Tuesday, October 20, 2009

Dishcloth...

Aku jumpa pattern untuk buat dishcloth neh kat SINI. Sepatutnya aku guna benang cotton macam yang disarankan tapi aku takde benang tu. Hanya untuk kegunaan aku kat dapur, aku kait jek guna benang 100% acrylique 40 gm 4 ply. Agak2 lepas nak buat alas tangan untuk angkat periuk panas, kira ok la...hehehe.

Original pattern dia macam dalam gambar neh tapi aku letak bunga dan kait penyangkut kat bahagian atas dia...hehehe

Bila dah siap, aku rasa dishcloth tu agak nipis dan kecil. Jadi aku kait guna dua warna benang sekali dan besarkan sikit. Dalam gambar neh, hitam dan putih dan sekali lagi aku letakkan bunga dan kait penyangkut.
Yang ni lak versi merah dan putih. Tebal jadinya...wakaka. Aku guna jarum kait jenama Tulip no.6 untuk buat dishcloth tebal neh. Kali ni aku tak letak bunga. Kang tak nampak lak sebab sama2 wana merah...ekekeke...


Pattern bunga ni aku main buat jek. Aku hanya ch 4, join with slip stitch to form a ring. Lepas tu aku ch4, sl st into the ring. Buat 5 times. Lepas tu aku dc je untuk buat petal. Ikut suka la nak banyak mana...hehehe. Lepas tu aku sl st at the beg and sl st sampai ke tengah2 petal untuk buat kelopak kat bahagian belakang. Aku ikut je cara yang sama cuma kat tengah2 tu aku kait triple crochet. Senang, kan? Errrr...boleh refer kat Youtube kalau nak buat benda2 neh...hehehe... Lepas tu aku jahitkan je kat dishcloth yang dah siap tadi. Hmmmm...patut panggil hotpad instead of dishcloth la ekkk...wakakaka...

10 comments:

A.K.U.D.O said...

nice ..

sehati sejiwa said...

comey! laaa..

mamai said...

lela aku rasa kau harus pasarkan hasil lembut tangan kau nie

c-idah said...

amboi.....
bertambah2 rajin akk ku sowang ni tau.....

idea yg bagus!!

Nursuzry said...

aku nak yg last tu...hehehe

!k4z4L1kh4 said...

Menarik neh. Bleh try jugak ni nanti.

Sulela said...

Akudo, thank you...hehehe



Fizah, saya memang comey...harharhar



Mamai, semua tu ada hak cipta dia. Takleh nak pasarkan sesuka hati...hehehe.



Idah, jom la try buat...ekekekeke



Su, kau nak buat apa? ahahaha



!k4z4L1kh4, bila dah try, tempek kat blog ekkk...hehehe

Nursuzry said...

aku suke bunga. nak...nak...nak...

Sulela said...

Su, saiz dia kecik je le...ekekeke

Nursuzry said...

xkisah la kecik ke besau... nak gak hahahaha....