Khamis, 15 September 2011

Bullion Grannies...

Bullion Stitch... tak dapat nak cakap la cemana sukanya aku dengan stitch neh...hehehe. Tempoh hari aku dah post tentang crochet bullion flower, jugak bullion stitch dalam projek embroidery aku. Kali ni aku abadikan dalam bentuk granny squares lak...yiihhaaa...

Aku jumpa paten2 neh secara tak sengaja sebenarnya. Kusyuk membaca blog Dana Beach yang crochet A Granny A Day untuk 365 hari. Interesting sungguh blog beliau. Kat situ la dia sharekan link free pattern untuk grannies neh...

Posie... Patennya boleh dapat kat sini. Kalau gunakan crochet hook jek, susah jugak bagi aku nak buat bullion stitch tu. Jadi aku ikut cara Theresa. Berkesan gittew...

April Dawn... paten boleh jumpa kat sini. Sangat menarik dan aku sedang usahakan untuk buat satu projek guna granny neh...

Lacy Bullion Heart...paten untuk ni boleh dapat kat sini.

Tapi aku buat versi aku lak. Kat dalam gambar tu adalah bentuk hati yang kita kena crochet dulu. Mengikut patennya, bentuk hati tu perlu dijahit ke atas granny square yang dicrochet secara berasingan. Tapi aku terus buat tali air ikut belakang bullion stitch yang dah siap tu dan crochet cara traditional granny square as I go along.

Lepas ni nak buat projek crochet lak...ekekeke

4 ulasan:

therosputih berkata...

raya dah habis, dah tak menjahit baju raya dah...apa lagi, bercrochet!!!!

Sulela berkata...

'ain, muahahahaha...tersangatlah betulnya...

MamaDaniel berkata...

kak.. nampak sangat rumit la bullion nih..

projek apa agaknyer tu... buat sarung bantal mesti gebu2 gitu... :)

Sulela berkata...

MamaDaniel, masih tercari2 lagi ni..adehhh. Kak akan post bila dah dapat projek yang seswai...ekekeke

Bila dah dapat teknik nak buat tu...rasanya senang ni...hehehe