Khamis, 29 Oktober 2009

Loretta's Starburst Hotpad...

Pertama kali melihat hasil paten ni di blog Sandy's Hook, aku dah jatuh hati. Dan sejak itu pula aku tertanya2 bagaimana ianya dibuat. Kemudian aku refer kat SINI. Link ini aku dapat dalam blog Sandy jugak...hehehe.

Sepatutnya, aku kene guna benang cotton 4 ply untuk paten neh tapi puas dah aku carik kat Seri Manjung, Sitiawan dan Pantai Remis. Semuanya kata dorang tak penah dengar benang jenis macam tu. Aku silap keh? Jadi, untuk melunaskan rasa keinginan yang membuak2, aku kait guna 100% acrylic yarn yang ada dalam simpanan aku. Hmmm... aku hanya jumpa benang jenis tu aje kat sini. Dan itulah hasilnya. Namun aku tak puas hati. Aku minta kakak aku kat KL untuk cari benang cotton 4 ply tu sementara aku merisik kat orang2 yang aku tahu pandai buat crochet kat sini. Tapi jawapan yang aku dan kakak aku terima sama jugak. Dorang tak penah dengar wujudnya benang jenis tu...hmmmmm...

Masih tak puas hati, aku pergi ke kedai yang menjual peralatan jala...ekekeke. Mana tau kot2 ada lak benang camtu...wakaka. Tapi hampeh. Aku hanya jumpa benang ni je. Strukturnya agak kasar, 3 ply dan ada sedikit campuran kapas. Orang guna benang ni untuk kait jala...harharhar. Jadi la... tapi sakit tangan aku mengait guna benang neh sebab keras...huuuuuuu...
Menurut nyonya kedai tu, benang ni bukan 100% kapas tapi ada la peratusan campuran dia tu. Harganya RM3.50 sebuku. Mahal beb! Lepas kait, inilah hasilnya...cantik jugak...hahaha...
Kedua2 jenis benang menghasilkan hampir 6 inci starburst hotpad neh.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Hexagons...

Aku agak tertarik dengan motif berbentuk heksagon. Jadi aku google kat dalam internet dan jumpa beberapa motif yang menarik minat aku. Dan yang paling penting...senang nak kait...wakakakaka....

Motif 1: Hexagon Granny Squares...

Aku dapat motif ni kat SINI. Senang nak buat dan coraknya nampak menarik, kan...hehehe. Aku masih berfikir apa yang nak aku kait guna motif neh...




Motif 2: Circle Center Boxed Shell Six-Sided Hexagon Motif...

Hah! Amek ko! Sikit punya panjang ke nama motif neh...ahahaha. Aku berkira2 nak buat alas meja makan guna motif neh tapi aku ada banyak lak projek yang terbengkalai. Aku akan cuba buat bila semua projek aku dah siap nanti, insyaAllah...

Lupa lak...aku dapat motif ni kat SINI...hehehe...


Motif 3: Hexagon by attic24

Link blog dia ada kat dalam blog aku neh. Semua projek dia memang menarik dan aku amat teruja bila tengok kombinasi warna dia yang sungguh ceria! Ni link blog dia... attic24 Hexagon How-to
Aku dapat link blog dia masa suka-suka google gambar crochet kat dalam internet...ekekeke... Aku tatau lagi nak buat apa ngan motif neh...hehehe.

Ini baru 3 je motif hexagon yang aku cuba buat. Kat dalam internet ni ada pelbagai jenis warna dan bentuk yang menarik untuk kita teroka dan cuba buat. Jadi, jom explore...ekekeke...

Selasa, 20 Oktober 2009

Dishcloth...

Aku jumpa pattern untuk buat dishcloth neh kat SINI. Sepatutnya aku guna benang cotton macam yang disarankan tapi aku takde benang tu. Hanya untuk kegunaan aku kat dapur, aku kait jek guna benang 100% acrylique 40 gm 4 ply. Agak2 lepas nak buat alas tangan untuk angkat periuk panas, kira ok la...hehehe.

