Selasa, 22 Mac 2011

Pyramid Bag...Sew And Crochet...

Salam bersiaran kembali...wakaka. Rasanya aku nak tambah satu label untuk aktiviti menjahit aku yang tak berapa sangat neh...ekeke. Masa jenjalan kat alam maya, aku tergoogle pasal pyramid bag ni yang pada mata kasar aku...sangat menarik! Berkobar-kobar di jiwa aku nak share kat blog...hihihi. Ini cubaan aku versi guna mesin jahit. Kain aku guna perca kain langsir yang agak tebal. Kira orait la tuh...hehehe



Bila dah tahu cara nak buat, aku cuba versi crochet lak...tadaaaaaaaa!!!





Dengan zip terbuka...








Kali ni aku tak guna benang 4 ply tapi aku guna benang yang orang buat untuk jahit jala tu...harharhar. Sangat keras, tebal, licin dan aku sukakan hasilnya! Mungkin kerana benang ni keras, jadi hasil kaitan aku nampak kemas...ekeke...

Aku guna pattern tiffany block yang pernah aku perkenalkan dulu masa buat sarung kusyen...;). Sungguh aku suka pattern ni...



Akhir sekali, pandangan sisi... Lupa lak... untuk tutorial pyramid bag neh, korang boleh baca kat SINI ye...

13 ulasan:

amani berkata...

wah menariknyye!!!

zaza berkata...

comel2..

zaza berkata...

akak alas tak kat dalam utk versi kait tuh..nmpak cam takder lubang jer..

therosputih berkata...

benang jahit jala? wah...tak pernah tgk mcm mana rupa benang tu...

Sulela berkata...

amani, menarik kannnn...hehehe



zaza, kak tak alas pon sebab pattern tiffany block neh rapat2 dan sangat tersusun. Tapi kalau buat versi jahit tu, kene letak la interfacing jenis keras tu, baru cun gittew...hehehe



'ain, kak pernah buat entry pasal benang jala tu. 'ain boleh refer kat sini ekkk... http://bilaakubuatcrochet.blogspot.com/2009/10/lorettas-starburst-hotpad.html ...;)

Fruitful Fusion berkata...

I really like the design of this bag! Is there a pattern somewhere? Is it your own design? Nice!

Sulela berkata...

Fruitful Fusion, no...it's not my design. You can find the tutorial here... http://www.craftster.org/forum/index.php?topic=22428.0 ;)

lia berkata...

wow!cantik sangattt!!patutlah nampak benang tu macam keras je..benang jala rupanya...mesti sakit tangan kait guna benang ni, tak?

Sulela berkata...

lia, wakaka...tersangatlah betulnya. Kait sikit, berhenti. Kait sikit, berhenti...hehehe

floweristachantress berkata...

teramat menarik Su! Kagum betul tgk dan dan rasa nak mengait walaupun dah nak masuk 3 minggu projek terbengkalai hahhaha
bw, thanks bg tutorial bag piramid

Sulela berkata...

Gee, wahahaha...welcome Gee...;D

eni berkata...

salam...sulela

terima kasih kongsi link utk buat piramid bag tu,saya nak crochet tapi takda benang jala, benang minlon tu boleh ke?

Sulela berkata...

eni, waalaikumsalam warahmatullah...

Sama-sama Eni. Pada pendapat saya...boleh je. Tapi rasanya Eni kene buat double yarn untuk bagi tebal sket... ;)