2 nak jahit seluar baju melayu dengan pinggang getah yang penuh di bahagian belakang. Tak la begitu susah rupanya... ;)
Dan dalam waktu yang sama, aku tanya cikgu jahit aku cara2 nak jahit seluar wanita. Lebih kurang sama caranya dengan seluar baju melayu cuma aku terjumpa pulak the best part about zip... Invinsible zipper yang best sangat untuk dijahit. Seluar wanita ni aku jahit guna zip tu. Sweet! Tak perlu nak buat flies...easy and simple...

Ramai yang dah tahu pasal invisible zipper ni, kan? Aku baru tahu jek masa sibuk menggoogling sana sini. Gambar kat sebelah tu adalah invisible zipper yang aku rembat dari google images. Hanya sebagai nota untuk diri aku la...kot2 aku terlupa lak cemana rupa zip tu nanti. Lepas tu aku terjumpa this awesome video yang buat tutorial on how to sew this invisible zipper. Link dia kat sini...


Senang nak ikut dan tak perlu tapak zip yang khas untuk jahit zip jenis ni... Next, nak belajar jahit simple blouse...;)

Selasa, 2 Oktober 2012

Bookmarks...

 Pattern neh aku jumpa kat facebook. Sungguh aku tak tahu apa yang aku patut buat dengan paten2 neh tapi ianya sangat menarik! Kebetulan pulak aku perlukan banyak bookmarks, jadi aku abadikan paten2 neh untuk tujuan tuh.

Untuk paten yang pertama dan ketiga tu, aku rasa agak senang. Hanya follow dengan hati2 diagram yang diberi tapi aku hadapi sedikit masalah dengan paten yang kedua. Agak keliru dengan cara nak sambungkan 'motif kipas' yang kedua.  

Gambar kat bawah ni adalah hasil crochet aku...

 
Satu lagi paten yang aku jumpa di facebook. Agak menarik pada pandangan mata aku...

 Dan ini adalah versi aku...hehehe...

Khamis, 13 September 2012

My Hdc And Tapestry Crochet Bag...


Ini percubaan aku untuk buat tapestry crochet bag dengan corak yang aku saje2 reka. Mmmm...taklah menyerlah sangatkan corak dia...hehehe. Dah jemu dengan single crochet, aku cuba buat half double crochet lak sebagai asas beg neh.

Dan entah kenapa, tersuka lak ngan wana coklat. Dah tua kot...hahaha. Itu yang adik2 aku cakap suatu masa dulu. Iyeke orang tua suka wana coklat? Adehhh...

Kat bahagian dalam ni aku buat lining dengan kain wana hitam. Selamat dah jadi beg raya aku tahun neh...heh heh heh...

Rabu, 12 September 2012

Macrame Keychain 2...

Ehehe...lama dah tak update blog. Mmmm...tak sibuk tapi...terjebak dengan benda yang tak ada kene-mengene dengan crochet...hehehe. Ok, ini entry aku yang petama selepas sekian lama...chewah! Aku jumpa gambar ni dan rasanya senang je nak ikut...
 
Jadi, aku ikut la...gambar lak tak berapa nak best. Blur la pulok. Tapi takpe la... saje nak tunjuk hasilnya..tali wana tu je yang ada dalam simpanan aku. Korang tengok gambar tu je pun dah dapat tangkap idea dia, kannn...hehehe. 

Selasa, 29 Mei 2012

Amazing Crochet!


Buat masa neh aku memang takde buat apa2 projek pun. Merehatkan tangan sambil layan facebook...ekeke. Dan dari link kat bawah neh, aku nampak burung dan ikan yang dicrochet neh...amazing. Just wanna share it here...hehehe

Lyubava Crochet Lace & Accessories & Crochet Patterns

Ahad, 20 Mei 2012

Patterns...



Aku jumpa 2 pattern yang menarik ni melalui facebook Lyubava Crochet Lace & Accessories & Crochet Patterns... Just wanna share it here until I have time to try it later...hehehe...

Khamis, 17 Mei 2012

Seluar Slack...

 Tak sangka aku dah boleh jahit seluar slack neh...heh heh heh. Dah 2 minggu siap tapi aku tak berani nak letakkan kat dalam blog aku neh sebab belum tunjuk pada cikgu jahit aku...wakaka.








