Sabtu, 31 Julai 2010

Crochet Backpack...

Ekekeke...nama beg neh sepatutnya la 'crochet backpack'. Tapi tali dia aku kait macam beg biasa je...sandang kat bahu. Itu atas permintaan anak perempuan aku. Instructions can be found at lionbrand.com. Korang kene la login untuk dapatkan free pattern for this bag.


Tapi aku tak ikut 100% instructions yang diberi. Aku besarkan sikit lagi, ikut lebar dan panjang buku teks sekolah anak aku. Warnanya juga aku ikut sesedap mata aku yang memandang. Ni kes nak habiskan sisa benang yang banyak terdapat dalam simpanan aku...wakaka...



Bahagian dasar beg ni bulat. Idea asalnya beg ni direka seperti beg bunjut. Aku sukakan patternnya. Dari awal sampai akhir hanya guna single crochet jek. Senang gile!




Aku guna benang acrylic 4 ply untuk projek kali ni. Tapi aku doublekan benang tu. Maknanya aku kait dua benang sekali gus guna jarum crochet no.6. Aku nak dapatkan ketebalan yang sesuai untuk anak aku isi buku2 tuition dia. Sampai sakit tangan wooooo...huhuhuuuu. Dan aku selitkan manik pada tali jerutnya, saje nak bagi lawa sket...ekeke...



Bahagian dalam beg. Aku kaitkan satu saku kecil untuk anak aku letakkan tisu muka dia. Ok, done! Aku kene rehatkan tangan aku untuk beberapa hari sebelum mulakan projek baru. Sakit betul tangan aku...wargghhhh!

Ahad, 25 Julai 2010

Blue Orange Bearghan...

Pheewwwww!!! Akhirnya siap jugak bearghan untuk adik bongsu aku neh. Dalam banyak2 warna, dia pilih biru campur oren. Hah! Amek aku! Aku perlukan beberapa hari untuk fikirkan cemana nak gabungkan kedua2 warna neh. Dan hasilnya... Tadaaaaaaa...! Aku dah pernah post tentang bearghan ni sebelum ni. Cuma warna dan corak je yang berlainan...hehehe.

Mari aku perkenalkan corak2 yang ada kat bearghan aku kali ni...ecehhhh... Bahagian tengahnya, aku guna paten Granny Square Pucker Purse. Instead of 4 colors, aku guna 2 kombinasi warna pilihan adik bongsu aku tu. Dua corak bahagian atas, kiri dan kanan...aku guna paten Flower Granny Square. Dua corak bahagian bawah, kiri dan kanan...aku guna paten Log Cabin yang baru je aku perkenalkan haritu. Aku suka sangat la ngan paten log cabin neh. Kalau kene dengan susunan coraknya, masyaAllah! Banyak cantiklah! Amacam? Cantik tak paten2 yang dah aku perkenalkan neh? hehehe...


Cara nak buat bahagian lain, korang dapat tengok kat link yang dah aku letakkan tempoh hari. And the rest is up to your imagination dan creativity...

Next project, I'm going to start it asap...hehehe

Ahad, 18 Julai 2010

Benang Halus Jenama Ondori...

Ini benang halus jenama Ondori yang aku kirim dari tuan punya kedai kat Pantai Remis tempoh hari. Malangnya, tempahan benang dari kedai tersebut memakan masa yang lama sebab tuan punya kedai kene tunggu taukeh Ondori neh datang ke kedai dia...warggghhh!!! Jadi, aku jenjalan kat Sri Manjung. Baru jumpa satu kedai, kat belakang Maybank yang jual benang jenama neh...hehehe. Harga, ermmmm...mahal la sket. Tapi apa ada hal, kan kan kannn... Janji lepas raya neh aku nak mulakan projek guna benang2 neh...hehehe. Aku pernah guna benang halus jenama Minlon tapi rasanya kualitinya tak sama. Aku prefer guna benang ni. Mmmmm...masing2 punya pendapat...hehehe

p/s: projek aku baru 40% siap...kehkehkeh

Rabu, 14 Julai 2010

Log Cabin Crochet...

Sekarang aku tengah menyiapkan projek aku menggunakan paten granny squares. I really love granny squares. Easy to crochet and so much easier for me to turn it into a simple yet adorable projects...hehehe...

Dalam sibuk2 mencari paten di internet, aku ternampak paten log cabin neh. Puaslah sudah aku mencari kot2 ada la free pattern yang boleh aku ikut. But noooo...huhuhuuu... Di laman web Lion Brand Yarn ada la free pattern untuk buat log cabin neh tapi guna single crochet lak dalam pdf format. Aku nak pattern yang lebih kepada granny squares. Cari punya cari, aku jumpa jugak... Korang google images kalau nak tengok ekkk...hehehe. Cantik gile afghan yang dia buat guna pattern log cabin neh... tapi takde free instruction...huhuhuuu...

Setelah beberapa hari memerah otak dengan melihat afghan yang dah siap tu, akhirnya aku berjaya jugak mengait pattern yang membuatkan aku tak tido malam neh. Itu kombinasi warna yang aku main rembat jek masa nak try buat tu. Kalau kene dengan kombinasi warnanya, perggghhhh!!! Jadi, aku nak gabungkan paten log cabin neh dengan projek aku sekarang...wakaka...

Khamis, 8 Julai 2010

Lace Wheat Doily...

Pardon me for crocheting doily...again...hehehe. Hmmmm... macam got addicted lak aku neh ngan doily...wakaka. Dalam to-do list aku ada beberapa lagi doily variation yang aku nak cuba tapi rasanya, aku skip dulu la kot. Aku dah rindu nak kait guna benang bulu kambing lak...ekeke...

Doily neh diberi nama Lace Wheat Doily. Paten boleh dapat kat SINI kalau nak cuba... Mengait doily ni betul2 bagi cabaran kat aku. Banyak kali jugak la aku terpaksa bukak balik beberapa row sebab tersalah tengok. Kekadang menguji kesabaran aku sebab banyak kali jarum terlepas dari tangan masa buat cluster dan double treble crochet... Adoi la...nak nangis pon ada rasanya...harharhar. Tapi lepas dah siap, berbaloi la jugak. Diameter doily ni approximately 30cm. Warna benang halus yang aku guna neh sepatutnya pink. Almaklum la...aku guna hp cikai jek nak snap gambar doily neh...huhuhu...

Sungguh aku rasa teruja masa mula-mula nampak doily ni. Terdetik di hati nak bagi cenderahati untuk kawan aku... Harap dia suka...hehehe... Ni gambar dekat sket... Aku akan kait lagi doily ni lain kali...cantik you...wakaka. Next project... aku start buat esok...hehehe