Khamis, 28 Mei 2009

Intro...

Mengait. Apa yang aku faham pasal mengait? Tak, aku tak faham apa2 pun. Aku cuma belajar sikit2 dari tunjuk ajar kakakku yang terchenta yang jauh di mata tapi dekat di hati. Aku minat mengait, jadi aku berusaha untuk belajar sebaik mungkin.

Selama beberapa tahun minatku ini kupendamkan. Beralih pula ke novels. Bila dah jemu, secara automatik minat ni datang balik. Syukur Alhamdulillah sebab ada internet. Dari situ, aku selongkar selagi mampu sampai mata naik kelabu. Blog ni aku buka bukan untuk menunjuk yang aku teror. Bukan jua untuk memberitahu yang aku dah pandai. Tidak sama sekali. Aku cuma seronok belajar buat crochet...sekaligus untuk tatapan mataku sekadar memberitahu apa yang dah aku siapkan...

Dan aku masih belajar...lagi dan lagi...

Salam...

Tiada ulasan: