Selasa, 8 September 2009
Wool Eater by Sarahlondon...
Aku terjatuh suka pada paten ni pertama kali aku nampak kat SINI... Jadi aku cuba buat, ikut step by step instruction yang ditulis oleh penulis wordpress ni.
Permulaannya, aku agak kekok sikit sebab paten ni menggunakan teknik tripple crochet, backpost, single crochet dan slip stitch. Aku start belajar buat dari lepas Isyak sampai la ke pukul 12.00 tengah malam. Tapi bila dah dapat tangkap cara dia, aku rasa seronok nak buat. Yang lebih menyeronokkan, aku boleh guna lebihan benang yang banyak terdapat dalam simpanan aku. Paten ni sesuai dibuat blanket, as suggested by the owner of this pattern. Sila jenguk ke http://sarahlondon.wordpress.com untuk melihat hasil kreativiti beliau. Memang cantik!
Ini hasil wool eater aku yang masih belum siap sebab aku masih belum fikirkan apa yang aku nak buat dengan paten ni. Tapi for sure la aku tak buat blanket. Cuaca panas neh, nak pakai blanket apanya plak...harharhar
Langgan:
Catatan (Atom)