Ahad, 25 Julai 2010

Blue Orange Bearghan...

Pheewwwww!!! Akhirnya siap jugak bearghan untuk adik bongsu aku neh. Dalam banyak2 warna, dia pilih biru campur oren. Hah! Amek aku! Aku perlukan beberapa hari untuk fikirkan cemana nak gabungkan kedua2 warna neh. Dan hasilnya... Tadaaaaaaa...! Aku dah pernah post tentang bearghan ni sebelum ni. Cuma warna dan corak je yang berlainan...hehehe.

Mari aku perkenalkan corak2 yang ada kat bearghan aku kali ni...ecehhhh... Bahagian tengahnya, aku guna paten Granny Square Pucker Purse. Instead of 4 colors, aku guna 2 kombinasi warna pilihan adik bongsu aku tu. Dua corak bahagian atas, kiri dan kanan...aku guna paten Flower Granny Square. Dua corak bahagian bawah, kiri dan kanan...aku guna paten Log Cabin yang baru je aku perkenalkan haritu. Aku suka sangat la ngan paten log cabin neh. Kalau kene dengan susunan coraknya, masyaAllah! Banyak cantiklah! Amacam? Cantik tak paten2 yang dah aku perkenalkan neh? hehehe...


Cara nak buat bahagian lain, korang dapat tengok kat link yang dah aku letakkan tempoh hari. And the rest is up to your imagination dan creativity...

Next project, I'm going to start it asap...hehehe

7 ulasan:

therosputih berkata...

ini ke y menyebabkan akak lela kita sunyi menyepi...projek besau upenya...papehal...shanteqq...

Sulela berkata...

'ain, hehehe...projek besau sampai sakit2 tangan dibuatnya...wakaka

Aku_tulip berkata...

apa ni Su....mengelat la....pandainya..cantik ni...cam ner ni....saya cemburu buta...hehehehhe

halizda berkata...

sakit tangan tak pe tapi berbaloi le kak. Cantik sangat....

Sulela berkata...

Aku_tulip, harharhar...jangan cemburu. Senang jek nak buat benda neh. Cuma perlukan masa yang banyak je...hehehe.



halizda, harini takleh nak mengait sebab tangan masih lagi sakit. Sabor je la...ekeke

therosputih berkata...

akak lela saje je bagi alasan tangan sakit...sbnrnya ngah get ready utk next projek...hehehe...

selalu jugak sakit tangan, tp bila dah siap...mana tah sakit tu tadi...ilang ke cair??hehehe

Sulela berkata...

'ain, ahahaha...macam dah tau jek neh. Kak tengah cuba nak kait topi. Tapi instruction yang diberi tu membuatkan topi tu terjadi kecik lak. Kak bukak balik. Sakit hati la pulok...ekeke. Tengah carik free pattern untuk topi orang dewasa punya...huhuhuuuu