Aku buat ukuran ikut saiz anak bujang aku. Banyak step nak kene buat tapi sangat seronok.

Sekarang aku tengah belajar buat seluar baju melayu dengan getah di bahagian belakang pulak. Ikut pada apa yang cikgu aku cakapkan tadi...errrmmm...agak susah...haiyyoh! Tapi takpela...cikgu aku akan menunaikan umrah minggu depan. So, kelas jahit aku akan ditunda selama 3 minggu. Within that period, aku nak cuba siapkan projek crochet aku lak...hehehe...

Isnin, 30 April 2012

Top-aktuelles Terracotta...

Muahahaha...nama doily yang aku tatau nak sebut cemana. Bahasa apa pun aku tatau tapi aku panggil Pineapple Doily la ekkk... Doily ni bentuk dia bujur tapi kecil. Yang aku paling suka, bentuk tengah2 dia tu...macam nanas kan kan kannn...

Aku guna benang halus untuk projek ni dengan jarum 1.3mm. Tak susah nak crochet doily ni cuma aku keliru dengan langkah ke-11nya.


 

Aku ikut pattern ni. Gambar ni aku dapat masa google images. Aku tak tahu jika image ni are subject to copyright tapi aku nak share jugak...hehehe




Dannnn...untuk menambahkan koleksi bookmark aku... aku crochet pineapple bookmarks ni for my own use. Aku suka biru, jadi semua bookmark ni aku buat warna biru. Ribbonnya je aku guna 5 warna yang berlainan...hehehe




Sabtu, 21 April 2012

Oh What A Lovely Oval Doily...


Macam main-main jek nama doily ni kan? Aku nampak image doily neh masa googling sana sini. Terus lak jatuh hati dan teringin sangat nak cuba buat. Ini cubaan pertama aku untuk buat doily yang bentuknya bujur. Sangat cantik pada pandangan mata aku. Mmmmm...aku tak pasti sama ada aku boleh letakkan gambarajah untuk crochet doily neh kat sini. Takut it may be subjected to copyright. Jika berminat,email jek aku,kay...hehehe.Tapi boleh jugak refer kat Ravelry...

Amat mencabar untuk crochet doily neh tambah2 lagi jika gambarajah yang diberi tu kurang lengkap. Aku kene teka berapa chain yang aku kene buat. Banyak kali jugak la aku kene bukak balik. Sabar je la. Dah namanya pun mencabar...huhuhuuuu...

Next project, doily jugak la...ekekeke...

Selasa, 3 April 2012

Flower Dishcloth...by Mirella Lilli...

Whoaaaa...banyaknya lebihan benang yang ada dalam simpanan aku. Beberapa hari lepas, aku asyik mencari2 idea...apa aku patut buat dengan benang2 ni...hmmmmm.....

Google punya google, aku terjumpa paten dishcloth yang sangat menarik neh... Free pattern offered in pdf format... Klik sini...
http://countrykissedcrafts.wordpress.com/tag/holder/


Pertama sekali, korang kene buat fillet crochet neh ikut gambarajah yang diberi dalam paten tu. Kene buat dua untuk satu dishcloth... and the rest...ikut jek paten yang diberi...hehehe


Aku belajar sesuatu yang baru masa buat flower dishcloth neh... Crab Stitch...crochet from left to right. Errrr...blurnya gambar yang aku attached tu, kan? Redha je la ekkk...hehehe. Aku tengok video tutorial neh...
http://www.youtube.com/watch?v=wE-ObvYb_Pk


Ni flower dishcloth yang aku buat ikut paten yang diberi...











Yang ni...same pattern but in different colors... Fillet crochet dan flowersnya aku kait guna 2 warna benang yang berbeza. Kat atas tu bahagian depan dan bawah tu bahagian belakang...



Dan yang ni...pattern yang sama tapi aku guna double yarn. Jadi aku tak perlu kait sampai 2 fillet crochet. Dan bunganya...aku guna benang yang kalernya ikut suka aku... Meriah gittew...hehehe

Sabtu, 31 Mac 2012

Something I Want To Share...

Guys! Check this site out!...

Nak cuba jahit bag sendiri? Kat link neh ada 32 patterns of sewing bags that you can try... Awesome!


http://www.seweasy.ie/diy/32-free-bag-patterns




Teringin la nak cuba jahit beg neh tapi takde fabrik lak...alahaiii... KIV dulu la...ekekeke