Rabu, 19 Ogos 2009

Flat Pouch...

Dah lama aku teringin nak cuba buat flat pouch neh. Sejak semalam aku tekun memerhatikan cara ianya dibuat. Aku masih mengikut tutorial yang dibuat oleh Teresa. Terima kasih banyak-banyak untuk dia sebab banyak dah yang aku belajar based on her videos.

Flat pouch ni menggunakan star stitch. Bahasa Melayunya aku tatau nak sebut. Gambar tu adalah star stitch versi aku...hehehe

Ini adalah flat pouch yang dah siap. Sesiapa yang teringin belajar cara nak buat, sila refer kat Youtube ek...hehehe. Keseluruhannya lebih kurang sama la dengan tutorial yang diajar tu tapi aku ubah sedikit penutupnya. Aku suka penutup yang kecil...nampak comel gitu.

Dan aku letakkan tali sebab aku nak guna flat pouch neh untuk gantung handphone aku kat tengkuk...hehehe. Siap jugak akhirnya...

11 ulasan:

c-idah berkata...

wah!!!!!
jelesssssss nih!!

tantek ar kak...

Sulela berkata...

Idah jangan jelessss...ahahahaha. Jom la try buat...hehehe

mamai berkata...

comel...lela kau dah mabil tempahan ker

Nursuzry berkata...

nak! nak! nak!

Sulela berkata...

Mamai, errrr...tempahan apa tu? Aku tak berapa faham...hehehe



Su, ko betul-betul nak ke niiii...hehehe

wan berkata...

Salam sulela

Sya ank tumpang tanya, baru nak belajar ber crochet ni.. tadi saya gi kedai beli benang brand Nona... dia tulis macam saiz M col no 51 (tak pasti apa maksudnya)...

lepas tu tanya nyonya kat kedai tu saya nak jarum kait sekali.. dia kasi jarum kait saiz 2.. saya budak baru belajar tak tau nak agak saiz apa yg seuai untuk benang saiz M tu... jarum yg nyonya tu kasi macam susah sikit saya nak kait sebab macam kecik je mata dia tu.. terutama bila nak buat double crochet. nak tarik susah nak lepas..

cadangan sulela saya kena beli jarum kait no berapa untuk benang saiz M tu? Esok nak gi beli..

TQ..

Sulela berkata...

Waalaikumsalam warahmatullah Wan...

Saya sedang guna benang brand Nona untuk buat alas peti ais sekarang neh. Sebelum ni saya guna benang jenama Ondori dan Minlon. Tentang M tu saya tak pasti tapi yang saya tahu, berat benang tu yang memainkan peranan. Wan ada nampak tak dia tulis Weight: 40g? Itu berat benang tu. Saya pernah beli benang lain dan ada yang tulis Weight: 45g. Rasanya, berat benang tu mewakili ketebalan benang. Selalu saya guna benang yang beratnya 40g je...

Tentang no.51 tu adalah kod warna benang tu. Nanti bila Wan nak beli benang lagi dengan warna yang sama, minta saja no tu pada orang kedai. Dia akan beri warna yang sama...

Tentang saiz jarum tu...Wan buleh guna sebarang saiz jarum yang Wan rasa selesa nak guna. Macam yang saya guna sekarang neh, saya guna saiz 3 jenama Tulip. Besar sikit matanya tapi saya selesa bila nak mengait. Sebelum ni saya guna saiz 1 jenama Rose. Dan most of the time saya guna jarum bersaiz 1.3mm jenama Tulip. Yang ni kecik matanya.

Wan buleh cuba carik saiz 3 macam yang saya katakan tu. Sungguh selesa dan kaitan nampak kemas...

Harap Wan puas hati dengan penerangan saya. Macam Wan, saya juga baru belajar. Kita sama2 share ilmu...hehehe

Salam perkenalan dari saya...

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

Siyes cantik. Berkenanlah..

Nursuzry berkata...

klu ko nak bg cantek gak tu hehehehe

Sulela berkata...

notso_violet, time kasih ye sudi singgah sini...;)



Su, adehhhh...hehehe

Nursuzry berkata...

hahaha