Khamis, 18 Februari 2010

Bottle Case Dan Manik...Hmmmm...

Projek aku tergendala sebab benang dah habis...warrrggghhh!!! Dah dua kali aku ke kedai benang tapi tutup lak. Masih beraya sakan agaknya si tokey kedai tu. Jadi aku singgah kat kedai lagi satu...kedai melayu. Kat tempat aku ni, satu-satu kedai menjual jenama-jenama benang yang berlainan. Ternampak lak manik-manik cantik neh... Apa lagi, aku rembat 3 bungkus walaupun aku tak pasti lagi nak buat apa...harharhar...

Masa nak bayar harga benang Ondori merah garang dan manik-manik tersebut, kakak penjaga kedai tu mintak aku buatkan bottle case untuk anak perempuan dia yang comey guna wana benang yang aku beli tu...hehehe. Terus-terang aku kata kat dia yang aku tak penah buat tapi aku boleh cuba buatkan...ecehhhh...

Mula la misi aku mencari paten yang sesuai kat dalam dunia internet neh. Setelah beberapa jam meneroka dengan jumlah bukaan komputer yang ntah berapa kali, aku jumpa paten cool neh. Refer kat SINI... Tak susah nak buat cuma perlukan perhatian yang tinggi...ekekeke...

So, this is my version... Patut takde tangkai, tapi aku buatkan atas permintaan kakak tu...hehehe. Aku besarkan sikit sebab kalau ikut 100% step by step yang diberi, saiz bottle case tu kecik...huhuhu. Jadi ni kali kedua la aku buat. Yang kecik tu boleh jadikan pouch duit syiling...wakaka. Aku suka teknik yang digunakan untuk buat bottle case neh. Single stitch, half double crochet, double crochet, slip stitch, shell, back loop crochet semua digunakan. Mencabar beb...wakaka. Lepas dah siap, aku selitkan pansy flower yang aku buat haritu... Kat tengah2nya aku letakkan manik. Pretty cool, don't you think?...harharhar

8 ulasan:

therosputih berkata...

akak...y ni akak guna benang bulu ke benang biasa? cantik..simple but nice, very nice...

mamai berkata...

lela buat sock unutk aku boleh

therosputih berkata...

mcm mana nak buat sock?

Sulela berkata...

'ain, yang ni kak guna benang bulu kambing jenama Ondori. Kak harap kakak kedai tupun akan suka nanti. Esok pagi baru nak bagi kat dia...hehehe



Mamai, kau dah mentioned pasal socks neh...tadi aku google cara nak buat dia. Agak rumit tapi aku akan masukkan dalam to do list aku. Kau jangan mengharap ye...rasanya skill aku tak sampai ke situ lagi...huhuhuuuu



'ain, boleh refer kat Youtube. Kak ada jumpa video tutorial nak buat socks kat sana... Google pun boleh gak...hehehe

tipusemata berkata...

Cantik. Kalernye pun lawa.. Suke part shell tu.

therosputih berkata...

jenuh mata nak menggoogle neh...nnti cuti pjg, lehla sibukkan diri menggoogle...

by the way, thanks akak...

Bonda berkata...

klu macam tu kite boleh anta design la kat kak sulela tgk akak boleh buat ke tak...? huhu..

Sulela berkata...

Ika, samo la den...part shell tu kira something new...hehehe



'ain, masa google tu nanti 'ain akan dapat tengok macam2 pattern. Itu yang bestnya tu...wakakaka



nayu, whoaaaaaaa...makcik tak sanguup...ahahaha