Ini yang aku buat menggunakan benang minlon yang aku beli haritu. Cantik. Tapi terlalu kecil untuk aku lihat kesan warnanya. Aku masih mencari pattern yang sesuai dengan benang neh. InsyaAllah aku akan post kat sini bila dah siap...hehehe
Jumaat, 24 Julai 2009
Flowerpot Bookmark 2...
Ini yang aku buat menggunakan benang minlon yang aku beli haritu. Cantik. Tapi terlalu kecil untuk aku lihat kesan warnanya. Aku masih mencari pattern yang sesuai dengan benang neh. InsyaAllah aku akan post kat sini bila dah siap...hehehe
Selasa, 14 Julai 2009
Kulihat Hijau...
Projek terakhir aku yang sempat aku siapkan semalam untuk adik bongsu aku yang meminati warna hijau. Jadi, ketujuh2 projek aku telah siap sepenuhnya untuk aku bawa balik ke KL nanti, Alhamdulillah.
Lepas ni aku kene siapkan satu projek bag untuk kawan aku. InsyaAllah, minggu depan aku cuba siapkan...hehehe
Jarum Crome Tuuuu...Hehehe
Benang Minlon...
Dalam blog2 luar negara, aku nampak mereka mengait guna benang warna-warni ni. Aku cuba carik kat Kl tapi tak jumpa. Mungkin salah tempat kot. Tadi, tukang kedai tu yang promote kat aku. Punyalah bersyukurnya aku rasa sebab memang dah lama aku carik benang jenis ni. Harganya mahal sikit. RM4 untuk segulung tu je. Tak kesah la...janji dapat...hehehe. Aku tengah tercari-cari, paten apa yang aku nak buat guna benang neh. Nantikan je la...muahahaha...
Khamis, 9 Julai 2009
Basketweave Pattern...;)
Aku belajar buat pattern ni melalui Youtube instructed by Teresa. Aku suka sangat tengok cara dia ajar orang buat crochet. Terang, jelas dan nyata. URL kat Youtube tu... http://www.youtube.com/watch?v=EWu2zXz8gdQ
Ini hasilnya bila dah siap. Tapi aku tak tahu nak letak kat mana lak sebab paten ni sesuai untuk buat scarf . Jadi aku crochet bahagian tepinya dan buat penutup mesin pembakar roti. Nampak cantik...hehehe
Ahad, 5 Julai 2009
Kombinasi Warna Yang Memikat...Hehehe...
Kombinasi warna requested by my 6th sister. Mulanya dia nak warna cream combine dengan warna coklat. Tapi kat tempat aku ni takde lak benang warna cream. Jadi aku tukar dengan warna kuning cair. Nampak menarik gak sampai aku lak yang jatuh hati dengan kombinasi warna-warna ni. Masih mengekalkan teknik traditional granny squares, as requested. Aku rasa traditional granny ni lebih senang dibuat untuk combinekan warna dan nampak menarik.
Penutup beg tu aku gunakan teknik seperti tangkai beg hitam projek ke-3 aku. Dan tangkai beg ni aku guna teknik half double crochet. Tebal sikit...
p/: tinggal satu aje lagi projek beg yang aku kene buat sebelum balik KL tengah bulan neh...yiiihaaaaa!!!
Langgan:
Catatan (Atom)