Selasa, 22 Mac 2011

Pyramid Bag...Sew And Crochet...

Salam bersiaran kembali...wakaka. Rasanya aku nak tambah satu label untuk aktiviti menjahit aku yang tak berapa sangat neh...ekeke. Masa jenjalan kat alam maya, aku tergoogle pasal pyramid bag ni yang pada mata kasar aku...sangat menarik! Berkobar-kobar di jiwa aku nak share kat blog...hihihi. Ini cubaan aku versi guna mesin jahit. Kain aku guna perca kain langsir yang agak tebal. Kira orait la tuh...hehehe



Bila dah tahu cara nak buat, aku cuba versi crochet lak...tadaaaaaaaa!!!





Dengan zip terbuka...








Kali ni aku tak guna benang 4 ply tapi aku guna benang yang orang buat untuk jahit jala tu...harharhar. Sangat keras, tebal, licin dan aku sukakan hasilnya! Mungkin kerana benang ni keras, jadi hasil kaitan aku nampak kemas...ekeke...

Aku guna pattern tiffany block yang pernah aku perkenalkan dulu masa buat sarung kusyen...;). Sungguh aku suka pattern ni...



Akhir sekali, pandangan sisi... Lupa lak... untuk tutorial pyramid bag neh, korang boleh baca kat SINI ye...

Selasa, 15 Mac 2011

Sulela learn how to sew...hehehe


Aku tinggalkan dulu bidang crochet yang amat aku sayangi ini becoz I'm learning how to sew. Sekarang aku dah belajar cara buat seluar dan baju kurung tradisional dan moden...yeahhhhh...hehehe. Nak buat entry kat sini pun tak seswai lak dengan tema aku... 'Bila Aku Buat Crochet'...huhuhu. So, have a nice day ahead, guys and happy crocheting!