Original pattern dia macam dalam gambar neh tapi aku letak bunga dan kait penyangkut kat bahagian atas dia...hehehe

Bila dah siap, aku rasa dishcloth tu agak nipis dan kecil. Jadi aku kait guna dua warna benang sekali dan besarkan sikit. Dalam gambar neh, hitam dan putih dan sekali lagi aku letakkan bunga dan kait penyangkut.
Yang ni lak versi merah dan putih. Tebal jadinya...wakaka. Aku guna jarum kait jenama Tulip no.6 untuk buat dishcloth tebal neh. Kali ni aku tak letak bunga. Kang tak nampak lak sebab sama2 wana merah...ekekeke...


Pattern bunga ni aku main buat jek. Aku hanya ch 4, join with slip stitch to form a ring. Lepas tu aku ch4, sl st into the ring. Buat 5 times. Lepas tu aku dc je untuk buat petal. Ikut suka la nak banyak mana...hehehe. Lepas tu aku sl st at the beg and sl st sampai ke tengah2 petal untuk buat kelopak kat bahagian belakang. Aku ikut je cara yang sama cuma kat tengah2 tu aku kait triple crochet. Senang, kan? Errrr...boleh refer kat Youtube kalau nak buat benda2 neh...hehehe... Lepas tu aku jahitkan je kat dishcloth yang dah siap tadi. Hmmmm...patut panggil hotpad instead of dishcloth la ekkk...wakakaka...

Selasa, 13 Oktober 2009

My Tiffany Block's Project Finished...

Tadaaaa....hmmmm...takde la cantik sangat kot pilihan warna untuk projek aku neh. Aku hanya guna lebihan benang yang banyak terdapat dalam simpanan aku. Tak baik membazir kan kan kannn...ekekeke. Bahagian tepi dia aku kait ala2 ropol gitu tapi kecik la. Tu pun ngam2 je benang aku habis...muahahaha.
Kiranya aku buat sarung bantal la neh. Kat bahagian atas bantal ni aku letakkan zip. Aku ingatkan ada la zip panjang dalam stok aku. Ropanya takde lak. Jadi aku combinekan 2 zip pendek. Jadi laaa...asal buleh tutup...hehehe...

Close up sikit. Bila dah siap, sarung bantal ni jadi tebal. Aku ingat nak letak la gambar ikan ke apa ke tapi aku tak habis belajar lagi la. Next time la kot. Tak sabar nak hupload gambar dalam blog punya pasal...kahkahkah...

Pandangan sisi. Ropol atas tu kelihatan tebal sebab aku letak zip...hehehe...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Tiffany Block...

Aku terjumpa pattern ni masa google kat tenet. Sangat senang nak buat dan ianya menghasilkan pattern yang amat menarik bila dah siap. Sila klik SINI kalau nak tahu step nak buat pattern ni ye. Sangat mudah...pecaya la cakap aku...hehehe. Aku tengah buat projek guna pattern ni tapi masih dalam progress. Aku guna dua warna, biru dan putih. Dah siap nanti aku post ek...

Gambar dari dekat tapi tak berapa clear lak. Kira ok la tu ek...tangkap gambar ngan handphone cikai, memang la camtu...huhuhuuu...

Gambar pattern guna benang wana biru...

Gambar jarak jauh. Menarik kan? hehehe...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Projek Lama Dulu...

Fuhhhhh...lama sungguh aku tak update blog neh...hehehe. Hari raya punya pasal, semua kerja dan projek aku tergendala. Jadi aku postkan gambar stitches yang dah lama aku siapkan ni untuk tatapan pengunjung semua sementara aku siapkan projek yang sedang aku buat sekarang ni. Gambar kurang memuaskan sebab aku snap guna handphone ...hehehe.

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...