Sabtu, 24 April 2010

Pinwheel Coaster...

Banyak kali percubaan yang aku kene buat untuk hasilkan pinwheel coaster neh. Mmmm... sebenarnya aku keliru dengan instruction yang diberi. Tapi lama-lama, aku dah boleh faham...wakaka... Sila rujuk kat SINI untuk patternnya ekkk...

Ni pinwheel coaster aku yang dah siap. Simple tapi menarik. Sepatutnya coaster neh kecik tapi aku gandakan saiznya... Kira ni double size la neh...

Errrr...ini bukan topi taw...harharhar. Aku dah bertekad untuk create something useful with this coaster kalau aku berjaya ikut instructionnya. As aku crochet along, aku ingat nak buat penutup bekas simpanan air mineral aku. Jadi, aku teruskan dengan single crochet dan sambung dengan star stitch yang aku suka sangat tu...

Ini dia penutupnya. Berjaya jugak aku siapkan penutup neh. Asyik tergendala dengan bermacam-macam perkara... makcik sukoooo...yiiihhhaaaaa...

Next project...nak crochet apa ekkk...hehehe

Jumaat, 23 April 2010

Filet Crochet...

Jalan-jalan kat dunia maya neh, terjumpa lak blog orang-ramai yang buat crochet curtain. Teringinnya nak cuba. Dapat buat untuk tingkap dapur pun jadilah. Tapi cara nak buat filet crochet tu bagi kepala aku pening...

Warrrrghhhhh!!! Susahnya la nak fahamkan cara nak buat filet crochet neh...huhuhuuuuuuu

Khamis, 22 April 2010

Award...

Tak sangka aku terima award yang pertama dalam blog crochet aku neh...ekeke. Terima kasih buat Aisyah Helga...errrr...sila refer blog dia yang sangat menarik di My Tinker Space ek...;)

1. Nominate 12 bloggers.

2. Put the logo onto your sidebar or within a post.
3. Link the nominees within your post.
4. Let the nominees know they’ve received this award by commenting on their blog.
5. Share the love and link the sidebar logo to the person from whom you’ve received this award

Ok, aku nak bagi award ni kepada:-

Nonie
Halizda
Ikazalikha
Mierarez1
Hernik
Lia
Aku_tulip
Norliza Lias
Suziyana
Fizah
Natrah Norlin
'ainrahimin

Harap semua gembira terima award neh... ;)

Isnin, 19 April 2010

Filigree Bowl Yang Dah Siap...

Ini rupa Filigree Bowl aku yang telah siap dikeringkan. Cantik jugak...ekekeke... Bagi aku, sesuai juga kalau nak dijadikan sebagai hadiah cenderamata...




Aku tak gunakan fabric stiffener seperti yang disarankan. Mana nak carik pun aku tatau...wakaka. Jadi aku masak je tepung ubi dengan sedikit air. Masak sampai pekat. Dah sejuk sket, aku rendamkan keseluruhan mangkuk yang telah siap aku kait dan buangkan lebihannya...

Kemudian aku carik saiz mangkuk yang aku agak sesuai dan regangkan mangkuk kait aku tu macam dalam gambarajah. Kemudian aku jemur sampai dia kering. Aku kene lumurkan lagi gam tu beberapa kali untuk dapatkan kekerasan yang sesuai. Bila dah kering, aku keluarkan perlahan-lahan dari mangkuk acuan tu. Melekat gak...kene buat hati-hati...huhuhuuu...



Inilah hasilnya! Aku letakkan bunga potpourri ke dalamnya. Wangi ruang tamu rumah aku...hehehe...

Projek siap! Hehehe...

Jumaat, 16 April 2010

Filigree Bowl...

Filigree Bowl...wakakaka... Kali ni kita crochet mangkuk lak. Tapi yang ni tak siap sepenuhnya lagi. Aku nak kene gunakan fabric stiffener untuk keraskan dia. Kene jemur lak sampai kering. Gambar tu adalah bowl yang aku baru kait tadi. Secara tak sengaja terjumpa imej Filigree Bowl ni masa main-main google image. Got the pattern from HERE. Korang kene carik la balik ek sebab aku download guna pdf format.

Gambar kiri tu pandangan dari atas dan gambar kanan tu pandangan lepas aku tangkupkan mangkuk tu. Takde rupa mangkuk sangat la pun. Tadappaaaa... tunggu hasilnya lepas aku keraskan dia...wakaka...

Rabu, 14 April 2010

Maroon Flat Pouch...

Aku baru habis crochet pouch neh untuk anak perempuan aku...hehehe. Aku hadiahkan dia sebijik handphone sebab dia peroleh 6A 2B dalam peperiksaan UPKK dia. Peminat tegar warna merah dia neh. Entry tentang pouch neh aku dah penah buat. Aku sangat-sangat sukakan star stitch neh...Mulanya aku nak biakan kosong jek camni. Lepas tu rasa macam nak crochet rerama jek tapi rumit la pulak. Teringat sekotak lebihan barang-barang hantaran adik aku yang aku bawak balik dari KL tempoh hari. Selongkar punya selongkar, nampak lak rama-rama neh...

Alaaaaa...janji anak aku suka. Meleret senyum dia masa aku bagi kat dia tadi...ekeke...

Selasa, 13 April 2010

Lacy Flower Project Lagi...Hehehe

Aku baru je siapkan project lacy flower untuk Kak Ruby. Mulanya aku risaukan kombinasi warna pink yang diminta. Kak Ruby peminat tegar warna pink...hehehe. Jenuh google weh...wakaka. Selalu aku hanya nampak warna biru je yang menawan kalbu tapi kali ni aku surrender. Warna pink pun cun gile bila kene dengan gabungan warnanya...hehehe. Terima kasih buat Kak Ruby...terbuka sudah mata ini...ekekeke.

Jemput tengok gabungan warnanya...perggghhh!!!

Ni yang dah siap aku gabungkan. 70 pieces untuk siapkan projek kali ni dan aku amat enjoy membuatnya... Betul la kata kakak aku... setiap orang, ada pandangan sendiri tentang warna...

Rabu, 7 April 2010

Cenderamata...

Aku buat cenderamata ni sebelum mula crochet projek aku. Entry pasal benda neh aku dah pernah post. But then, saje la nak tunjuk flower & leave applique hasil rekaan aku wakaka. Aku sematkan kat pouch merah hati yang aku buat tu. Dah selamat di courier servicekan ke KL semalam...hehehe...

Khamis, 1 April 2010

Crochet Bag...Akhirnya...

Fuhhhh!!! Lega bila beg neh dah siap aku kait malam tadi. Terlalu kusyuk sampai sakit kepala beb...ekeke. Mata ke TV, tengok cite Wolf...tapi tangan tetap mengait. Bila dah salah, kene bukak balik...wakaka.
Aku dah pernah perkenalkan paten neh. Walau apapun warnanya, tetap menarik kan kan kannnn...blue...I likeeeeee...hehehe...

Aku kait ikut permintaan kakak aku yang nak hadiahkan beg neh untuk ustazah anaknya. Aku tader hal. Hmmmm...dah lama dah dia nak tapi masa aku neh terhad. Kait ikut masa lapang jek... Lega bila dapat siapkan.

Next projek aku mungkin akan amek masa yang lama. Harap dapat siapkan awal...hehehe