Kelmarin aku beli penggosok pinggan baru tapi kualitinya sungguh menyakitkan hati sebab kesan-kesan minyak tetap melekat selepas pinggan tersebut dibilas. Dalam kebengangan, aku google kat dalam internet dengan harapan ada la sesuatu yang boleh aku kait untuk menggantikan kehampehan penggosok pinggan baru yang aku beli ittew. Nasib memang menyebelahi aku. Dalam keterujaan, aku mengorbankan masa tidurku malam tadi untuk mengkaji dan belajar tentang benda yang digelar scrubbie dan tawashi neh...hehehe...
Yang ni digelar tawashi. Korang boleh refer kat sini jika nak tahu detail tentang tawashi dan cara untuk membuatnya. Yang pasti, aku seronok dengan hasilnya...ekekeke... Dah selamat jadi penggosok pinggan aku sejak pagi tadi...wakaka...
Saje je nak puaskan hati, aku google lagi tentang benda yang berkaitan dengan tawashi neh. Yang ni pulak digelar spiral scrubbie. Cara nak buat benda neh boleh refer kat video sini. Tutorial step by step tuuu...hehehe... Hasilnya, spiral scrubbie yang wana merah tu. Kecik la pulok. Jadi aku besarkan sikit saiznya dan buat bebelang putih dan biru. Baru puas hati aku. Lepas neh, takyah nak beli penggosok pinggan kat kedai dah sebab jika korang ada benang acrylic yang lebih2 tu, buatkan aje benda neh. Sesuai jugak dijadikan hadiah. Cantik lak tu...kan kan kannnnn...wakaka...
9 ulasan:
Nice!!! Bole cuba bat nanti. Tk penah la terpikir nk crochet brg2 camni sbb selalu tk bat keje dapur. Oppsss terpecah rahsia.Ye lar duduk sorang2 je :)
Ekekekeke...bole praktikkan jugak bila dah duduk bedua nanti...harharhar
rajin n kretif dan inovatif betul kau ni lela... buleh lak kau terfikir nak buat benda tu... kalau aku takde terpk pun, aku pk guna span je la... hehehee...surirumah yg inovatif betul kau ni!
Dina, kau lagi inovatif, kreatif dan rajin...hehehe. Bila nak publish second novel?
btw, thanks for droppin' by...
sekali tengok mcm ais cream cone yg dipandang dari atas... amat mengghairahkan tekak aku jer.. yum3.. :D
semakin rajin ko ye!!
Naz, harharhar...mampos aku gelak. Ko ni la... aiskrim pulak dahhh...hahaha
Su, hehehe...hobi je neh...
saya dah buat dah tawashi ni.. tapi comel sgt.. camner nak buat besar sikit ek? kena guna benang size besar ke atau jarum besar? atau ada cara lain.. hehe.. saya budak baru belajar crochet.. ta..
MamaDaniel, tambahkan bilangan barisan (row) dia. Memang saiz dia kecil dan comel sangat...hehehe. Mungkin 6 rows cukup untuk bagi tawashi neh besar...hehehe
Catat Ulasan