Jumaat, 24 Julai 2009

Flowerpot Bookmark 2...


Ini yang aku buat menggunakan benang minlon yang aku beli haritu. Cantik. Tapi terlalu kecil untuk aku lihat kesan warnanya. Aku masih mencari pattern yang sesuai dengan benang neh. InsyaAllah aku akan post kat sini bila dah siap...hehehe

Selasa, 14 Julai 2009

Kulihat Hijau...

Projek 7:

Projek terakhir aku yang sempat aku siapkan semalam untuk adik bongsu aku yang meminati warna hijau. Jadi, ketujuh2 projek aku telah siap sepenuhnya untuk aku bawa balik ke KL nanti, Alhamdulillah.

Lepas ni aku kene siapkan satu projek bag untuk kawan aku. InsyaAllah, minggu depan aku cuba siapkan...hehehe

Jarum Crome Tuuuu...Hehehe

Masa ke kedai benang tu tadi, aku sambar 2 batang jarum mengait neh. Yang bawah tu jarum biasa je. Saje aku beli buat stok. Tapi yang kat atas tu...jarum saiz 5 dan 6 jenis crome punya. Ringan gile. Seronok lak aku guna tadi. Sayang sekali, jarum jenis tu tak ada untuk saiz kecil. Harganya boleh tahan mahal...huhuhuuuuu...

Gambar dekat. Ni petama kali aku guna jarum ni. Best gile...kekeke...

Benang Minlon...

Ramai juga yang guna jenama benang ni untuk tujuan buat crochet berbanding dengan jenama lain. Kadang-kadang aku terjah blog orang-ramai yang mempunyai minat yang sama dengan aku dan bila aku tengok jenis benang yang dorang guna, musti aku akan nampak benang jenama ini. Jadi, tadi aku ke kedai benang yang terletak di Sitiawan. Agak jauh dari rumah aku tapi tadi aku ada hal lain kat situ. Jadi kata orang, sambil menyelam, sambil minum air...hehehe.

Dalam blog2 luar negara, aku nampak mereka mengait guna benang warna-warni ni. Aku cuba carik kat Kl tapi tak jumpa. Mungkin salah tempat kot. Tadi, tukang kedai tu yang promote kat aku. Punyalah bersyukurnya aku rasa sebab memang dah lama aku carik benang jenis ni. Harganya mahal sikit. RM4 untuk segulung tu je. Tak kesah la...janji dapat...hehehe. Aku tengah tercari-cari, paten apa yang aku nak buat guna benang neh. Nantikan je la...muahahaha...

Benang hitam putih ni lak aku beli kat Pantai Remis. Saja nak try test guna benang neh. Tekstur dia halus. Aku masih mencari apa paten yang sesuai dengan benang neh...hehehe

Khamis, 9 Julai 2009

Basketweave Pattern...;)



Aku belajar buat pattern ni melalui Youtube instructed by Teresa. Aku suka sangat tengok cara dia ajar orang buat crochet. Terang, jelas dan nyata. URL kat Youtube tu... http://www.youtube.com/watch?v=EWu2zXz8gdQ


Ini hasilnya bila dah siap. Tapi aku tak tahu nak letak kat mana lak sebab paten ni sesuai untuk buat scarf . Jadi aku crochet bahagian tepinya dan buat penutup mesin pembakar roti. Nampak cantik...hehehe

Ahad, 5 Julai 2009

Kombinasi Warna Yang Memikat...Hehehe...

Projek 6:

Kombinasi warna requested by my 6th sister. Mulanya dia nak warna cream combine dengan warna coklat. Tapi kat tempat aku ni takde lak benang warna cream. Jadi aku tukar dengan warna kuning cair. Nampak menarik gak sampai aku lak yang jatuh hati dengan kombinasi warna-warna ni. Masih mengekalkan teknik traditional granny squares, as requested. Aku rasa traditional granny ni lebih senang dibuat untuk combinekan warna dan nampak menarik.

Selepas dicantumkan, inilah hasilnya.

Penutup beg tu aku gunakan teknik seperti tangkai beg hitam projek ke-3 aku. Dan tangkai beg ni aku guna teknik half double crochet. Tebal sikit...








p/: tinggal satu aje lagi projek beg yang aku kene buat sebelum balik KL tengah bulan neh...yiiihaaaaa!!!