Saturday, April 21, 2012

Oh What A Lovely Oval Doily...


Macam main-main jek nama doily ni kan? Aku nampak image doily neh masa googling sana sini. Terus lak jatuh hati dan teringin sangat nak cuba buat. Ini cubaan pertama aku untuk buat doily yang bentuknya bujur. Sangat cantik pada pandangan mata aku. Mmmmm...aku tak pasti sama ada aku boleh letakkan gambarajah untuk crochet doily neh kat sini. Takut it may be subjected to copyright. Jika berminat,email jek aku,kay...hehehe.Tapi boleh jugak refer kat Ravelry...

Amat mencabar untuk crochet doily neh tambah2 lagi jika gambarajah yang diberi tu kurang lengkap. Aku kene teka berapa chain yang aku kene buat. Banyak kali jugak la aku kene bukak balik. Sabar je la. Dah namanya pun mencabar...huhuhuuuu...

Next project, doily jugak la...ekekeke...

9 comments:

MamaDaniel said...

wow!! wowwww!!! guna benang halus ke kak? pergh!!! memang lovely lah!!

tengok pun dah tau mmg amat mencabar.. tidak lah berani utk ku mencubanya.. hehehe.. :)

Aku_tulip said...

cantiknya.....ni memang betul² kena sabar nk siapkan ni....

Sulela said...

MamaDaniel, yup...guna benang halus. Ni kes nak habiskan stok la neh...wakaka. Ayoyo...tak berani cuba ke ni? hehehe



Aku_tulip, memang kene sabar...masa salah buat dan nak kene bukak balik tu, rasa macam malas jek nak sambung crochet...tapi bila tengok perkataan 'challenging' kat gambarajah dia, semangat nak buat tu naik balik...ekeke...

Nurhayathxcy J. said...

Akak ini adalah amat sangat lawa mata saya berdarah tengok hasil all the hard work! Tahniah kak!

Berapa lama nak siap ni kak?

Sulela said...

Nurhayathxcy J., makkkk...sampai berdarah? hehehehe... Kak amek masa lebih kurang seminggu sebab nak fahamkan dan teka chain dalam rajah yang diberi. Nak cuba tak? hehehe

Nurhayathxcy J. said...

Takutlah nak cuba kak. Pattern akak bagi berbulan lepas pun saya rasa tak ready lg nak try. But I will try it one day sbb doily ni bila siap mmg cantek sgt.

Tahniah kepada akak yg suka tackle pattern susah mcm ni!

Sulela said...

Hehehe...thanks. Kak masuk blog Nurhayathxcy...pandainya buat afghan! Tahniah juga....;D

aiza said...

Kak lela... tgk gmbar saja, den dah surrender... kalau bab mengait susah2 ni mmg boleh serah kat kak lela.. :D

Sulela said...

aiza, adoi la...itu ikut kemampuan tu...hehehe... Kalau susah tahap dewa, kak pun surrender...kihkihkih