Ahad, 30 Januari 2011

Flat Tapestry Crochet...

Thanks to Suziyana who generously shared with me THIS wonderful site! Memang aku sedang mencari chart yang boleh aku gunakan untuk membuat tapestry crochet neh tapi yang aku jumpa, patternnya susah la pulok...hehehe. Aku gunakan chart for flower 11 kat dalam site tu tapi aku olah sket sebab aku nak cuba belajar buat jek...

Sepatutnya chart neh lagi besar tapi aku amek sebahagian jek. Aku lukis guna pen atas kertas buku matematik anak aku...wakaka... dan aku warnakan ikut benang yang nak aku gunakan nanti. Semua sekali aku gunakan 4 jenis warna benang. Mengikut tutorial yang Carol Ventura beri, untuk buat flat crochet yang menghasilkan gambar yang cantik, kita kene crochet dari kanan ke kiri guna tangan kanan dan sambung dari kiri ke kanan guna tangan kiri. Itulah masalahnya! Puas aku cuba tapi tangan aku kekok gile. Jadi aku crochet row by row dari kanan ke kiri. Tiap kali sampai ke hujung, aku kena potong benang2 aku tu dan sambung balik dari mula. Payah! huhuhu...

Bila dah siap, aku dapat idea lak nak tampalkan aje kat tote bag yang aku dapat percuma masa beli barang beberapa tahun dulu. Alaaaa... kan ada dorang cop nama syarikat dorang kat beg percuma yang dorang bagi tu. Itu yang aku nak sorokkan.




Maka jadilah beg aku seperti gambar di sebelah...ekeke

5 ulasan:

MamaDaniel berkata...

idea yg bagus untuk menampal perkara-perkara yg tidak dikehendaki.. hehe... ;)

saya rasa macam susah jer nak crochet dgn tgn kiri.. tgn kanan pun susah.. hahaha

Sulela berkata...

MamaDaniel, harharhar...memang susah sangat nak crochet guna tangan kiri neh sampai terjatuh2 jarum kait tu...wakaka

zaza berkata...

wah,,cantik gak kombinasi color..saya pun kekok nk mula dr kiri..

Unknown berkata...

rajinnya mengait.. akak asid pun suka mengait.. :)

nak add lah blog ni kat bloglist Asid.. thanks

Sulela berkata...

suziyana, hehehe...pink jek semua, kannn...wakaka



Mrs.Asida, dah masuk laman web Mrs.Asida tadi. Really happening! Tapi tak jumpa la kategori untuk mengait kat situ...atau saya salah carik? huhuhuuuu...
Thanks for dropping by...;D