Selasa, 14 Julai 2009

Benang Minlon...

Ramai juga yang guna jenama benang ni untuk tujuan buat crochet berbanding dengan jenama lain. Kadang-kadang aku terjah blog orang-ramai yang mempunyai minat yang sama dengan aku dan bila aku tengok jenis benang yang dorang guna, musti aku akan nampak benang jenama ini. Jadi, tadi aku ke kedai benang yang terletak di Sitiawan. Agak jauh dari rumah aku tapi tadi aku ada hal lain kat situ. Jadi kata orang, sambil menyelam, sambil minum air...hehehe.

Dalam blog2 luar negara, aku nampak mereka mengait guna benang warna-warni ni. Aku cuba carik kat Kl tapi tak jumpa. Mungkin salah tempat kot. Tadi, tukang kedai tu yang promote kat aku. Punyalah bersyukurnya aku rasa sebab memang dah lama aku carik benang jenis ni. Harganya mahal sikit. RM4 untuk segulung tu je. Tak kesah la...janji dapat...hehehe. Aku tengah tercari-cari, paten apa yang aku nak buat guna benang neh. Nantikan je la...muahahaha...

Benang hitam putih ni lak aku beli kat Pantai Remis. Saja nak try test guna benang neh. Tekstur dia halus. Aku masih mencari apa paten yang sesuai dengan benang neh...hehehe

16 ulasan:

c-idah berkata...

kak..

camne benang minlon tu? ok x pada akak?
idah pn pernah guna benang 2 clr nie..

lm sempat nk kuar ar...

Sulela berkata...

c-idah, kak rasa nak betukar ke jenama Minlon la pulak. Memang best la. Ada perbezaan dengan benang Ondori. Dari segi harga, benang Ondori murah sikit je. Jadi tak kisah la. Kak dah jumpa kedai yang jual benang2 jenama Minlon neh...hehehe.

Kak penah guna benang jenama Nona tapi masa tu benang dia berbulu2. Tak suka lak menengoknya. Lepas tu kak jumpa Ondori. Sekarang nak guna Minlon la...kekeke.

dina berkata...

lela, kilang Minlon ni kat tepi hiway nak pegi serdang... hehehehe, laki aku selalu mancing belakang kilang Minlon... kalau aku tanya "Abang mancing kat ner?" dia jwb "Minlon".... hahhaa... bila kau tulis benang Minlon, baru aku tahu, Minlon tu kilang benang... hehhehehe

Sulela berkata...

Dina, muahahahaha...ko bagi aku gelak la kat sini. Aku baru tahu la kilang Minlon ada kat Serdang...muahaha...

sehati sejiwa berkata...

lela..leh tak kita order benang ngan awak sekali ngan jarum crome tu..eeeiiee tgh jeles ni... kat sini susah nak dapat la...leh tak? ala.. bleh la..leh laa..ahaks!

Sulela berkata...

sehati sejiwa, errrr...nak panggil nama apa ek? kekeke. Nak ye? Nanti e-mail kat saya alamat ye. Jenis jarum tu nak saiz berapa? Dan benang tu nak kaler apa? Serta jumlahnya...hehehe

Sulela berkata...

Sehati sejiwa tinggal katne?

sehati sejiwa berkata...

ala kiter punyer halaman seni saymeq tu..nama kita fiza..nanti kita email yer...ahaks! seronoknyer..

Sulela berkata...

Ooooo...muahahaha. Nanti email ye. Saya tunggu. Tapi Fiza bagi saya masa tau. Saya jarang keluar...kekeke...

sehati sejiwa berkata...

sama la kiter..jarang sangat keluar kalu takder hal penting..lagipun ader baby ni lagi la...mauhhahah..

Sulela berkata...

Owwwhhhh...ada baby kecik ye...ekekeke. Faham sangat la keadaannya tu. Ok, saya tunggu e-mail Fiza ye.

The Heart of Paul berkata...

Hi Sulela,

In my opinion Nona is better. It's not as rough as Minlon. Probably the Nona you used happened to be one in a few that wasn't too good. I've been crocheting with both Nona and Minlon and I still prefer Nona for my work.

It's just too bad that Nona doesn't have the colourful ones though. Only Minlon. I bought my colorful Minlon at Macy in KL. Good luck on your projects! The granny squares you make are really nice!

Sulela berkata...

Hello Paul,

Wow! This is quite a surprised!
Thanks for paying a visit here, Paul. I am making a crochet bag using Minlon now and I agreed with you. They are a bit rough, well...compared to Ondori. Maybe I'll try Nona in future. I really appreciate your opinion on this. I really do...

Thank you Paul...;)

shima berkata...

jom join giveaway

Safina Crochet berkata...

minlon country yg halus tu awak beli kat mane ye saya duk area kl tak pernah pun nampak benang cam tu

Sulela berkata...

Benang tu saya beli di Seri Manjung, Perak. Saya tak pasti kat mana ada jual benang jenis ni di KL...