Ahad, 30 Mei 2010

Small Simple Crochet Basket...

Pernah tak korang kait benda kecik2...banyak2... lepas tu hilang lak sebab bekas yang korang letakkan benda yang kecik2 dan banyak2 tu berlubang... huhuhuuuu. Sebab malas nak mencari balik benda yang dah hilang tu, aku kaitkan bakul kecik ni untuk aku letakkan benda2 kecik tu...ekekeke. Senang je sebenarnya. Aku hanya gunakan simple single crochet untuk keseluruhan bakul neh.

Ini dia benda yang kecik2 dan banyak tu. Perggghhh!!! Amat sakit hati bila kene carik balik kat mana jatuhnya...wakaka. Sekarang, senang sikit aku nak teruskan projek aku kali neh. So, tunggguuuu... hehehe

Isnin, 24 Mei 2010

More Grannies To Share...

Buat masa ni aku masih belum mulakan sebarang projek crochet aku. Jadi, aku perkenalkan dulu gambar granny squares yang ada dalam simpanan aku. Hmmm...aku dah fikirkan projek apa yang aku nak buat nanti dengan grannies ni tapi masa masih belum mengizinkan...huhuhu...

Framed Afghan Square...

Mula-mula baca paten untuk granny neh, rasa macam susah jugak. Tapi bila dah buat dan faham arahan dia, rupanya senang jek...hehehe... Paten yang simple untuk projek yang simple juga...



Granny Square Pucker Purse...

Granny neh sebenarnya untuk buat purse. Bila difikirkan balik, aku neh jenis yang tak pakai purse. Jadi, aku terfikir untuk guna granny neh untuk buat projek lain. Aku sangat sukakan patennya. Tak sabar nak mulakan projek aku guna granny ni tapiiii...kene tunggu giliran la. 'To-do' list aku panjang suda...wakaka


Cluster Flower Afghan Square...

Paten neh aku dah pernah guna untuk buat crochet bag...ekeke. Tapi aku masih berkira-kira untuk buat satu projek guna granny neh... Cantik, bukan? hehehe



Puff Flower Afghan Square...

Link untuk pattern ni sama dengan link untuk pattern kat atas. Aku dah pernah guna untuk buat bearghan haritu tapi warnanya tak berapa menyerlah sebab bearghan tu besar...hehehe



Flower Granny Square...by Ambar E.Alcala

Aku dah lupa kat mana aku dapat pattern ni...huhuhu. Granny ni kecil tapi cantik. Betul2 nampak macam bunga yang diapit dengan daun... Sebenarnya pattern neh sama dengan traditional granny square, cuma warnanya fixed dan rownya hanya 3 jek...hehehe

Isnin, 17 Mei 2010

Frilly Pillow Cover...

Ini yang aku buat dengan Frilly Granny Square yang telah aku perkenalkan haritu. Mulanya aku agak ragu-ragu andai sarung bantal yang terhasil nanti akan nampak terlalu sarat dengan ropol dari setiap frilly granny square yang aku cantumkan. Tapi lepas dah siap, aku rasa kira orait la tu ekkk...hehehe...
Aku dah cuba kait guna warna maroon tapi rasanya tak sesuai la. Warnanya gelap sangat. Ropol frilly granny square tu tak berapa kelihatan sebab tenggelam dalam warna gelap maroon tu...huhuhu

Gambar dekat sket... Aku guna cantuman cara jahitan. Masih mengekalkan penggunaan benang Ondori acrylic 4 ply dengan saiz jarum 5. Aku suka paten neh....heh heh heh... Done!


Next project...lambat sket la kot. Aku nak rehat beberapa hari sebab tangan aku terasa sakit sudaaaaa... Terlalu sangat mengait dalam 4 ke 5 hari neh...huhuhuuuuu

Ahad, 16 Mei 2010

Butterfly Bookmark...

Aku terjumpa Butterfly Bookmark free pattern yang menarik neh kat SINI. Aku masih gunakan benang 100% acrylic jenama Wina dengan jarum 1.10mm. Compare dengan benang kecik neh, aku lebih selesa mengait guna benang bulu kambing 4 ply sebenarnya. Selain senang nak tengok kat mana aku nak masukkan jarum, saiz benang 4 ply yang besar tu buatkan projek aku cepat siap...wakaka.

Mungkin korang akan rasa keliru masa baca paten yang diberi tapi bila korang dah start buat, sebenarnya senang jek...hehehe

Khamis, 13 Mei 2010

Multi-Color Doily...

Ini projek terbaru aku yang baru je aku siapkan pagi tadi. Refer kat SINI untuk paten yang amat menarik neh. Ini doily aku yang pertama. Sronok sangat bila dah siap tadi...hehehe...

Macam kelopak bunga yang sedang kembang mekar...

Lepas dah siap, aku abadikan multi-color doily ni kat meja bulat di sudut ruang tamu aku. Nampak menarik dengan warnanya...hehehe...

Jumaat, 7 Mei 2010

Granny Spiral Pillow Cover...

Paten neh aku dah pernah perkenalkan haritu. Memang aku dah jatuh chenta dengan paten neh...hehehe. Makan masa sikit la sebab untuk satu kotak tu je dah kene guna 4 jenis warna benang. Kemudian aku mengalami masalah sikit untuk mencantumkannya. Sebelum neh aku hanya guna single crochet untuk cantumkan setiap granny yang aku dah buat tapi kali neh, cara macam tu seperti tak berkesan. Last sekali baru aku jumpa caranya...jahitkan saje...wakaka... Kalau diperhatikan betul-betul, boleh nampak gabungan warna maroon dan ungu bagi setiap 4 grannies. Itu yang aku cuba ketengahkan...



Bila dah buat yang kecik-kecik, teringin lak nak cuba buat granny spiral yang besar...harharhar. Itu hasilnya. Nampak macam senget tapi sebenarnya tak. Memang bentuknya terhasil macam tu sebab spiralnya. Uhhhh...
sungguh aku suka...hehehe


Next project, wait and see...hehehe

Selasa, 4 Mei 2010

Frilly Granny Square...

Wow!!! Itu yang mulut aku cakap masa mula-mula nampak Frilly Granny Square neh kat Youtube. Macam biasa, aku sangat suka follow tutorial by Teresa. Boleh refer kat SINI bagi sesiapa yang nak cuba buat...;)

Aku sangat sukakan granny squares. Seboleh mungkin aku nak cuba crochet mana-mana granny squares yang menarik minat aku...

Untuk frilly neh, aku dah dapat idea nak buat apa... Kene tunggu la...aku agak sibuk sekarang neh...heh heh heh

Ahad, 2 Mei 2010

Flower Pin Cushion...

Dah lama aku nak cuba buat pin cushion. Apa-apa bentuk pun takpe. Semalam aku google sana-sini. Terjumpa pulak satu blog yang posting gambar dan cara nak buat pin cushion yang cantik neh...Hooked on Needles....blog yang amat menarik dan aku masih kekurangan masa untuk explore everything.

Gambar tu adalah pin cushion versi aku yang baru first time buat...wakaka. Kat blog asal, bahagian tengahnya diletakkan butang. Tapi aku takde butang yang menarik lak. Jadi aku ikut je cara crochet bunga kecik yang disertakan sekali dalam instruction yang diberi. Manik tu aku tambah bagi nampak lebih menarik...hehehe... Done!