Isnin, 21 Disember 2009

Ngomel Sket...

Hmmmm...cuti sekolah dah nak habis. Sekarang aku amat sibuk melayan kerenah anak-anak untuk pembukaan sekolah nanti. Barang-barang sekolah tak habis beli lagi neh. Adehhh... Jadi, blog ni terpaksa aku tinggalkan buat sementara waktu sebab projek aku tergendala sudaaaa...haiyyoh! InsyaAllah aku akan update bila dah free nanti...chow, salam...

p/s: skema jek ayat aku. Macam la ada yang kisah...harharhar

Jumaat, 11 Disember 2009

Projek Baru Siap Semalam...

Aku gunakan paten ni untuk projek aku kali ni. Paten yang sama dari Jessica Tromp.







Bila dah dicantumkan, maka terbentuklah imej seperti di dalam gambar...hehehe. Wujud di kepala otak aku untuk buat alas rak bertingkat yang masih belum beralas di ruang tamu rumah aku...huhuhu. Tapi macam ada yang tak kene jek dengan bahagian tepi dia. Macam kosong je kan? ekekeke



Jadi aku kait bentuk bunga kat bahagian tepi dia tu. Siap sudah alas untuk satu daripada rak tingkat aku. Lagi 3 is on the way. Mungkin akan ambil masa lama sikit untuk aku update projek lain dalam blog aku ni... Tunggu je la ekkk...ekekeke

Close up bahagian tepi yang aku kait. Kira ok la tu. Len kali aku cuba buat projek lain lak...wakakaka

Jumaat, 4 Disember 2009

Round Ripple Afghan...

Aku bertekad untuk cuba membuat Round Ripple Afghan neh sejak pertama kali ternampak imejnya yang amat menarik kat dalam internet. Bagi aku, kalau kombinasi warnanya sesuai, semuanya akan nampak menarik, kan?...hehehe. Mungkin warna yang aku pilih ni agak gelap. Aku buat eksperimen ni... Tapi semua ahli keluarga aku kat KL kata cantik. Pandangan seseorang tentang warna tak semuanya sama...hehehe.. Pattern neh aku dapat kat SINI...

Jadi, ni projek aku lepas Raya Haji haritu. Ada gak aku cuba letakkan manik-manik bergantungan kat sekeliling bucu dia tu tapi pada pandangan mata aku neh, mmmmmm...tak cantiklah. Biarkan ia secara semulajadi...ekekeke
Mula-mula aku ingat nak buat alas meja sofa tapi rasanya tak sesuai lak...huhuhuu...

Pandangan dekat sket. Coraknya simple jek...
Jadi aku buat alas meja bulat. Meja yang paling banyak berjasa pada aku tiap-tiap kali aku nak buat keje2 kerastangan aku...hehehehe...